Kementerian Komunikasi dan Multimedia sedang meneliti kaedah lain yang boleh membantu mengembangkan industri hiburan terutamanya meneliti semula kadar berpatutan duti hiburan oleh pihak berkuasa tempatan bagi menampung pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang akan diperkenalkan tahun hadapan.
Timbalan Menteri kementerian itu, Datuk Jailani Johari berkata usaha ini akan dilakukan bersama
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
"Kementerian sedar pelaksanaan GST sedikit sebanyak akan memberi kesan kepada industri hiburan negara, contohnya peningkatan kepada harga tiket pawagam.
"Walau bagaimanapun, berdasarkan trend semasa, dijangkakan kesan tersebut tidak terlalu ketara kerana bagi penggemar filem, mereka tetap akan terus mengunjungi pawagam sekiranya filem itu berkualiti dan memenuhi cita rasa mereka," katanya semasa sesi soal jawab di Parlimen hari ini.
Beliau berkata umpamanya, filem ‘The Journey’ yang diterbit dengan bajet RM3 juta sahaja telah dapat menarik penonton daripada pelbagai kaum untuk menontonnya walaupun ia filem berbahasa Cina (Kantonis).
Beliau menambah filem itu telah berjaya mendapat kutipan berjumlah RM17.28 juta dan merupakan rekod kutipan yang tertinggi untuk filem tempatan setakat ini.
Jailani berkata demikian semasa menjawab soalan ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud yang ingin kementerian itu menyatakan sama ada ada Malaysia mempunyai satu dasar untuk memastikan industri hiburan dan kebudayaan negara menepati prinsip Rukun Negara dan jika tiada, adakah Kerajaan bercadang untuk mengadakan dasar tersebut.
Jailani turut berkata antara perkara pokok yang diberi penekanan oleh kementeriannya adalah untuk memastikan semua program hiburan tempatan sentiasa mengutamakan nilai-nilai murni disamping mendidik dan memberi kesedaran sivik kepada masyarakat.
“Bagi memastikan pematuhan kepada prinsip Rukun Negara, Dasar Filem Negara yang diwujudkan juga berperanan untuk menghubungkaitkan industri perfileman Malaysia dengan wawasan dan dasar negara.
“Manakala Dasar Industri Kreatif Negara (DIKN) pula menetapkan agar kandungan kreatif yang dihasilkan wajar mengetengahkan perlambangan budaya tempatan dan identiti kebangsaan yang boleh ditonjolkan bukan sahaja di dalam malahan luar negara,” katanya.
Beliau berkata dalam usaha menggalakkan pembikinan filem di Malaysia, Jailani berkata kerajaan melalui Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) telah mewujudkan satu polisi fiskal insentif penerbitan filem iaitu "Film Incentive In Malaysia (FIMI)", bagi menghasilkan kandungan kreatif kepada pengeluar tempatan dan luar negara.
“Aktiviti produksi dan pasca produksi menerusi FIMI dijangka menjana pendapatan sebanyak RM133 juta sehingga kini setelah ditolak rebat 30 peratus.
“Pada tahun lepas, Radio dan Televisyen Malaysia (RTM) menerusi penyiaran rancangan televisyen (TV) telah menjana pendapatan melalui iklan sebanyak RM46.97 juta (RM46,977,102.54), penjualan program (RM854,840) dan futej (RM46,840).
“RTM juga memberi peluang kepada 366 syarikat tempatan bagi menjana industri kreatif menerusi perolehan rancangan swasta tempatan iaitu sebanyak RM160.3 juta.
"Bagi tempoh 2012 dan 2013, jumlah jualan kandungan kreatif tempatan di luar negara oleh syarikat produksi tempatan serta agensi kerajaan ialah RM547 juta dan RM564.9 juta masing-masing.
"Sasaran bagi tahun ini adalah RM600 juta, dan jumlah jualan setakat ini.
T K Letchumy Tamboo
Mon Jun 16 2014
Parlimen - Gambar Fail
Pengarah FBI, Chris Wray akan letak jawatan pada akhir pentadbiran Biden, beri laluan pada pilihan Trump
Sebahagian pihak dalam FBI bimbang peletakan jawatan Wray itu akan membuatkan Trump menjadi terbiasa untuk sering menggantikan Pengarah FBI yang tidak disukainya.
Ahmad Samsuri letak jawatan Bendahari Agung PN
Tiada alasan dikemukakan Naib Presiden Pas itu berhubung keputusannya melepaskan jawatan berkenaan.
Arab Saudi sah tuan rumah Piala Dunia 2034 - FIFA
Sepanyol, Portugal dan Maghribi pula akan menjadi tuan rumah bersama untuk kejohanan bola sepak dunia itu pada 2030.
Kurang kesedaran punca ramai rakyat Malaysia menderita kerana COPD
Penyakit Pulmonari Obstruktif Kronik menimpa sebahagian besar populasi dunia dan merupakan punca kematian tertinggi di seluruh dunia dengan 3.23 juta kematian pada 2019.
Bangunan baharu MOM di Bukit Jalil diharap jadi motivasi tingkat prestasi atlet - Ahmad Zahid
Beliau berkata pembinaan bangunan baharu itu telah dipersetujui Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh, bagi pihak kerajaan.
Victor mohon maaf isu Jalur Gemilang terbalik di jersi Zii Jia
Victor Malaysia dalam kenyataan dimuat naik di akaun X, mengakui kesilapan dan kesal dengan insiden berkenaan.
Aaron-Wooi Yik Olimpian Tahunan 2024
Ia mengiktiraf pencapaian luar biasa mereka menyumbang pingat gangsa selepas menewaskan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.
Berakhirnya pemerintahan Baath Syria buka jalan kepada keamanan - Erdogan
Erdogan mengulangi komitmen Turkiye untuk terus menyokong golongan tertindas di seluruh dunia.
Kesan kenaikan cukai import minyak sawit oleh India bersifat sementara - KPK
Kenaikan itu sebahagian daripada usaha India melindungi harga minyak tempatan dan menyokong industri pertanian domestiknya.
Ketiadaan akauntabiliti antarabangsa bolehkan Israel lakukan jenayah terhadap rakyat Palestin - PM Mustafa
Beliau berkata demikian semasa pertemuan dengan Wakil Khas Kesatuan Eropah untuk Proses Keamanan Asia Barat Sven Koopmans pada Rabu.
Senarai perkhidmatan tertakluk kepada peluasan skop SST diumumkan awal tahun depan
Senarai perkhidmatan yang tertaluk kepada peluasan skop cukai jualan dan perkhidmatan (SST) akan diumumkan awal tahun depan sebelum dilaksanakan mulai 1 Mei, 2025.
JKDM kutip hasil RM61.35 bilion, pencapaian terbaik pascapandemik
KDM berjaya mengutip hasil RM61.35 bilion setakat semalam, melepasi sasaran kutipan hasil tahun ini sebanyak RM56 bilion yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kewangan.
FBM KLCI ditutup tinggi berikutan belian dalam saham terpilih
Indeks Utama Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini berikutan pembelian sederhana dalam produk dan perkhidmatan pengguna.
Belanjawan 2025 dijangka perluas asas cukai seperti cukai gula, HVGT, GloBE - Ahli ekonomi
Kerajaan dijangka mengumumkan langkah cukai baharu dalam Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan Jumaat ini.
GST hanya akan dilaksanakan sekiranya ambang gaji minimum meningkat kepada RM3,000 - PM Anwar
Kerajaan hanya akan melaksanakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) sekiranya ambang gaji minimum meningkat kepada RM3,000-RM4,000.
PM Anwar nafi kerajaan bincang laksana semula GST
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata kerajaan tidak pernah membincangkan untuk melaksanakan semula cukai barangan dan perkhidmatan (GST).
Belanjawan 2025 : Turunkan cukai korporat, sedia insentif bagi sektor utama - FMM
FMM menggesa kerajaan mempertimbang langkah pengurangan cukai korporat dalam Belanjawan 2025 bagi mengekalkan daya saing Malaysia dalam usaha menarik pelaburan asing.
Kerajaan tidak bincang perkenal GST ganti pemotongan subsidi RON95 - Fahmi
Kerajaan tidak bercadang memperkenalkan GST sebagai alternatif untuk menghapuskan subsidi petrol RON95.
[LAPORAN KHAS] Bulan Kebangsaan MY-SG: Disiplin fiskal persiapan cabaran masa depan
Laporan Khas Bulan Kemerdekaan Malaysia-Singapura bertemakan pembangunan demi kemakmuran bersama, menyingkap amalan fiskal Singapura dalam mempersiapkan rizab kewangan mencukupi untuk masa depan.
Kerajaan ambil langkah pelbagaikan dan tingkatkan sumber pendapatan negara - Lim
Kerajaan telah mengambil langkah-langkah untuk mempelbagaikan dan meningkatkan sumber pendapatan negara, antaranya menggubal Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal 2023.