KUALA LUMPUR: Menyedari wujudnya elemen ketegangan melibatkan agama di bulan Ramadan ini, beberapa pertubuhan masyarakat sivil dan media menyeru rakyat Malaysia untuk melawan ungkapan kebencian dan provokasi etnik-agama dengan rahmah setiap hari.
Mengambil semangat Maaf Zahir dan Batin, kumpulan berkenaan berkata, melalui Kempen #MZB365, perasaan saling memaafi itu tidak terhad kepada bulan Syawal semata-mata, tetapi dari awal Muharam sehingga ke akhir Zulhijjah, dari 1 Januari sehingga ke 31 Disember, sepanjang 365 hari setahun.
Kumpulan berkenaan berkata, amalan memohon dan memberi maaf adalah ajaran dalam Islam, dan juga dalam sistem nilai agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh, Taoisme, serta komuniti-komuniti orang asal/asli di Sabah, Sarawak dan Semenanjung.
“Mari kita jayakan pergerakan #MZB365 ini kerana kita semua manusia berbuat salah setiap hari, perlu insaf dan memohon maaf setiap hari dan juga bersedia memaaf setiap hari.
“Jika kita segan memohon maaf, maka pembinasaan yang kita lakukan, sama ada berniat atau tidak, kerana kejahatan mahupun kekhilafan, tak kira besar atau kecil, akan berkekalan dan merosakkan hubungan dan silaturahim antara insan,” menurut kenyataan mereka lagi.
BACA: Lenyap kebencian, jangan dustai nikmat keamanan
Selain media utama seperti Sinar Harian, Astro AWANI, The Star, Sin Chew dan Malayan Nanban, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) terlibat ialah - Projek SAMA; Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM); Kuala Lumpur & Selangor Chinese Assembly Hall (KLSCAH); G25; Architect of Diversity (AOD) dan Muslim Professional Forum (MFP).
Selain itu ialah, Allied Coordinating Committee of Islamic NGOs (ACCIN); Gabungan Bertindak Malaysia (GBM); IDEAS; Persatuan Patriot Kebangsaan (Patriot); Pure Life Society; Buddhist Missionary Society Malaysia (BMSM); dan Gerakan Belia Sepunjabi Malaysia.
Baru-baru ini, negara diuji dengan kontroversi apabila beberapa pasang stoking tertera kalimah Allah dikesan dijual di salah satu cawangan KK Mart di ibu negara.
Rentetan itu, sebahagian besar Masyarakat Islam menganggap ia merupakan satu penghinaan yang amat besar dan memboikot kedai serbaneka tersebut.
Beberapa individu telah didakwa di mahkamah, termasuk Pengasas / Pengarah Eksekutif KK Mart Sdn Bhd, Datuk Seri KK Chai, serta pengurusan syarikat pengimport stoking tersebut, Xin Jian Chang Sdn Bhd.
Selain itu seorang individu telah dipenjara enam bulan dan didenda RM12,000 kerana membuat provokasi, manakala Ketua Pemuda UMNO Dr Muhamad Akmal Saleh turut disiasat di bawah Akta Hasutan.
Dalam pada itu, kumpulan itu berkata, tindakan memaafkan orang lain bukan bermakna ia satu perbuatan yang lemah dan cuba menggalakkan lebih banyak salah laku.
“Ini bukan untuk mengkompromikan kedaulatan undang-undang. Apabila pesalah melanggar undang-undang, pesalah tetap menghadapi pengadilan dan hukumannya.
“Pengampunan dan pengurangan hukuman hanya terjadi apabila si pesalah menyedari kesalahannya, mengaku bersalah, menawarkan restitusi terhadap kerosakan yang dilakukan dan/atau berikhtiar untuk tidak mengulangi kesalahan itu,” menurut kenyataan itu lagi.
#MHZ365 berkata, memaafkan mereka yang ikhlas memohon maaf sebenarnya memperkuatkan diri sendiri, dan juga masyarakat secara keseluruhan, kerana ia membina pendamaian, mengurangkan salah faham, menghapuskan benci dendam serta mengeratkan siraturahim sesama manusia.
Memupuk semangat dan amalan memohon dan memberi maaf, kata mereka, menjadi semakin penting kerana terdapat individu-individu dan puak-puak yang setiap hari mencari peluang dan alasan untuk memecahkan masyarakat demi kepentingan politik, perniagaan dan peribadi.
“Mereka mencari setiap salah laku yang boleh diperbesarkan untuk menyemai perasaan sangsi dan benci supaya mereka dapat diangkat menjadi pahlawan sampai ada yang melampaui batas undang-undang dengan membakar dan mengganas.
“Gejala populisme yang berasaskan kebencian dan teori konspirasi sudah pun melumpuhkan negara, membinasakan masyarakat, menjatuhkan ekonomi, mengakibatkan kanak-kanak kebuluran, menenggelamkan impian malah meragut nyawa di banyak pelusuk dunia. Kita mesti pastikan Malaysia tidak mengikut jejak mereka,” menurut kenyataan itu lagi.
Mereka berkata, ketika batas undang-undang dicerobohi, kedaulatan undang-undang mesti ditegakkan tanpa kompromi.
Tambah mereka lagi, apabila akal ditipu dengan propaganda dan pembohongan, kebenaran dan pemikiran logik mesti ditegakkan.
"Akan tetapi, tiada penawar yang lebih baik daripada rahmah, yang boleh mengeratkan silaturahim, menghancurkan kebencian, melenyapkan kesangsian dan menewaskan mereka yang ingin menangguk di air keruh.
“Rakyat Malaysia berupaya menghadapi keadaan mencabar dengan kekuatan. Apabila pandemik COVID-19 melanda, kita ada #KitaJagaKita.
"Kini kebencian merebak, mari kita jayakan #MZB365, melawan benci dengan rahmah setiap hari. Sertai dan jayakanlah pergerakan ini!” tambah mereka dalam kenyataan itu.
Firdaus Azil
Sat Apr 06 2024
Melalui Kempen #MZB365 perasaan saling memaafi itu tidak terhad kepada bulan Syawal semata-mata, tetapi dari awal Muharam sehingga ke akhir Zulhijjah, dari 1 Januari sehingga ke 31 Disember.
Jalan rosak di Johor berbaki 979 daripada 2,642 lokasi dikenal pasti
Sebanyak 1,075 kawasan jalan rosak telah dibaiki tahun lepas dan 588 lokasi lagi akan dibuat sepanjang tahun ini.
Imigresen Kelantan dakwa 15 pendatang di Mahkamah Sesyen Khas
Kesemua pendatang yang berusia antara 19 hingga 48 tahun itu ditangkap dalam Op Kutip sekitar Kota Bharu dan Bachok pada 3 Mei.
Semakan lengkap industri pertengahan kewangan sedang dijalankan - BNM
Kajian semula yang lebih menyeluruh terhadap industri pengantara kewangan sedang dijalankan, kata Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia.
Piala FA 2024: Laluan mudah buat juara bertahan JDT
Melalui undian, JDT dilihat meraih lawan mudah dengan mengetuai 12 lagi pasukan Liga Super serta tiga pasukan daripada Liga A1 Semi Pro.
Dua wanita cedera, kereta terbalik dalam longkang di Lebuhraya WCE
Empat mangsa dalam kereta itu merupakan dua wanita dewasa, seorang lelaki dewasa dan seorang kanak-kanak perempuan.
Menteri China, Liu Jianchao bertemu pegawai kanan PKR diketuai Nurul Izzah
Malaysia sangat mementingkan hubungan dengan China dan pencapaian luar biasa China dalam pembangunan ekonomi dan sosial amat mengagumkan.
Polis minta bantuan kesan Safiea Dania, hilang lepas naik e-hailing
Kali terakhir ditemui adalah pada 24 April jam 6.35 petang, ketika dia menggunakan perkhidmatan e-hailing untuk ke tempat kerja.
AirAsia dipilih rakan penerbangan rasmi Sidang Kemuncak Malaysia-China 2024
Sidang kemuncak itu adalah peluang strategik untuk meningkatkan hubungan perdagangan, pelaburan dan kebudayaan Malaysia.
SC pelawa permohonan untuk Program Kepimpinan investED 2024
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia mempelawa permohonan untuk kohort kedua Program Kepimpinan investED, sebuah program siswazah pasaran modal.
Pusat Latihan TFC dipasang CCTV
Hishamuddin berkata langkah itu diambil selepas perbincangan lanjut dengan pihak polis yang masih giat memburu suspek samun berkenaan.
'Cukup sekadar boikot, jangan ganas dan melampau' - Na’im Mokhtar
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na'im Mokhtar, menyarankan semua pihak agar sentiasa menjaga keharmonian dan perpaduan dalam bersolidariti kepada rakyat Palestin.
#MZB365: Projek SAMA cadang mekanisma pelbagai parti urus isu ketegangan kaum
Keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang perlu dikuatkasakan sebaik-baiknya dalam menangani isu yang sensitif.
#MZB365: Faham, hormat dan terima untuk hidup bersama - Pakar
Ekosistem yang telah dibina bersandarkan perpaduan harus dijaga dan kebencian tidak boleh dibiarkan terus berleluasa.
Kempen #MZB365: Terapkan perasaan rahmah, lawan provokasi etnik-agama
Kempen #MZB365 menggesa setiap rakyat di negara ini melawan provokasi etnik-agama dengan pendekatan saling memaafkan dan bersikap rahmah.