PELBAGAI cara dilakukan untuk memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan tidak lama lagi.
Yayasan PERMAI, sebuah badan bukan kerajaan yang memfokuskan kepada kesejahteraan dan keharmonian hidup masyarakat di Malaysia, apa yang mahu diketengahkan adalah pembabitan kaum berbilang bangsa dan peringkat umur dalam meraikan hari penuh bersejarah itu nanti.
Justeru, satu kempen yang dinamakan 'Aku Negaraku Sedunia' dilancarkan untuk mempromosikan semangat cinta pada negara, khususnya dalam kalangan generasi muda, menerusi medium seni kreatif yang dilihat dekat dengan jiwa mereka.
Menariknya, menerusi kempen ini, orang ramai boleh menghantar penyertaan berbentuk video sama ada video nyanyian, lip sync atau tarian, yang berkonsepkan kemerdekaan dan semangat patriotik.
Video terbaik akan dikumpul dan dijadikan sebuah video muzik lengkap berdurasi empat minit.
Lebih menarik, seorang artis jemputan akan membuat kemunculan khas dalam video tersebut.
Maklumat lanjut penyertaan boleh didapati di laman Facebook Aku Negaraku Sedunia.
Penyertaan dibuka bermula sejak 3 Julai lalu sehingga 29 Julai ini.
Astro Awani
Mon Jul 17 2017
Aku Negaraku Sedunia dilancarkan untuk mempromosikan semangat cinta pada negara, khususnya kepada generasi muda.
PDRM siap siaga kawalan keselamatan sempena WTD, WTC - KPN
PDRM sentiasa bersiap siaga dalam aspek keselamatan terutama membabitkan acara berskala besar peringkat antarabangsa seperti World Tourism Day (WTD) dan World Tourism Conference (WTC).
Mayat kanak-kanak lemas ditemukan di pesisir pantai Bachok
Pencarian kanak-kanak lelaki yang hilang selepas terjatuh di Pantai Kandis, Bachok berakhir apabila mayatnya ditemukan 11.15 pagi ini, kira-kira enam kilometer dari tempat kejadian.
Fokus Minggu Depan: Apa seterusnya untuk Syria?
Prof Dr Kamaruzaman Yusoff, Profesor Adjung Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya
Lubang benam di Jalan Lojing-Gua Musang kerana faktor cuaca - Alexander
Kejadian lubang benam di laluan FT185 Seksyen 78.60 Jalan Lojing-Gua Musang berhampiran Kampung Jekjok, Pos Brooke, ekoran cuaca buruk.
Taufan terburuk dalam 100 tahun landa Mayotte, Perancis
Taufan kuat, 'Chido', melanda Mayotte pada awal Sabtu dan menimbulkan kebimbangan mengenai skala kemusnahan daripada ribut terburuk yang melanda wilayah luar dari Perancis dalam tempoh hampir satu abad, kata pihak berkuasa.
Angka korban meningkat kepada 44,930
Angka korban rakyat Palestin akibat serangan tidak berperikemanusiaan Israel di Semenanjung Gaza meningkat kepada 44,930 orang dengan 106,624 yang lain dilaporkan cedera.
Tindakan SAPP taktik tuntut lebih banyak kerusi - Ronald
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah, Datuk Seri Ronald Kiandee berharap Parti Maju Sabah (SAPP) yang mengumumkan keluar komponen itu, tidak lagi bergantung kelangsungannya dengan menjadi ADUN dilantik.
Mengingatkan pelantikan Presidennya Datuk Seri Yong Teck Lee ke jawatan itu atas ihsan PN pada 2020, Kiandee berharap agar Yong Teck berfikir semula sebelum menyatakan PN tidak wajar bertanding dalam PRN Sabah nanti.
Mengingatkan pelantikan Presidennya Datuk Seri Yong Teck Lee ke jawatan itu atas ihsan PN pada 2020, Kiandee berharap agar Yong Teck berfikir semula sebelum menyatakan PN tidak wajar bertanding dalam PRN Sabah nanti.
Pindaan Perlembagaan lebih inklusif, adil kepada semua pihak
Pindaan Perlembagaan PKR yang memberi peluang keterlibatan sama rata dalam proses pemilihan parti dilihat lebih inklusif dan adil kepada semua pihak.
Pindaan perlembagaan parti iltizam luaskan peranan wanita
Ketua Wanita Pusat PKR, Fadhlina Sidek menyambut baik pindaan perlembagaan PKR melibatkan fasa 17.2, 17.2A dan 17.2B yang dilluluskan dalam Kongres Khas parti itu pada Ahad.
PKR tingkat jumlah perwakilan bagi 6 jawatan tertinggi parti
PKR meminda Perlembagaannya dengan meningkatkan jumlah perwakilan yang akan mengundi bagi enam jawatan tertinggi parti serta 20 anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP).
Kempen 'Aku Negaraku Sedunia' teroka kreativiti anak muda pamer semangat patriotik
Aku Negaraku Sedunia dilancarkan untuk mempromosikan semangat cinta pada negara, khususnya kepada generasi muda.