PUTRAJAYA: Kemudahan komunikasi harus dijadikan utiliti ketiga dalam pembangunan sesuatu kawasan bagi memastikan penyediaan infrastrukturnya termasuk pembinaan menara telekomunikasi dapat dipercepatkan, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah.
Beliau berkata pada masa ini, pemaju hanya menyediakan perancangan air dan elektrik dalam kebenaran merancang, menyebabkan berlaku kelewatan penyediaan prasarana komunikasi.
"Sekarang diminta pemaju menyediakan perancangan untuk kesalinghubungan Internet sebagai utiliti ketiga seperti lokasi menara dan laluan untuk gentian optik.
"Ini kerana ada waktunya oleh kerana kesalinghubungan Internet tidak dimasukkan dalam kebenaran merancang, bila dah siap yang ada (kawasan) keliling sahaja sahaja boleh buat menara, di tengah-tengah ada blind spot tetapi tidak boleh letak menara kerana masalah tanah," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2020 kepada warga kementerian itu termasuk jabatan dan agensi di bawahnya, di sini hari ini.
Beliau berkata kementeriannya telah berunding dengan kerajaan negeri untuk mengatasi masalah itu termasuk meminta perkara tersebut dijadikan syarat wajib dalam kebenaran merancang.
Katanya kesalinghubungan Internet harus dilihat sebagai utiliti ketiga selain daripada air dan elektrik, dalam usaha memperkukuh infrastruktur digital negara.
Sementara itu, Saifuddin berkata kementerian sedang berusaha untuk melahirkan lebih ramai pakar dalam bidang masing-masing dengan menggalakkan pegawai melanjutkan pelajaran atau mengikuti kursus profesional bersesuaian.
"Kita boleh mengurangkan halangan atau menambah cara-cara bagi membolehkan mereka berjaya atau mencapai tahap lebih tinggi dan tidak dihalang oleh apa-apa proses atau peraturan, harus ada fleksibiliti bagi sesetengah bakat dalam bidang khusus yang boleh ditonjolkan," katanya.
Pada majlis itu, Saifuddin menyampaikan sendiri APC kepada 146 penerima pelbagai gred termasuk dua penerima daripada golongan Orang Kurang Upaya iaitu pembantu tadbir Gred N19 daripada Jabatan Penerangan Negeri Johor Chua Boon Kiong serta kakitangan kementerian Mimi Noor Azni Shaari daripada ibu pejabat.
Keseluruhannya, seramai 634 warga kementerian serta jabatan dan agensi di bawahnya menerima APC 2020 sebagai penghargaan terhadap kecemerlangan perkhidmatan termasuk enam pegawai yang berkhidmat lebih 30 tahun, antaranya Ketua Setiausaha kementerian Datuk Seri Mohammad Mentek.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 02 2021
Datuk Saifuddin Abdullah (kanan) menyampaikan anugerah penghargaan pegawai yang berkhidmat melebihi 30 tahun kepada Ketua Setiausaha KKMM Datuk Seri Mohammad Mentek pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2020 KKMM hari ini. - BERNAMA
Tindakan Israel mencetuskan ketegangan lebih buruk di Asia Barat
Pakar Undang-undang Antabangsa, Kulliyyah Undang-undang Ahmad Ibrahim (AIKOL), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), kesediaan Iran untuk bertindak balas dengan segera dan tegas menunjukkan bahawa mereka tidak akan berdiam diri dalam menghadapi sebarang ancaman terhadap kedaulatan dan keselamatan negara mereka.
Perang Iran-Israel: Kerajaan mesyuarat petang ini, termasuk bawa pulang rakyat Malaysia
Kerajaan akan mengadakan mesyuarat khas petang ini bagi membincangkan situasi semasa di Iran termasuk kemungkinan membawa pulang rakyat Malaysia di negara itu susulan serangan rejim Israel.
Usaha tingkatkan kadar gaji penjawat awam diumum Hari Pekerja - PM Anwar
Cadangan penambahbaikan, usaha tingkatkan kadar pendapatan bersih penjawat awam akan diumumkan pada Hari Pekerja, kata Perdana Menteri
Mangsa serangan buaya boleh minta bantuan tabung JKM - Nancy
Mangsa serangan buaya atau binatang buas boleh memohon bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menerusi Tabung Bantuan Mangsa Serangan Binatang Buas.
Iran nafi diserang Israel, anggap propaganda media Barat
Pegawai Kerajaan Iran mendakwa mendakwa, ia hanyalah sebahagian daripada propaganda media barat, untuk mengelirukan pandangan dunia.
AWANI Ringkas: Beras dibuang sebab telah rosak, tidak selamat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[INFOGRAFIK] Letusan Gunung Ruang
Berikut adalah info berkenaan dengan letusan Gunung Ruang di Wilayah Sulawesi Utara.
Kanak-kanak perempuan 8 tahun cedera dipercayai jadi mangsa buli anak jiran
Polis mengesahkan menerima laporan kejadian kanak-kanak berusia lapan tahun, dipercayai menjadi mangsa buli anak jiran di Hulu Langat, di sini baru-baru ini.
Perang Iran-Israel, kesan kepada geopolitik Asia Barat
Penasihat Kehormat, Humanitarian Care Malaysia (MyCARE), Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor memberikan analisis semasa mengenai perang Iran dan Israel serta kesannya kepada geopolitik di Asia Barat.
Colombia bergelut masalah air, takungan negara kering
Rakyat di seluruh Colombia bergelut dengan catuan air apabila takungan di negara itu kering.
Menurut National Interconnected System XM, takungan di Colombia telah jatuh mendadak kepada paras di bawah 28.75% daripada kapasitinya.
Menurut National Interconnected System XM, takungan di Colombia telah jatuh mendadak kepada paras di bawah 28.75% daripada kapasitinya.
Aidilfitri: Tangani soalan 'panas', tetap matlamat komunikasi menggembirakan
Tanpa sedar, soalan diutarakan mengguris hati, seterusnya mengganggu emosi dan menjejaskan silaturrahim.
Individu ingin mohon kewarganegaraan Malaysia perlu dinilai kefasihan Bahasa Melayu
Senator Datuk A. Kesavadas berkata penilaian itu perlu dilakukan tidak kira siapapun individu yang terlibat.
Rakyat masih harap perdana menteri dan kerajaan selesaikan isu ekonomi - Penganalisis
Dalam tempoh setahun ini, banyak cabaran yang terpaksa ditempuh oleh Anwar sebagai perdana menteri sebuah kerajaan yang mengandungi banyak parti.
Rakyatkan ilmu subsidi, elak kekeliruan rakyat - Madeline Berma
Kerajaan perlu lebih agresif dalam menyampaikan penerangan mengenai pemberian subsidi termasuk merakyatkan ilmu pelaksanaan rasionalisasi subsidi di negara ini.
Manfaatkan AI, ChatGPT untuk dokumen PR dan komunikasi krisis
Dengan bantuan ChatGPT dan contoh-contoh korporat sebenar, kecekapan dan respons dalam menghasilkan kandungan memukau dan mengurus krisis secara efektif dapat dilakukan.
Setiausaha Perbendaharaan AS akan lawat Beijing di tengah ketegangan meningkat
Janet Yellen akan bertemu dengan wakil peringkat tinggi kerajaan China semasa lawatannya.
India lancar 36 satelit OneWeb ke orbit - ISRO
Pelancaran itu melengkapkan penggunaan OneWeb yang terdiri daripada lebih 600 satelit di orbit.
Hayati prinsip kelima Rukun Negara ketika berkomunikasi - Sultan Selangor
Baginda mengingatkan graduan supaya tidak memberi komen keterlaluan dan mengeluarkan ayat-ayat berunsur fitnah, cacian serta hasad dengki.
USIA disaran sesuaikan dakwah pada era digital - Hajiji
Dakwah boleh disampaikan dengan lebih berkesan jika pendakwah dan pertubuhan Islam memanfaatkan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi
MPI tawar kursus bersama HRD Corp, kembangkan latihan komunikasi dan kandungan
Malaysian Press Institute (MPI) mengumumkan mula menawarkan kursus-kursus komunikasi dan kandungan dengan kerjasama bersama Human Resource Development Corporation (HRD Corp).