Diharapkan peringkat paling teruk musim tengkujuh kali ini sudah reda, dan usaha untuk memberi bantuan kepada beratus-ribu mangsa boleh dijalankan dengan lebih berkesan serta teratur, insyaa Allah


Edaran Tan Chong Motor (ETCM) serta Tan Chong Ekspres Auto Servis (TCEAS) juga pantas bertindak untuk memastikan kesejahteraan pemilik kenderaan Nissan tidak terabai dengan menjalankan Kempen Bantuan oleh Nissan di kawasan-kawasan yang dilanda banjir.

Dengan kempen ini, pemilik-pemilik model Nissan yang perlu membaikpulih kenderaan mereka, khususnya di Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak, Perlis dan Sabah boleh mendapat faedah-faedah termasuk:

Kempen Bantuan oleh Nissan ini berjalan dari sekarang sehingga 28 Februari 2015. Untuk kemudahan mangsa banjir yang ingin membaikpulih kenderaan Nissan masing-masing, tidak perlu membawa dokumen seperti cover note atau laporan polis; cukup sekadar membawa kereta itu ke pusat servis ETCM terdekat dan para tenaga kerja Tan Chong Ekspres Auto Servis (TCEAS) akan segera melihat sama ada ia benar-benar kerosakan akibat banjir.

Tidak cukup dengan itu, ETCM – menerusi syarikat induknya iaitu Tan Chong Motor Holdings Berhad baharu sahaja menderma RM30,000 kepada Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia yang bekerja keras untuk membantu mangsa-mangsa banjir.

Sumbangan ini telah dilakukan oleh wakil Tan Chong iaitu Tan Keng Meng, pengarah pemasaran dan perancangan produk Edaran Tan Chong Motor, dan diberikan kepada YM Tunku Tan Sri Shahriman Tunku Sulaiman, pengerusi kebangsaan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia.

Di peringkat syarikat pula, Tan Chong juga sedang mengumpul sumbangan daripada para pekerja syarikat mereka di seluruh negara. Apa sahaja yang terkumpul akan ditambah lagi dengan jumlah yang sama oleh Syarikat sebelum disalurkan kepada para pekerja Tan Chong yang menjadi mangsa banjir.

Untuk maklumat lanjut mengenai Kempen Bantuan oleh Nissan, ataupun pertanyaan lain, sila hubungi talian perkhidmatan pelanggan Nissan 24-jam di 1-800-88-3838.