awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
12 pelombong terbunuh dalam serangan dron Rusia di Ukraine
Insentif Pengeluaran Getah diaktifkan di Sabah, Sarawak untuk Januari 2026
Malaysia dipilih Naib Pengerusi Sub-Kumpulan Kerja PBB mengenai peralatan utama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KBS sedia lepas NFDP dan AMD, namun tunggu FAM selesaikan isu dalaman

Bernama
Bernama
05/09/2025
22:00 MYT
KBS sedia lepas NFDP dan AMD, namun tunggu FAM selesaikan isu dalaman
Sebelum ini, FAM memaklumkan badan induk itu telah bersedia mengambil alih NFDP dan AMD sekiranya mendapat mandat daripada KBS dan MSN. - Foto fail/FAM
PUTRAJAYA: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sedia menyerahkan pengurusan Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) dan Akademi Mokhtar Dahari (AMD) kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), namun hanya akan dimuktamadkan selepas badan induk itu menyelesaikan isu kepimpinannya.
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berkata langkah penyerahan dua program pembangunan sukan itu sejajar dengan penilaian telah dibuat oleh Konfederasi Bolasepak Asia (AFC).
"Saya memang hendak melepaskan kerana kita ada penilaian dibuat AFC. Perbincangan telah bermula tetapi saya mahu FAM selesaikan dulu (isu) presiden mereka.
"Apabila semua sudah okey (selesai), baru kita cakap tentang handover (penyerahan)... yang ini lebih penting. Kerana bukan saya tidak mahu serah, sebaliknya cuma mahu pastikan semuanya bersedia," katanya ketika ditemui di sini pada Jumaat.
Sebelum ini, FAM memaklumkan badan induk itu telah bersedia mengambil alih NFDP dan AMD sekiranya mendapat mandat daripada KBS dan Majlis Sukan Negara (MSN).
Pada Ogos, FAM mengesahkan Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub sah melepaskan jawatan presiden badan induk itu, hanya enam bulan selepas menjawat jawatan itu pada Februari lepas.
Sehubungan itu, FAM mengumumkan Timbalan Presiden Datuk Mohd Yusoff Mahadi dilantik sebagai Pemangku Presiden berkuat kuasa serta-merta.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#FAM
#KBS
#NFDP
#AMD
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan