awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesir pasang semula bot purba Firaun di muzium baharu
Bergaduh: Tiga sekeluarga, seorang artis Singapura didakwa
Cakra Khan, Hafiz Suip antara artis undangan Konsert Legacy 30 Siti Nurhaliza
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kenaikan 1,000 atau 2,000 kes sehari tidak mustahil - KP Kesihatan

Astro Awani
Astro Awani
30/05/2021
10:21 MYT
Kenaikan 1,000 atau 2,000 kes sehari tidak mustahil - KP Kesihatan
Dr Noor Hisham mengingatkan peranan perlu dimainkan semua pihak tidak kiralah kerajaan, agensi-agensi berkaitan dan rakyat secara keseluruhannya.
PUTRAJAYA: Kenaikan 1,000 kes bahkan 2,000 kes positif COVID-19 sehari di Malaysia adalah tidak mustahil kerana nilai RT negara kini mencecah 1.16.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 98 kematian direkodkan semalam juga boleh berulang bahkan mungkin boleh meningkat.
Tegasnya, seperti dimaklumkan sebelum ini, penularan COVID-19 di Malaysia kini semakin meruncing.
“Jumlah katil di Unit Rawatan Rapi, hospital-hospital COVID-19, Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 semakin berkurangan dan berkemungkinan akan habis.
“KKM juga telah memberi amaran kemungkinan berlaku situasi di mana para doktor akan terpaksa membuat pilihan sukar untuk mengutamakan katil ICU bagi pesakit yang mempunyai potensi sembuh yang lebih tinggi berbanding pesakit yang potensi sembuhnya adalah lebih rendah.
“Ini adalah situasi sukar yang mendepani kita semua, dan KKM ingin menyeru semua pihak agar kita sama-sama berganding bahu bagi menghadapi sebarang kemungkinan,” katanya.
BACA: 6,999 kes baharu, 79 kematian direkodkan hari ini
Beliau berkata demikian dalam sidang media COVID-19 di sini yang turut dihadiri Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Justeru, Dr Noor Hisham mengingatkan peranan perlu dimainkan semua pihak tidak kiralah kerajaan, agensi-agensi berkaitan dan rakyat secara keseluruhannya.
Topic Berkaitan
#KKM
#COVID-19
#Dr Noor Hisham Abdullah
#kes baharu
#kes positif
#kes tertinggi
#ICU
#unit rawatan rapi
#ismail sabri yaakob
#menteri
#Menteri Kanan Pertahanan
#Sidang media
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan