Kementerian Pendidikan akan memberi perhatian berhubung tahap keselamatan sekolah-sekolah tahfiz di seluruh negara terlebih dahulu sebelum meneruskan perbincangan mengenai pendaftaran institusi pendidikan berkenaan di bawah kerajaan.
Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata perkara itu selaras dengan kehendak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengarahkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) untuk memeriksa sekolah-sekolah tahfiz termasuk menyediakan laporan keselamatan.
"Buat masa kini, pihak bomba telah memeriksa 932 sekolah tahfiz di negara ini. Selepas kita terima laporan, kemudian kita melakukan penambahbaikan institusi pendidikan tersebut.
"Tidak guna bincang mengenai pendaftaran dan kurikulum sekolah tahfiz, tetapi soal keselamatan masih bermasalah," katanya pada sidang media selepas melancarkan Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (Peers) di Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 17 (1) di sini hari ini.
Perdana Menteri sebelum ini mengarahkan JBPM untuk menjalankan siasatan terhadap semua pusat tahfiz di seluruh negara bagi mengelak kejadian kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah daripada berulang.
Sementara itu, Mahdzir berkata semua pengendali tadika swasta diminta untuk menekankan Peers dalam kurikulum pendidikan prasekolah bagi menyebarluas mengenai aspek penjagaan kesihatan dan keselamatan diri kepada kanak-kanak.
Katanya Peers merupakan antara usaha kerajaan untuk mendedahkan kanak-kanak berhubung pendidikan reproduktif dan sosial seawal usia empat tahun sejajar komitmen meningkatkan kesedaran tentang implikasi jenayah seksual.
"Murid prasekolah perlu diberi pengetahuan dan kemahiran berkaitan Peers supaya mereka bersedia menjaga diri sendiri, mengenal pasti aspek sentuhan selamat, tidak selamat dan tidak selesa serta boleh mengambil tindakan yang sesuai apabila berhadapan dengan situasi yang berisiko," katanya.
Beliau berkata kementeriannya telah mengatur pelbagai program pendidikan untuk memberi pengetahuan dan penerapan nilai murni bermula dari prasekolah termasuk memperkenalkan Peers sejak 2003 lagi.
Ketika diminta mengulas mengenai isu Jabatan Pendidikan Pulau Pinang yang menolak permohonan acara "Pulau Pinang dan DAP" susulan acara "UMNO dan Merdeka" di sebuah sekolah di Putrajaya, Mahdzir menganggap permintaan itu sebagai satu provokasi "mengejek" selain tidak mempunyai tujuan yang jelas.
"Jadi kalau nak buat untuk sengaja nak mengejek tak bolehlah. Kalau nak buat mesti ada tujuan yang khusus," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 09 2017
Kementerian Pendidikan akan beri perhatian isu keselamatan sekolah tahfiz dahulu. - Foto Bernama.
Khilaf dalam kalangan ulama adalah 'rahmat' jika dikawal dan dijaga - Anwar
Penerimaan kepada pandangan yang berbeza merupakan amalan yang sihat dalam memberikan orang ramai kefahaman yang mendalam terhadap sesuatu perkara.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 3 Mei 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Ragbi: Malaysia muncul juara Kejohanan SEA 7s 2024
Pasukan ragbi lelaki tujuh sebelah (7s) negara mencipta sejarah muncul juara Kejohanan Tujuh Sebelah Asia Tenggara (SEA 7s) 2024.
MAPIM seru pertubuhan antarabangsa perkukuh perlindungan untuk wartawan
MAPIM menyeru pertubuhan antarabangsa dan kerajaan memperkuat perlindungan untuk wartawan memandangkan mereka turut menjalankan peranan penting dalam mengekalkan masyarakat demokrasi.
Cuaca panas: Orang ramai tidak perlu risau, KKM sentiasa pantau keadaan - Dr Dzulkefly
Orang ramai diminta tidak khuatir dengan cuaca panas yang melanda beberapa negeri ketika ini kerana situasi itu sentiasa dipantau rapat Kementerian Kesihatan (KKM).
Program Rakyat: Pengunjung digalak guna pengangkutan awam, elak kesesakan
Pengunjung yang ingin menghadiri Program MADANI Rakyat 2024 Zon Utara di Tapak Pesta Sungai Nibong, dekat sini digalakkan untuk menggunakan pengangkutan awam yang disediakan Kementerian Pengangkutan.
Pemimpin pembangkang India Rahul Gandhi akan bertanding di kubu kuat parti, Uttar Pradesh
Rahul menghantar borang pencalonan untuk Raebareli pada Jumaat yang dihadiri ibunya Sonia Gandhi dan Presiden Parti Kongres Mallikarjun Kharge.
Azizulhasni raih motivasi hadapi minggu mencabar di Jepun
Azizulhasni menang dua pingat emas masing-masing dalam acara pecut dan keirin pada perlumbaan Siri Trek ASEAN di Velodrom Nasional.
JDT sediakan fasiliti latihan terbaik untuk skuad B-17 negara
Skuad muda negara bimbingan Javier Jorda Ribera dijadual menjalani kem latihan pusat di Pasir Gudang, Johor sehingga Selasa depan.
Reformasi pendidikan: 'Jangan tambah subjek, beri penekanan interaksi sosial'
Pelajar di peringkat sekolah rendah seharusnya tidak dibebankan dengan terlalu banyak mata pelajaran dalam usaha meningkatkan aspek kualiti dan kecekapan.
Laporan Bank Dunia: Sistem pendidikan didakwa ketinggalan, MASA gesa tindakan segera
Azril mencadangkan agar penelitian tuntas dan telus terhadap sistem pendidikan dilakukan segera terhadap beberapa perkara.
KPM giat laksana pelbagai inisiatif bagi reformasi pendidikan negara
Kelas prasekolah akan diperluas di seluruh institusi pendidikan bawah KPM bagi memastikan isu keciciran murid dapat ditangani daripada awal.
Pendigitalan tidak noktahkan ekosistem penerbitan buku fizikal - KP Pendidikan
Inisiatif pendigitalan industri buku tidak akan sesekali menoktahkan ekosistem penerbitan buku secara fizikal malah sebagai pelengkap dalam memartabatkan industri berkenaan.
Kelas terapung atasi masalah sekolah padat - Fadhlina
Pelaksanaan kelas terapung di sekolah-sekolah yang mempunyai kepadatan tinggi dapat membantu mengatasi isu kesesakan pelajar.
KKM kekal keputusan pinda Akta Perubatan 1971
KKM kekal dengan keputusan untuk meminda Akta 50 bagi menangani jurang antara PPP dan Program Sarjana Perubatan tempatan biarpun mendapat bantahan sesetengah pihak.
Cuaca panas: KPM nasihat murid, pelajar sekolah minum air secukupnya
Kementerian Pendidikan menasihatkan semua murid dan pelajar sekolah sama ada di bandar mahupun luar bandar supaya minum air secukupnya serta memakai pakaian seragam sekolah yang bersesuai susulan kead
3,038 sekolah kurang murid tahun ini, tiada yang ditutup - Wong
Sebanyak 3,038 sekolah di seluruh negara diklasifikasikan sebagai sekolah kurang murid iaitu kurang daripada 150 pelajar pada tahun ini.
Jabatan Pendidikan Terengganu ingatkan sekolah patuhi arahan KPM
Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu mengingatkan semua sekolah supaya tidak mengadakan sebarang aktiviti luar bilik darjah pada musim panas.
Aspek keselamatan, kesalinghubungan internet intipati perbincangan dua kementerian - Fadhlina
Aspek keselamatan kanak-kanak dalam talian antara dibangkitkan pada perbincangan antara Kementerian Komunikasi dan Kementerian Pendidikan, semalam.