Kementerian Pertahanan laksana sifar toleransi rasuah, salah guna kuasa

Mohamed Khaled memberitahu, pemulihan wibawa dan kepercayaan terhadap Angkatan Tentera Malaysia adalah keutamaan mutlak kementerian dan tidak akan dikompromikan dalam apa jua keadaan. - fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR : Kementerian Pertahanan menegaskan pendirian sifar toleransi terhadap rasuah, pelanggaran integriti dan salah guna kuasa dalam institusi pertahanan negara.
Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin memberitahu, pemulihan wibawa dan kepercayaan terhadap Angkatan Tentera Malaysia (ATM) adalah keutamaan mutlak kementerian dan tidak akan dikompromikan dalam apa jua keadaan.
Beliau berkata, ATM bukan sekadar sebuah organisasi, sebaliknya benteng kedaulatan negara yang menjadi tunjang keselamatan Malaysia.
"Kepada sesiapa sahaja yang terlibat dalam semua kemungkaran moral ini, yang merosakkan imej mulia ATM, kita akan pastikan anda semua dihukum dan tersingkir dengan keji dari perkhidmatan.
"Sebelum ini kita tidak pernah teragak-agak untuk mengenakan tindakan tegas dan menjatuhkan hukuman berat kepada setiap pelaku kesalahan sebegini.
"Tidak akan ada toleransi atas apa jua kecurangan dan bersedialah untuk hilang segalanya jika anda adalah penyebab sektor keselamatan kita dikompromi," katanya ketika berucap pada Majlis Perutusan Tahun Baharu Kementerian Pertahanan di sini, pada Isnin.
Mohamed Khaled menegaskan pendekatan sifar toleransi akan dilaksanakan secara tegas dan tanpa pengecualian, dengan tiada ruang untuk perlindungan, kompromi atau kekebalan, tanpa mengira pangkat atau kedudukan.
Menurutnya, setiap siasatan akan dijalankan secara adil, telus dan menyeluruh selaras dengan undang-undang serta peraturan berkuat kuasa, selain Kementerian Pertahanan tidak akan menghalang mana-mana siasatan pihak berkuasa berkaitan dan akan memberikan kerjasama penuh.
Bagi memastikan pembetulan yang berimpak tinggi dan berpanjangan, katanya, Kementerian Pertahanan akan menstruktur semula keutamaan kementerian berasaskan empat fokus utama.
Menurutnya, fokus tersebut merangkumi pemulihan kepercayaan rakyat terhadap ATM, pembanterasan rasuah dan kecurangan kuasa secara sistemik, pengukuhan integriti serta tatakelola, selain penguatkuasaan disiplin termasuk pembanterasan budaya tidak bermoral dalam kem dan fasiliti ATM.”
Selain itu, beliau berkata, penggunaan digitalisasi berskala nasional dan kecerdasan buatan (AI) akan dioptimumkan bagi meningkatkan ketelusan, mengurangkan risiko manipulasi serta membolehkan pengesanan awal terhadap sebarang ketirisan atau penyelewengan.
"Kita (Kementerian Pertahanan) juga akan menubuhkan mekanisme dalaman yang bebas dan berwibawa bagi menyalurkan aduan berkaitan integriti secara tersusun, selamat dan tanpa campur tangan pihak berkepentingan, selain memperkukuh kerangka Tadbir Urus Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) pertahanan selari keperluan keselamatan negara," jelasnya.
Dalam pada itu, beliau menegaskan salah laku segelintir individu tidak mencerminkan keseluruhan warga ATM yang majoritinya kekal berdisiplin, berintegriti dan setia mempertahankan kedaulatan negara.
Kementerian Pertahanan, tegas beliau, akan terus bertindak secara konsisten, berprinsip dan tanpa gentar demi memulihkan wibawa institusi pertahanan negara.
Sementara itu, beliau turut mengumumkan lapan fokus utama Kementerian Pertahanan selaras dengan perubahan dinamik landskap keselamatan global yang semakin kompleks dan tidak menentu.
Fokus berkenaan, menurutnya, merangkumi kesinambungan inisiatif strategik pertahanan ASEAN serta pengurusan ancaman keselamatan dan kepentingan negara di Laut China Selatan secara berwaspada.
"Ia turut melibatkan pemerkasaan industri pertahanan negara, pemodenan aset dan kesiapsiagaan pertahanan, pengukuhan pendekatan pertahanan menyeluruh menerusi Whole-of-Government dan Whole-of-Society (WOGOS), peningkatan kebajikan anggota serta veteran ATM, selain pelaksanaan pelan strategik baharu termasuk Pelan Strategi Pertahanan Negara 2026–2030 dan Rangka Tindakan Kapasiti Pertahanan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


