awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Amang seksual: Pelajar tahfiz dikenakan bon berkelakuan baik dua tahun
DUNIA
Puluhan penerbangan ke Bali dibatalkan susulan letusan Gunung Lewotobi
MALAYSIA
KKR perlu RM4 bilion setahun bagi kerja selenggara, naik taraf sepenuhnya jalan raya
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MALAYSIA

Kementerian Komunikasi komited bantu wanita Pulau Berhala jadi e-usahawan

Bernama
Bernama
17/06/2025
20:45 MYT
Kementerian Komunikasi komited bantu wanita Pulau Berhala jadi e-usahawan
Nie Ching berkata kumpulan wanita terbabit mendapat tunjuk ajar melalui kelas jahitan yang dijalankan di Pusat Komuniti Wanita Kampung Pulau Berhala. - Foto fail/BERNAMA
SANDAKAN: Kementerian Komunikasi sedia membantu kumpulan wanita di Pulau Berhala dekat sini menjadi e-usahawan, berasaskan kemahiran jahitan yang dimiliki mereka serta capaian internet yang baik di pulau berkenaan.
Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching berkata kumpulan wanita terbabit mendapat tunjuk ajar melalui kelas jahitan yang dijalankan di Pusat Komuniti Wanita Kampung Pulau Berhala hasil inisiatif Ahli Parlimen Sandakan Vivian Wong Shir Yee.
"Sudah tiba masanya untuk membuka peluang kepada kumpulan wanita ini menjadi e-usahawan. Pulau ini mempunyai capaian internet 4G yang baik, membolehkan produk mereka dipasarkan bukan sahaja dalam negara, bahkan ke luar negara sekiranya ada permintaan.
"Sekiranya inisiatif ini dapat dilaksanakan, saya boleh menjemput pihak Shopee, Lazada atau TikTok Shop untuk mengadakan bengkel di sini agar mereka dapat mempelajari cara menggunakan platform tersebut bagi menjual hasil jahitan," katanya kepada pemberita selepas melawat pusat berkenaan bersama Vivian, pada Selasa.
Menurut Teo, produk hasil kerja tangan wanita daripada suku Bajau yang menghasilkan bantal, riben rambut dan pakaian tradisional berpotensi besar untuk dipasarkan bagi menjana pendapatan.
Dalam pada itu, Vivian berkata usaha selama dua tahun untuk menubuhkan Pusat Komuniti Wanita di Pulau Berhala akhirnya membuahkan hasil apabila wanita setempat memberikan sambutan menggalakkan terhadap aktiviti jahitan yang dijalankan di situ.
"Kami mahu golongan wanita di Pulau Berhala ini berupaya menjana pendapatan sendiri. Selain kelas jahitan, kami juga akan memperkenalkan kelas memasak, membuat kuih dan melukis batik. Guru-guru yang bersedia untuk mengajar juga telah dikenal pasti," katanya.
Seorang suri rumah, Rina Rameo Abdullah, 51, berkata, penubuhan pusat tersebut memberi manfaat besar kepada wanita di situ kerana mereka berpeluang membina kemahiran menjahit dan menambah pendapatan, selain mengisi masa lapang.
"Saya menjahit pakaian tradisional Bajau yang dikenali sebagai Sablai. Setiap pagi saya menjual kuih, dan selepas itu datang ke pusat untuk menjahit pakaian yang biasanya dipakai ketika majlis keramaian," katanya.
Rina turut menyambut baik usaha kerajaan untuk membantu mempromosikan hasil jahitan wanita Pulau Berhala melalui platform dalam talian.
Dalam lawatan ke pulau tersebut, Teo turut menyampaikan 50 bakul makanan tajaan YTL Corporation Berhad kepada penduduk kampung.
Pulau Berhala memiliki formasi batuan yang unik serta nilai sejarah tinggi sejak era Perang Dunia Kedua, dan berpotensi menjadi produk pelancongan ikonik di Sandakan. Perjalanan dari bandar Sandakan ke pulau itu mengambil masa kira-kira 15 minit.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kementerian komunikasi
#wanita
#Pulau Berhala
#e-usahawan
#Teo Nie Ching
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami