Kementerian Kesihatan sedang mempertimbangkan cadangan kerajaan Pahang untuk membina sebuah pusat rawatan jantung di kawasan seluas lapan hektar di Tanjung Lumpur di sini, untuk kemudahan pesakit khususnya dari Pantai Timur.
Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata kementerian sedang meneliti perkara itu dan akan melaksanakannya secepat mungkin agar dapat memberi kemudahan kepada pesakit dari Zon Timur supaya mereka tidak perlu ke Institut Jantung Negara (IJN) untuk mendapatkan rawatan.
"Setakat ini, pusat rawatan jantung komprehensif untuk pesakit di Terengganu, Kelantan dan Pahang masih belum ada, yang ada pun di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), tetapi hospital milik kerajaan belum ada.
"Di Pahang, kita hanya mempunyai Unit Kardiotorasik dan Kardiologi beroperasi di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) yang mengendalikan 600 kes melibatkan pembedahan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis ramah mesra bersama Ahli Lembaga Pelawat Hospital dan Panel Penasihat Klinik Kesihatan Pahang Peringkat Zon Timur di Dewan Canselari Sultan Haji Ahmad Shah DRB-Hicom Universiti, di sini pada Isnin.
Majlis turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sumber Manusia dan Tugas-tugas Khas Pahang Datuk Seri Norol Azali Sulaiman serta Pengarah Kesihatan negeri Dr Sha'ari Ngadiman.
Mengulas lanjut, Dr Hilmi berkata unit sedia ada itu tidak dapat menampung jumlah pesakit yang ramai selain peralatan kurang lengkap menyebabkan pasukan perubatan di unit berkenaan berhadapan kesukaran untuk melaksanakan tugas.
Beliau berkata pusat rawatan jantung baharu itu sedang dipertimbangkan untuk dibina bersebelahan Hospital Wanita dan Kanak-kanak Kuantan yang sudah diluluskan pembinaannya oleh kerajaan pusat dengan kos RM500 juta, dan boleh memuatkan 300 katil.
Pada majlis itu, Dr Hilmi turut menyerahkan sumbangan RM270,000 kepada enam Ahli Lembaga Pelawat Hospital dan 42 Panel Penasihat Klinik Kesihatan di Zon Timur untuk kelangsungan program serta aktiviti mereka bersama masyarakat.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 19 2018

Dr Hilmi berkata unit sedia ada itu tidak dapat menampung jumlah pesakit yang ramai selain peralatan kurang lengkap menyebabkan pasukan perubatan di unit berkenaan berhadapan kesukaran untuk melaksanakan tugas. - Gambar fail

Sarawak rekod pendapatan tertinggi negeri RM11.9 bilion pada 2022 - Abang Jo
Sarawak merekodkan pendapatan tertinggi dalam sejarah untuk hasil pada tahun 2022 sebanyak RM11.9 bilion iaitu 17 peratus lebih tinggi daripada pendapatan yang diunjurkan RM10.2 bilion.

PN lancar Kabinet bayangan
Perikatan Nasional (PN) pada Khamis melancarkan senarai Kabinet bayangan atau Jawatankuasa Portfolio Ahli Dewan Rakyat gabungan itu.

KPDN Sabah catat kompaun RM20,700 sepanjang Januari
Kesemua kes itu melibatkan kesalahan di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan (AKHAP) 2011, Akta Timbang dan Sukat 1972, dan Akta Kawalan Bekalan 1961.

PN bentuk J'kuasa Portfolio Ahli Dewan Rakyat jadi pembangkang berkesan - Muhyiddin
Ahli-Ahli Parlimen PN berpengalaman akan beri maklum balas beberapa isu berkaitan portfolio masing-masing.

Sekiranya bersih kena jelaskan kepada badan penyiasat - PM
Jika benar bersih seperti mana yang diceritakan, kena jelaskan kepada badan penyiasat kenapa dalam masa singkat boleh mengumpul wang sebegitu banyak, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sarawak lanjutkan diskaun bil elektrik menerusi BKSS selama enam bulan
Kerajaan Sarawak bersetuju untuk melanjutkan diskaun bil elektrik menerusi Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) sebanyak lima hingga 25 peratus selama enam bulan.

Beku akaun Bersatu: PM Anwar tegaskan tiada campur tangan daripada kerajaan
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan badan siasatan, penguatkuasaan dan kehakiman di Malaysia kekal bebas dan tidak di bawah pengaruh mana-mana pihak.

Perlu langkah bersepadu bantu IPTS terus bernafas
Malaysia harus mencontohi UK yang sentiasa konsisten mengadakan promosi bagi menarik pelajar antarabangsa, walaupun kadar yuran mereka tinggi.

Bekas pengurus kewangan didakwa terlibat pengubahan wang haram berjumlah RM28 juta
Seorang bekas pengurus kewangan sebuah syarikat peralatan muzik didakwa atas 22 pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM28 juta.

Jangan tangkap beruang matahari yang sesat, pesanan Perhilitan pada penduduk Yan
Beruang matahari itu yang bertindak agresif berkemungkinan berada dalam keadaan lapar dan terancam.

PRU15: 10 cadangan membentuk kerajaan gabungan pasca pilihan raya yang stabil - Bersih
Malaysia menjangkakan Parlimen yang tergantung di mana tidak ada satu parti atau gabungan yang akan mendapat majoriti mudah.

PRU15: PLUS keluarkan jadual cadangan waktu perjalanan
Jadual Cadangan Waktu Perjalanan itu buat pengguna Lebuhraya Utara-Selatan, bagi tempoh dari 17 hingga 21 Nov ini.

Bursa Malaysia lulus penyenaraian, sebut harga 3.96 bilion saham baharu Digi
Digi menjelaskan mesti terlebih dahulu mematuhi sepenuhnya peruntukan yang relevan di bawah syarat-syarat penyenaraian berkaitan.

PRU15: PH kekal cadangan dua TPM jika terajui kerajaan - Anwar
Pengerusinya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata cadangan itu merangkumi seorang TPM masing-masing dari Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

PRU15: Tarikh mengundi, kempen 21 hari antara cadangan bantu peratusan keluar mengundi tinggi
SPR juga disyor memudahkan proses permohonan dan penghantaran undi pos bagi mereka berada di dalam atau luar negara.

Cadangan tutup pejabat UNHCR, terpulang kepada Malaysia - AS
Amerika Syarikat menyerahkan kepada kerajaan Malaysia untuk membuat keputusan berhubung cadangan menutup pejabat UNHCR di negara ini.

Khairy sedia cadangan kesihatan untuk pertimbangan BN dalam manifesto
Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata beliau akan menyediakan beberapa cadangan berkaitan kesihatan untuk pertimbangan Barisan Nasional (BN) supaya dimasukkan dalam manifesto Pilihan Raya Umum k

Senarai syor terhadap RUU Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022
KKM dijangka membentangkan RUU Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 untuk bacaan kali kedua di Dewan Rakyat pada mingu depan.

Sunway REIT peroleh hartanah industri RM60 juta di Petaling Jaya
Cadangan Pengambilalihan akan dibiayai sepenuhnya oleh program hutang sedia ada Sunway REIT.

Lapan cadangan tambah baik aliran trafik di pondok tol - Ong Kian Ming
Pemprosesan data besar yang betul akan memberi gambaran terkini mengenai kelajuan aliran trafik di pelbagai lorong.