awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kesesakan lalu lintas menyebabkan Hanoi rugi AS$1.2 bilion setahun
Pembunuh bersiri Britain mengaku bunuh remaja pada 1999 sebelum bunuh lima wanita pada 2006
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kempen anti minyak sawit: Penubuhan panel tindakan undang-undang ke atas EU diluluskan - Khairuddin

Bernama
Bernama
31/05/2021
07:45 MYT
Kempen anti minyak sawit: Penubuhan panel tindakan undang-undang ke atas EU diluluskan - Khairuddin
Dr Mohd Khairuddin berkata permohonan kali kedua diluluskan oleh DSB di bawah WTO. - BERNAMA
KUALA LUMPUR: Permohonan Malaysia untuk menubuhkan panel bagi meneliti langkah yang diambil oleh Kesatuan Eropah (EU) dalam pelaksanaan Peraturan Perwakilan di bawah Arahan Tenaga Boleh Diperbaharui Kesatuan Eropah 2018/2001 (EU RED II) telah diluluskan oleh Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) pada Jumaat lepas.
Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata permohonan kali kedua ini diluluskan oleh Mesyuarat Badan Penyelesaian Pertikaian (DSB) di bawah WTO selepas permohonan pertama tidak dipersetujui EU pada 28 April lepas.
Katanya Malaysia akan terus komited dalam meneruskan tindakan undang-undang terhadap EU selaras dengan keputusan mesyuarat Jemaah Menteri pada 1 Julai 2020 dan pemfailan kes yang dibuat pada 15 Jan 2021.
"Sebagai negara pengeluar kedua terbesar minyak sawit dunia, Malaysia kesal dengan langkah EU dalam memberi layanan kepada minyak sawit berbanding minyak sayuran lain.
"Tindakan ini adalah perlu dalam melindungi kepentingan industri sawit negara yang telah memberikan sumbangan signifikan kepada pembangunan sosioekonomi negara khususnya kepada pekebun kecil sawit," katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut Khairuddin, KPPK dengan kerjasama Jabatan Peguam Negara dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri akan melaksanakan persediaan yang sewajarnya bagi mempertahankan industri sawit negara.
"Permohonan ini dibuat berikutan tiada penyelesaian dicapai dalam konsultasi yang telah diadakan bersama EU pada 17 Mac lepas," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Khairuddin
#EU
#undang-undang
#EU RED II
#WTO
#DSB
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan