KUALA LUMPUR: Umat Islam di Malaysia kini boleh melakukan hampir keseluruhan transaksi kewangan berkaitan urusan haji secara dalam talian, bermula dengan membuka akaun Tabung Haji (TH), mendeposit wang ke dalam akaun TH, menyemak baki dan rekod akaun, mendaftar haji sehinggalah mengemukakan rayuan haji.
Lebih menarik, pada masa depan, urusan pengesahan menerima tawaran haji dan membayar dam haji juga boleh dilakukan secara dalam talian.
Semua kemudahan ini merupakan inisiatif digitalisasi Lembaga Tabung Haji (TH) bagi membolehkan para pendepositnya membuat urusan mengikut keselesaan masing-masing dari mana-mana lokasi dan pada bila-bila masa secara mudah.
Pengarah Eksekutif Operasi TH Mustakim Mohamad berkata, kemudahan perkhidmatan dalam talian yang disediakan sejak 2020 menerusi platform THiJARI merupakan antara faktor TH berjaya mencapai sasaran jumlah simpanan pendeposit RM80 bilion, lebih awal daripada jangkaan.
"Pada 2020, simpanan terkumpul pendeposit TH adalah RM75.9 bilion dan TH menjangkakan jumlah itu akan mencecah RM80 bilion menjelang akhir tahun ini. Namun, sasaran RM80 bilion sudah berjaya dicapai awal bulan lepas walaupun negara berdepan cabaran pandemik COVID-19 dan perintah kawalan pergerakan," katanya kepada pemberita dalam wawancara secara dalam talian, di sini, baru-baru ini.
Beliau berkata, perkembangan positif dan agak mengejutkan itu menunjukkan TH kini menyediakan platform dan saluran dalam talian yang cukup luas bagi pendeposit membuat simpanan sesuai dengan matlamatnya untuk menjadi institusi simpanan kewangan utama bagi umat Islam di negara ini.
Mustakim berkata, susulan jumlah simpanan terkumpul pendeposit yang dicapai lebih awal daripada yang dijadualkan, TH setakat ini belum menetapkan angka sasaran baharu bagi jumlah simpanan terkumpul pendepositnya menjelang akhir tahun ini.
Beliau turut menjangkakan jumlah pendeposit aktif TH yang kini hampir sembilan juta orang meningkat terutamanya dalam kalangan pendeposit muda melalui pemerkasaan platform digital TH.
TH ingin melihat lebih ramai pendeposit memulakan simpanan haji sejak dari kecil menerusi kemudahan terbaharu yang diperkenalkan iaitu pembukaan akaun secara maya (VAO) yang membolehkan ibu bapa atau penjaga yang mempunyai akses THiJARI membuka akaun TH untuk anak yang berusia 18 tahun ke bawah, katanya.
Menurut Mustakim melalui VAO, masa yang diambil untuk mengaktifkan akaun di kaunter TH sangat singkat iaitu hanya satu minit, iaitu melibatkan pembayaran deposit permulaan, rekod biometrik dan pengesahan dokumen yang perlu dilakukan di mana-mana kaunter TH dalam masa 30 hari selepas pembukaan akaun TH dipohon melalui platform THiJARI.
Kemudahan baharu lain yang ditawarkan TH selain di platform THiJARI ialah pemindahan wang dari akaun bank ke akaun TH menggunakan platform JomPay secara percuma menerusi perbankan dalam talian bank-bank di Malaysia, katanya.
Mustakim berkata, sambutan pelanggan TH terhadap VAO yang baru diperkenalkan pada 27 Mei lepas amat menggalakkan apabila sebanyak 4,000 permohonan diterima dalam tempoh 24 jam dengan 1,000 akaun sudah diaktifkan.
Mengenai perancangan masa depan, beliau berkata TH akan terus memperluas akses perkhidmatannya menerusi platform digital dari semasa ke semasa sesuai dengan perkembangan terkini apabila 80 peratus transaksi kewangan di TH terlaksana menggunakan platform digital dan hanya 20 peratus transaksi kewangan dilakukan di kaunter.
Pada masa yang sama, kata Mustakim, perkhidmatan untuk urusan pengeluaran simpanan TH kekal perlu dilakukan di kaunter atau di mesin pengeluaran wang dan perbankan Internet di bank-bank rakan strategik iaitu Bank Islam, Bank Rakyat, Maybank dan CIMB Bank.
Ini kerana keutamaan TH sebagai institusi simpanan haji adalah memudahkan pendeposit menyimpan, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 02 2021
Untuk masa depan, TH akan terus memperluas akses perkhidmatannya menerusi platform digital dari semasa ke semasa sesuai dengan perkembangan terkini. - Gambar fail
Penyerang Kamal Adli dijatuhkan hukuman lebih 2 tahun oleh mahkamah Singapura
Lelaki yang menyerang pelakon Malaysia, Kamal Adli menggunakan belantan tahun lepas, dijatuhkan hukuman penjara dua tahun, empat bulan dan dua minggu.
Peruntukan pembangkang: Terserah Muhyiddin untuk persoal keikhlasan kerajaan - Fadillah
Beliau enggan melayani sindiran bekas Perdana Menteri yang juga Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin tentang isu tersebut.
SPRM jangka ada beberapa tangkapan isu tuntutan palsu anak menteri besar - Azam
SPRM akan membuat beberapa tangkapan lagi, berhubung kes melibatkan anak seorang menteri besar bagi membantu siasatan kes tuntutan palsu berjumlah RM600,000.
SPRM akan panggil beberapa lagi individu bantu siasatan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil beberapa lagi individu bagi membantu siasatan dakwaan pemalsuan dokumen tuntutan berjumlah RM600,000 melibatkan lima individu termasuk anak seorang Menteri Besar.
Pak Lah stabil, masih perlukan rehat secukupnya
Mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN), di sini, pada Rabu setelah mengalami small spontaneous pneumothorax.
Buat masa ini, keadaan beliau dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
Buat masa ini, keadaan beliau dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
SPRM tidak pernah henti siasatan kes LCS - Azam Baki
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak pernah menghentikan siasatan berhubung kes pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS).
Liga Arab gesa UNSC terima pakai resolusi gencatan senjata di Gaza
Majlis Liga Arab gesa Majlis Keselamatan menerima pakai resolusi, di bawah Bab VII Piagam PBB memaksa Israel untuk gencatan senjata di Gaza.
Insiden kecoh ketika pengebumian: Pemandu kereta tertekan hon kerana panik - Polis
Polis menerima laporan seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika pengebumian Komander Muhammad Firdaus Ramli, di Masjid Jamek Sungai Nibong malam tadi.
Isytihar harta: Tun M antara individu yang disiasat SPRM
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad adalah antara individu yang disiasat SPRM berhubung isu pengisytiharan harta.
PRK Kuala Kubu Baharu: Bakal calon disaran isi borang, buat semakan awal - SPR
Bakal calon yang ingin bertanding dalam PRK Kuala Kubu Baharu disaran mengisi borang dan membuat semakan awal.
Konflik Asia Barat: Jemaah Haji jangan bimbang, tumpu perhatian kepada ibadat - TH
Jemaah haji dinasihatkan untuk tidak merasa bimbang dengan konflik di Asia Barat dan menumpukan perhatian sepenuhnya kepada ibadat haji mereka.
Kursus Perdana Haji lengkapi persiapan diri sebagai tetamu Allah - Peserta
Antara lain, kursus itu disifatkan bakal jemaah sebagai platform atau medan ulangkaji terakhir sebelum mereka semua menjadi tetamu Allah.
Konflik Iran-Israel: Kerajaan utamakan keselamatan jemaah haji - Mohd Na'im
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar menjelaskan, keselamatan dan kebajikan jemaah haji menjadi keutamaan kerajaan dan TH.
TH anjur Kursus Perdana Haji bermula hari ini hingga 5 Mei 2024
Sepanjang kursus selama satu setengah hari ini, bakal-bakal haji akan melalui praktikal seperti bertawaf, sa'ie, melontar jamrah dan ibadat haji lain secara berkumpulan.
Penerbangan pertama jemaah haji 9 Mei, terakhir 9 Jun - Tabung Haji
Syed Hamadah berkata kuota rasmi jemaah haji bagi Malaysia kekal pada 31,600 orang seperti diumumkan kerajaan Arab Saudi sebelum ini.
Agihan keuntungan TH 2023 kekal 3.10 peratus
Mohd Na'im berkata, agihan keuntungan berjumlah RM2.72 bilion itu bakal memberi manfaat kepada lebih 9.15 juta pendeposit.
TH terima permohonan maaf pengadu, dakwaan wang hilang selesai
TH menerima permohonan maaf daripada seorang bekas pegawai kanan kerajaan yang sebelum ini mendakwa wang lebih RM30,000 dalam akaun TH miliknya hilang.
TH diarah perkukuh keselamatan aplikasi THiJARI
Mohd Naim berkata, TH telah membuat laporan polis berhubung dakwaan wang lesap melibatkan aplikasi THiJARI.
Pendeposit diingatkan tidak buka mesej, hantaran meragukan - TH
Sebelum ini media melaporkan seorang bilal sebuah masjid di Ulu Yam Bharu, Hulu Selangor kerugian RM12,000 selepas wang di dalam akaun TH miliknya disyaki dipindah ke akaun milik orang lain.
Dividen Tabung Haji dijangka umum April ini - Mohd Na'im
Pengumuman dan agihan dividen Tabung Haji (TH) bagi tahun kewangan 2023 dijangka pada April ini iaitu setelah audit penuh dijalankan.