awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sempadan Rafah dibuka semula secara rasmi
AOT cadang kenaikan 53% caj perkhidmatan penumpang penerbangan antarabangsa Thailand
Waris Sultan Zainal Abidin III diminta tampil, selesai tuntutan tanah pusaka
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JAKIM terima anugerah tadbir urus halal sempena WITA 2025

Sinar Harian
Sinar Harian
05/09/2025
22:15 MYT
JAKIM terima anugerah tadbir urus halal sempena WITA 2025
Jeffri (kanan) menyampaikan anugerah kepada Muhyidin sempena WITA 2025 baru-baru ini. - Foto JAKIM
KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengharumkan nama Malaysia di pentas antarabangsa selepas berjaya meraih anugerah Institutional Excellence in Halal Governance pada World Islamic Tourism & Trade Award (WITA) 2025 baru-baru ini.
JAKIM dalam kenyataan berkata, pengiktirafan tersebut diberikan atas usaha berterusan pihaknya dalam memperkukuh tadbir urus halal, bukan sahaja di Malaysia bahkan di peringkat antarabangsa.
"Peranan yang dimainkan dalam memastikan integriti sistem pensijilan halal telah meletakkan Malaysia sebagai peneraju utama industri halal dunia.
"Dengan kejayaan ini, usaha memperkukuh jaringan kerjasama bersama agensi tempatan dan antarabangsa akan terus diperkasa.
Anugerah berprestij itu disampaikan oleh Timbalan Presiden Persatuan Agensi Pelancongan Malaysia (MATA), Datuk Jeffri Sulaiman kepada Pengarah Bahagian Pengurusan Halal Jakim, Muhyidin Aziz@Saari.
WITA 2025 merupakan satu platform bagi meraikan kecemerlangan dan inovasi dalam sektor pelancongan serta perdagangan Islam di peringkat global.
Ia menjadi platform pengiktirafan kepada organisasi, individu, destinasi dan inisiatif cemerlang yang telah menyumbang secara signifikan kepada pertumbuhan pelancongan halal, pengukuhan budaya Islam, amalan perniagaan beretika, serta pembangunan perdagangan mampan di seluruh dunia. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#sektor pelancongan
#JAKIM
#perdagangan Islam
#MATA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan