awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesir pasang semula bot purba Firaun di muzium baharu
Bergaduh: Tiga sekeluarga, seorang artis Singapura didakwa
Cakra Khan, Hafiz Suip antara artis undangan Konsert Legacy 30 Siti Nurhaliza
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kemurungan teruk: Rakyat M'sia terlepas hukuman gantung di Singapura

Bernama
Bernama
03/03/2014
23:49 MYT
Kemurungan teruk: Rakyat M'sia terlepas hukuman gantung di Singapura
Seorang rakyat Malaysia, yang berdepan hukuman mati kerana mengedar dadah di sini, menjadi individu pertama diringankan hukuman kepada penjara seumur hidup mengikut Akta Penyalahgunaan Dadah selepas disahkan menghidap kemurungan teruk ketika melakukan kesalahan itu.
Mahkamah Tinggi juga memutuskan bahawa Dinesh Pillai Raja Retnam membuktikan bahawa di atas beban imbangan kebarangkalian bahawa dia hanya berperanan sebagai seorang pembawa mengikut Seksyen 33B(3)(a) Akta Penyalahgunaan Dadah (Pindaan) 2008.
Menurut kenyataan Jabatan Peguam Negara Singapura, Dinesh Pillai didapati menghidap keabnormalan pada struktur otak yang menjejaskan pertimbangan mental bagi tindakannya seperti diperuntuk mengikut Seksyen 33B(3)(b) akta berkenaan.
"Pemeriksaan perubatan juga menunjukkan terdapat beberapa kerosakan pada otaknya," katanya.
Dinesh Pillai dari Skudai, Johor dijatuhi hukuman gantung sampai mati pada 2011 kerana mengedar 19.35 gram diamorfina.
Bagaimanapun, rayuannya ditolak Mahkamah Rayuan pada Ogos tahun berikutnya.
Topic Berkaitan
#Dadah
#Dinesh Pillai Raja Retnam
#gantung
#Jabatan Peguam Negara
#Singapura
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan