awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kementerian Komunikasi, Finas tingkat usaha jaga kebajikan artis veteran

Bernama
Bernama
22/06/2024
12:30 MYT
Kementerian Komunikasi, Finas tingkat usaha jaga kebajikan artis veteran
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata Finas kini lebih proaktif dalam mengusahakan isu kebajikan bagi mereka yang terlibat dalam bidang perfileman. - Foto BERNAMA
NIBONG TEBAL: Kementerian Komunikasi khususnya menerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) akan meningkatkan usaha dalam menjaga kebajikan artis veteran.

Ringkasan AI
  • Finas akan meningkatkan usaha menjaga kebajikan artis veteran, termasuk yang uzur, menurut Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
  • Bengkel media sosial oleh Finas bertujuan meningkatkan kemahiran penciptaan kandungan untuk menjana pendapatan.
  • Peserta bengkel digalakkan mengamalkan ilmu yang dipelajari untuk menghasilkan kandungan yang menarik dan menjana pendapatan.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata Finas kini lebih proaktif dalam mengusahakan isu kebajikan bagi mereka yang terlibat dalam bidang perfileman.
"Kita selalu raikan para pelakon sewaktu mereka berada di kemuncak kerjaya mereka namun para veteran yang uzur dan tidak sihat juga perlu disantuni.
"Mesej yang disampaikan daripada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah para veteran tidak kira dalam bidang apa perlu dibantu dan dipertingkatkan kebajikan mereka," katanya kepada wartawan selepas menyampaikan sijil kepada peserta Bengkel Asas Media Sosial di sini hari ini.
Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Finas Datuk Azmir Saifuddin Mutalib.
Fahmi berkata bengkel tiga hari itu bertujuan meningkatkan kemahiran dalam penciptaan kandungan di media sosial dan dikelolakan oleh Finas di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Sungai Bakap.
Beliau berkata penghasilan kandungan yang bagus di media sosial mampu menjana pendapatan sama ada daripada penjualan produk atau menjadi pempengaruh.
"Sebelum ini Finas banyak mengadakan bengkel untuk tujuan pembikinan filem namun kini mereka juga banyak mengadakan bengkel yang melibatkan penggunaan peralatan digital termasuk telefon pintar.
"Saya harap semua 46 peserta yang menghadiri bengkel ini boleh mengamalkan segala ilmu, membuat kandungan yang memikat hati penonton dan menjana pendapatan untuk mereka," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kementerian komunikasi
#FINAS
#kebajikan artis veteran
#Fahmi Fadzil
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan