awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN cadang isu lambakan barangan import dimasukkan dalam terma, rujukan jawatankuasa khas
Lebih 4,000 kes kanser direkod sejak 2022 di Melaka - Ngwe
Belum ada garis masa bawa penambahan kerusi DUN Sarawak ke Parlimen - Alexander
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kementerian Kesihatan kaji kenakan cukai atas kandungan gula dalam minuman

Hilal Azmi
Hilal Azmi
11/06/2015
10:22 MYT
Kementerian Kesihatan kaji kenakan cukai atas kandungan gula dalam minuman
Kementerian Kesihatan sedang meneliti cadangan untuk mengenakan cukai mengikut kandungan gula dalam minuman.
Kementerian Kesihatan sedang meneliti cadangan untuk mengenakan cukai mengikut kandungan gula dalam minuman.
Menterinya, Datuk Seri Dr S.Subramaniam berkata, cadangan ini tercetus berikutan penyakit yang dikaitkan dengan pengambilan gula berlebihan yang semakin meningkat di Malaysia.
"Kita sudah bincang dengan pemain industri berkaitan cadangan ini dan kita masih membincangkan kaedah paling optimum untuk mengurangkan pengambilan gula di kalangan rakyat.
"Setakat ini kita ada beberapa cadangan dan kami sedang meneliti akan keperluan untuk mengenakan cukai ke atas kandungan gula dalam minuman terutamanya minuman bertin," katanya ketika sidang media selepas merasmikan Persidangan Kebangsaan Persatuan Dietitian Malaysia di ibu negara.
Subramaniam turut menegaskan bahawa gula bukanlah makanan asas untuk rakyat Malaysia.
"Tiada gula yang diperlukan rakyat, manusia masih boleh hidup tanpa pengambilan gula," tambahnya.
Cadangan tersebut kini diteliti pihak Kementerian Kesihatan namun, kesedaran akan bahaya pengambilan gula berlebihan tetap diteruskan kementeriannya bagi memastikan rakyat kekal sihat.
Topic Berkaitan
#cukai
#GST
#gula
#subramaniam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan