Cita-cita 'murni' seorang penjenayah untuk membuka sebuah premis telefon dan gajet elektronik terpakai dengan hasil barangan curi, akhirnya berkecai apabila suspek dicekup bersama dua lagi rakan sejenayahnya dalam kejadian di Penampang, baru-baru ini.
Suspek lelaki berusia 30-an bersama dua rakannya, masing-masing berusia 40-an, ditahan pada 8 Mei lalu di beberapa kawasan berasingan termasuk Donggongon dan Kobusak, Penampang, selepas disyaki terlibat secara langsung dengan aktiviti pecah rumah.
Ketua Polis Daerah Penampang, DSP Haris Ibrahim berkata, suspek tersebut dipercayai cuba menjalankan aktiviti perniagaan menjual barangan elektronik seperti telefon bimbit dan gajet terpakai, hasil daripada barangan dicuri oleh kumpulan tersebut.
"Ketika tangkapan itu dibuat, terdapat kira-kira 31 telefon bimbit dan komputer riba, dan kita tengah menyiasat serta mengenalpasti pemiliknya, selain kes rampasan ini.
"Ini kerana, kita dapat maklumat bahawa suspek menerima harta curi, mungkin daripada pelbagai sumber rakan sejenayah yang lain, dan dia (suspek) didapati berhasrat untuk membuka kedai telefon bimbit," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang, di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Haris berkata, trio jenayah lelaki yang dikenali sebagai Geng Carlsteen itu dikatakan aktif dalam kegiatan pecah rumah di sekitar Penampang dan Putatan sejak awal Mac lalu dan terbaru, mereka dikatakan memecah masuk sebuah rumah ibadat di Millenium, Penampang pada 20 April lalu.
Jelasnya, selain daripada telefon bimbit dan gajet elektronik, antara barangan rampasan yang berjaya ditemukan dalam tangkapan suspek adalah gitar elektronik, piano dan alat pembesar suara.
Tambah beliau, jumlah keseluruhan nilai rampasan kes adalah bernilai RM16,500.
Kes berkenaan kini disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.
Ruzaini Zulkepli
Fri May 17 2019
Haris (tiga kanan) menunjukkan telefon bimbit dan gajet elektronik lain yang berjaya dirampas dalam tangkapan Geng Carlsteen. - Astro AWANI
Google Maps mungkin guna rakaman dashcam untuk kemas kini data pemetaan
Menurut Google, pihaknya bekerjasama dengan beberapa pengeluar perakam kereta yang mengumpul dan menyimpan data rakaman pengguna.
Razman Zakaria mohon maaf kepada Nga Kor Ming
Razman mengaku terkhilaf dan terkeliru antara dua program yang dirasmikan oleh Nga pada 13 Sept dan 24 Okt melibatkan insiden kibaran bendera negara China.
Heritage Buildings: Preserve or progress?
Heritage buildings hold the echoes of our history and the soul of our identity. Yet, as modern cities expand, the pressure mounts to either preserve or redevelop? Here to guide us through this conversation is Director of Research at Rahim & Co International Sdn Bhd, Sr. Sulaiman Saheh.
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bln bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Astro catat pemulihan ADEX pada suku tahun ketiga
Astro Malaysia Holdings Berhad mencatat pertumbuhan dalam perbelanjaan pengiklanan (Adex) pada suku ketiga tahun kewangan 2025.
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
AWANI Ringkas: Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[KRONOLOGI] Konflik Syria
Berikut adalah info berkenaan dengan kronologi Konflik di Syria.
Kena cekup, cita-cita 'murni' buka kedai jual barang curi berkecai
Suspek tersebut dipercayai cuba menjalankan aktiviti perniagaan menjual barangan elektronik seperti telefon bimbit dan gajet terpakai, hasil daripada barangan dicuri oleh kumpulan tersebut.
Syarikat penerbangan Asia Barat perli arahan AS tidak benar bawa gajet ke ruang kabin
Antara syarikat penerbangan Asia Barat yang tampil dengan iklan sinis di media sosial adalah Royal Jordanian dan Qatar Airways.
Beberapa pesawat menuju AS tidak boleh lagi bawa gajet elektronik besar ke ruang kabin
Sejurus larangan itu dikuatkuasakan, penumpang pesawat syarikat penerbangan terbabit tidak boleh membawa gajet yang lebih besar daripada telefin bimbit mereka ke ruang kabin.