Kementerian Pendidikan menafikan pernah mengeluarkan pekeliling pemberitahuan mengenai penjualan gula-gula dadah berlaku di sekolah di negara ini, seperti yang tular dalam media sosial baru-baru ini.
Timbalan Menteri Pendidikan Datuk Chong Sin Woon berkata sehingga hari ini, kementerian tidak menerima sebarang aduan berkaitan penjualan gula-gula dadah berperisa strawberi di mana-mana sekolah.
"Tidak betul dan itu adalah palsu...kementerian tidak pernah keluarkan surat pekeliling," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program 'Jom Ke Sekolah' peringkat kebangsaan dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Mohd Said di sini hari ini.
Turut hadir pada program itu ialah Timbalan Ketua Polis Negeri ACP Muhamad Zaki Harun dan Exco Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Hasim Rusdi.
Dadah jenis baharu dikenali sebagai 'strawberry quick' yang berbentuk kristal dan berbau strawberi kononnya mula menjadikan pelajar sekolah sebagai sasaran penjualannya dan perkara itu menular di media sosial.
BACA: Pihak sekolah diminta jalankan pemeriksaan dadah 'strawberry quick'
Mengulas lanjut, Chong berkata bilangan murid yang terjebak dengan dadah merekodkan penurunan iaitu 1,732 orang pada tahun lepas berbanding 1,938 orang pada 2015.
"Kementerian melalui Jabatan Pendidikan dan Pejabat Pendidikan Daerah bersama dengan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan PDRM akan membuat pemeriksaan mengejut dan ujian air kencing secara berkala khususnya kepada kumpulan berisiko tingi.
"Kita sentiasa memantau percubaan (penggunaan) dadah dalam kalangan murid sekolah dan keadaan itu pada masa ini terkawal," katanya.
Sementara itu, dalam perkembangan lain, Chong berkata kementerian sedang meneliti kegiatan buli terbaharu iaitu buli siber dan mengkaji tindakan yang boleh diambil terhadap pelakunya.
"Kita menerima aduan tentang ini (buli siber) yang mana pelajar-pelajar dibuli menerusi komen-komen dalam sosial media seperti Facebook, ataupun penghantaran mesej-mesej bersifat membuli, ini kita sedang teliti dan selepas kita lihat aspek perundangan, kita akan wujudkan kategori baharu iaitu buli siber bagi membanteras kegiatan itu," katanya. -- Bernama
Bernama
Mon Feb 06 2017
Datuk Chong Sin Woon (depan tiga, kanan) bergambar bersama pelajar sempena pelancaran Peti Aduan Murid pada program 'Jom Ke Sekolah Sesi Persekolahan 2017' di SMK Dato' Md Said di Nilai hari ini. - fot
Jumlah mangsa banjir berlindung di PPS di Perak, Johor dan Pahang kekal
Jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Perak, Johor dan Pahang masih kekal setakat pagi ini.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
UMNO tidak terima permohonan Tengku Zafrul keluar parti - Ahmad Zahid
Presiden UMNO sahkan parti itu tidak menerima permohonan Tengku Zafrul untuk meninggalkan parti.
Bola api penuhi ruang udara di Damsyik
Satu rakaman video memaparkan sejumlah bola api memenuhi ruang udara bandar Damascus diikuti bunyi letupan kuat turut kedengaran pada Jumaat.
Presiden Korea Selatan berdepan undi pemecatan kedua
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol, kini menghadapi undi pemecatan kedua pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang darurat selama beberapa jam mencetuskan krisis politik.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Kongres Khas PKR fokus reformasi pemilihan parti
Kongres Khas Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dijadualkan pada Ahad akan meminda perlembagaan parti.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Suri rumah rugi lebih RM750,000 ditipu pelaburan bitcoin
Seorang suri rumah berputih mata apabila kerugian lebih RM750,000 selepas terperdaya skim pelaburan bitcoin dalam talian.
“Sifat materialistik mengundang malapetaka dalam masyarakat” - Dr Maza
Nilai kemanusiaan tidak lagi mendominasi kehidupan kerana segala-galanya diukur berdasarkan keuntungan semata-mata.
Pembunuhan kejam, buli siber detik suram 2024
Tahun 2024 mencatatkan pelbagai peristiwa tragis menggemparkan negara termasuk jenayah kejam yang meragut nyawa empat individu.
Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Jumlah mangsa banjir terus mencatat penurunan kepada 305 mangsa daripada 93 keluarga setakat jam 9 pagi Sabtu.
Kementerian Pendidikan nafi keluar pekeliling mengenai penjualan gula-gula dadah
Sehingga hari ini, kementerian tidak menerima sebarang aduan berkaitan penjualan gula-gula dadah berperisa strawberi di mana-mana sekolah.