MALAYSIA
Nahas FRU: Mahkamah keluar waran tangkap pemilik syarikat lori

Dalam kejadian itu, sembilan anggota FRU yang berpangkalan di Sungai Senam, Ipoh maut selepas trak yang mereka naiki berlanggar dengan lori muatan batu kerikil. - Gambar fail
TELUK INTAN: Mahkamah Majistret di sini hari ini mengeluarkan waran tangkap terhadap pemilik syarikat lori yang terbabit dalam kemalangan dengan trak Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) hingga sembilan anggota maut pada 13 Mei lepas.
Ringkasan AI
- Mahkamah mengeluarkan waran tangkap terhadap pemilik syarikat lori selepas gagal hadir ke mahkamah bagi menghadapi dua pertuduhan berkaitan kemalangan maut melibatkan trak FRU.
- Syarikat pengendali lori dikenakan tindakan oleh APAD termasuk pembatalan lesen akibat pelbagai pelanggaran seperti muatan tidak sah, GPS rosak dan tidak mematuhi piawaian keselamatan ICOP.
- Kemalangan tragis pada 13 Mei menyebabkan sembilan anggota FRU maut, dipercayai akibat kecuaian berkaitan operasi lori tersebut.
Difahamkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) juga telah menghantar notis saman kepada pemilik syarikat tersebut untuk hadir ke mahkamah bagi prosiding pendakwaan hari ini.
Pada 30 Mei lepas, Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) memaklumkan pihaknya telah membatalkan lesen pengendali syarikat lori yang membawa muatan batu kerikil itu berkuat kuasa 29 Mei 2025.
Syarikat pengendali lori itu didapati gagal mematuhi keperluan Kod Amalan Keselamatan Industri (ICOP), gagal memastikan Sistem Kedudukan Sejagat (GPS) berfungsi dan telah tamat tempoh selain didapati membawa muatan menyalahi jenis barang ditetapkan dalam permit kenderaan.
Dalam kejadian 8.54 pagi itu, sembilan anggota FRU Unit 5 yang berpangkalan di Sungai Senam, Ipoh maut selepas trak yang mereka naiki berlanggar dengan lori muatan batu kerikil.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami