KUALA LUMPUR: Tiga pengarah syarikat direman tiga hari oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana dipercayai mengemukakan tuntutan palsu melibatkan pembelian kertas pencetak haba bernilai lebih RM400,000.
Permohonan reman dikemukakan SPRM terhadap ketiga-tiga suspek dibenarkan Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin di Mahkamah Majistret Putrajaya pada Khamis.
Kesemua suspek direman bermula hari ini sehingga 28 Januari depan bagi membantu siasatan.
Difahamkan, dua suspek lelaki itu merupakan adik-beradik berusia lingkungan 40 dan 50-an berjawatan pengarah syarikat senarai awam.
Mereka disyaki bersubahat dengan seorang lagi suspek wanita berusia 40-an yang juga pengarah sebuah syarikat lain.
Menurut sumber, pasangan adik-beradik itu dipercayai bersubahat membuat 16 pembayaran kepada wanita terbabit yang membuat tuntutan palsu sejak tahun 2020.
Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim mengesahkan penahanan ketiga-tiga suspek itu ketika memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM pada malam Rabu.
Kes disiasat dibawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.
Fareez Azman
Thu Jan 26 2023

Tiga pengarah syarikat direman tiga hari oleh SPRM kerana dipercayai mengemukakan tuntutan palsu melibatkan pembelian kertas pencetak haba bernilai lebih RM400,000. Sumber foto SPRM

Parti Kerajaan Perpaduan guna logo sendiri hadapi PRN - Saifuddin
Keputusan BN menggunakan lambang dacing bagi menghadapi enam PRN adalah dalam pengetahuan Majlis Perundingan Kerajaan Perpaduan.

AWANI Ringkas: Lanjutan pelepasan cukai SSPN
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Isi rumah penyumbang utama sisa makanan Malaysia
Pengurus Korporat, Komunikasi, dan Komuniti, The Lost Food Project, Nadhirah Rashid berkata isi rumah Malaysia merupakan penyumbang utama sisa makanan dalam negara iaitu sebanyak 38 peratus. Hal ini kerana kurangnya perancangan berkaitan penyediaan makanan dan pengurusan sisa makanan tersebut.

Makanan dibuang rakyat Malaysia boleh penuhi Menara Berkembar Petronas
Pengasas Bersama What a Waste, Alvin Chen berkata dalam masa dua minggu rakyat Malaysia membuang sisa makanan yang boleh memenuhi ruang dalam Menara Berkembar Petronas. Oleh itu, tegasnya memastikan pembaziran ini dihentikan adalah tanggungjawab semua pihak.

Peniaga perlu nilai jumlah sisa harian, rancang hari berikutnya
Pengurus Korporat, Komunikasi, dan Komuniti, The Lost Food Project, Nadhirah Rashid berkata peniaga perlu menilai jumlah sisa makanan dan bukan makanan yang dihasilkan pada satu-satu hari. Seterusnya, mereka perlu merancang kuantiti bahan dihasilkan pada hari lain dengan menyesuaikan kepada permintaan pengguna.

55 peratus paip pecah berusia 30 tahun - Air Selangor
Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Air Selangor, Ir. Abas Abdullah berkata berdasarkan statistik penyedia perkhidmatan air itu 55 peratus insiden paip pecah melibatkan paip berusia sekitar 30 tahun. Air Selangor memiliki jajaran paip sepanjang lebih kurang 30,000 kilometer yang digunakan sejak 1960-an, dan proses menggantikan paip usang ini giat dijalankan.

Lapangan Terbang Antarabangsa Senai terima penerbangan pertama dari China
Lapangan Terbang Antarabangsa Senai hari ini mengumumkan penyambungan semula rangkaian antarabangsanya dengan mengalu-alukan penerbangan pertama yang tiba dari Guangzhou melalui AirAsia.

Asingkan bahan kering, basah panjangkan hayat makanan
Pengasas Bersama What a Waste, Alvin Chen berkata tips paling mudah untuk peniaga memastikan kualiti makanan terjamin adalah dengan mengasingkan bahan kering dan basah dalam makanan yang dijual. Selain itu, ia juga memberi manfaat kepada pengguna untuk mengawal sendiri jumlah sebatian yang diingini dalam makanan mereka.

Tidak semua insiden pencemaran akibatkan gangguan bekalan air - Air Selangor
Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Air Selangor, Ir. Abas Abdullah berkata statistik menunjukkan kadar pencemaran air menurun antara 2020 sehingga 2022. Lanjutan itu, pencemaran yang mengakibatkan gangguan bekalan air juga kecil bilangannya iaitu hanya 19 insiden berbanding 210 kes pencemaran air yang direkodkan dalam julat tahun berkenaan.

Agenda AWANI: Sisa makanan meningkat, elak pembaziran
Sisa makanan dijangka meningkat daripada kira-kira 17,000 tan metrik sehari pada bulan biasa kepada lebih 19,000 tan metrik sehari dalam bulan Ramadan. Bagaimana ini boleh dielakkan?

Empat individu ditahan berkaitan penyelewengan sukuk RM596 juta
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan empat individu termasuk pengarah dan ketua pegawai kewangan syarikat semalam bagi membantu siasatan berhubung penyelewengan dalam perjanjian sukuk

SPRM tahan pengurus sebuah jabatan Kerajaan Persekutuan di Terengganu
Suspek lelaki berusia dalam lingkungan 40-an itu ditahan di pejabat SPRM Negeri Terengganu semasa hadir memberi keterangan hari ini.

Tiada campur tangan dalam siasatan Jana Wibawa - SPRM
Kertas-kertas siasatan yang telah dilengkapkan kemudian dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara untuk kajian dan pertimbangan sewajarnya.

Muhyiddin keluar dari SPRM selepas lebih lapan jam beri keterangan
Tan Sri Muhyiddin Yassin akhirnya selesai memberi keterangan selepas lebih lapan jam memasuki ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Kes Jana Wibawa: Ada syarikat Cina terima projek kerana 'kawan baik' - Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, antara yang dikesan ialah terdapat syarikat Cina di Johor yang 'dibumiputerakan' dan menerima projek berkenaan hanya kerana bergelar 'kawan baik'.

Tidak akan ada pendakwaan terpilih jika ahli politik benar-benar bersih - MCW
Badan itu juga menegaskan, perbuatan rasuah tetap salah dan semua pihak harus menghormati keputusan mahkamah jika seseorang itu terbukti bersalah dan harus dijatuhkan hukuman.

Muhyiddin dijangka dilepaskan petang ini, sertai solat hajat
Sesi soal siasat Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka selesai lewat petang ini.

Rasuah: SPRM buat siasatan forensik terhadap akaun UiTM
SPRM sedang membuat siasatan forensik terhadap akaun UiTM Holdings bagi mengesan kesalahan rasuah, penyelewengan atau salah guna kuasa membabitkan dakwaan kerugian dalam universiti itu.

Jana Wibawa: Wan Saiful mengaku tidak bersalah dua pertuduhan rasuah
Datuk Wan Saiful Wan Jan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di ibu negara pada Selasa atas dua pertuduhan menerima rasuah RM6.9 juta bagi projek berhubung inisiatif Jana Wibawa.

Bekas Menteri Kewangan disiasat berhubung harta ratusan bilion ringgit di luar negara - Laporan
SPRM dilaporkan menjalankan siasatan ke atas seorang bekas Menteri Kewangan berhubung penyimpanan harta di luar negara berjumlah ratusan bilion ringgit sehubungan pendedahan 'Pandora Papers'.