awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AS kekal hak menjamin keselamatan ketenteraan pangkalan Diego Garcia - Trump
Ribut Leonardo: Lelaki maut di Portugal, wanita dihanyutkan arus di Sepanyol
Wabak norovirus tangguh aksi pembukaan hoki ais wanita Finland
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kementerian Pendidikan galakan murid, pelajar lawat Tapak Warisan UNESCO

Bernama
Bernama
16/02/2024
11:09 MYT
Kementerian Pendidikan galakan murid, pelajar lawat Tapak Warisan UNESCO
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek yang juga Presiden Suruhanjaya Unesco Malaysia (tengah) bersama pelajar-pelajar Sekolah St. Francis semasa melawat Bukit Melaka pada Program Warisan Unesco di Banda Hilir, hari ini. - Foto BERNAMA
MELAKA: Kementerian Pendidikan menggalakkan murid dan pelajar mengadakan lawatan ke Tapak Warisan Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) di seluruh negara bagi menjamin kelestariannya pada masa depan.
Menterinya Fadhlina Sidek berkata ini penting sebagai antara aktiviti pembelajaran luar bilik darjah bagi membentuk pelajar dan murid yang menghargai sejarah negara.
"Komitmen itu besar dalam konteks untuk memastikan kelestarian dan menghidupkan budaya serta dari segi pemeliharaan dan kesedaran tentang sejarah yang perlu anak-anak kita ikuti. Ia adalah sebahagian (aktiviti) pembelajaran daripada peringkat Kementerian Pendidikan.
"Jadi program seperti ini memang sangat bermanfaat dan kita sangat galakan pembudayaan ini diteruskan dari semasa ke semasa," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Warisan UNESCO di Bukit Melaka, Banda Hilir di sini hari ini.
Justeru, Fadhlina, yang juga Presiden Suruhanjaya UNESCO Malaysia berkata komitmen daripada kerajaan negeri amat dituntut bagi memelihara dan memulihara Tapak Warisan UNESCO sepanjang masa.
Sementara itu dalam ucapannya, Fadhlina berkata baju kebaya akan diiktiraf sebagai Warisan Tidak Ketara UNESCO pada tahun ini selepas melalui penilaian yang sedang dilakukan oleh badan dunia tersebut.
"Suka juga saya sebutkan bahawa Melaka merupakan pusat kegiatan bagi pelbagai Warisan Tidak Ketara yang telah diiktiraf oleh UNESCO seperti Dondang Sayang pada 2018, silat (2019), pantun dan perayaan Wangkang (2020), serta kebaya yang sedang dinilai pada tahun ini.
"Sejarah kegemilangan dan kesusasteraan Melaka seperti Hikayat Hang Tuah juga telah diiktiraf oleh UNESCO melalui Program Memori Dunia (MoW) pada 2001," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kementerian Pendidikan
#tapak warisan Unesco
#Fadhlina Sidek
#aktiviti pembelajaran luar bilik darjah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan