KUALA LUMPUR: Kenaikan Elaun Sara Hidup (ESH) Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang diumumkan semalam dilihat mampu menyumbang kepada pencapaian lebih baik dalam kalangan pelajar.
Ini kerana para pelajar boleh memberi lebih fokus kepada pengajian apabila tidak lagi terbeban dengan masalah kewangan.
Timbalan Dekan (Akademik dan Pelajar), Pusat Pengajian Bahasa, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) Dr Sazuliana Sanif berkata sebagai pendidik, beliau berharap elaun sara hidup yang lebih tinggi dapat membolehkan pelajar tajaan JPA mengakses sumber daya tambahan.
"Ini termasuk bahan rujukan, buku dan peralatan diperlukan untuk pengajian mereka. Ini sekali gus akan meningkatkan kualiti pembelajaran mereka dan menyokong pencapaian akademik yang lebih baik.
"Dengan pembiayaan yang mencukupi, para pelajar dapat fokus sepenuhnya pada pendidikan mereka tanpa perlu menghadapi tekanan kewangan berlebihan," katanya kepada Bernama hari ini.
Timbalan Dekan Penyelidikan dan Inovasi Fakulti Ekonomi dan Muamalat Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Prof Madya Dr Fuadah Johari berkata langkah menaikkan elaun sara hidup JPA yang diumumkan semalam merupakan satu pendekatan yang sangat baik ketika kos sara hidup semakin meningkat.
"Biasiswa pendidikan adalah pelaburan untuk menjana pulangan masa akan datang. Jadi perbelanjaan kerajaan dalam sektor pendidikan secara tidak langsung akan menjana ekonomi setempat, khusus kepada keperluan asas pelajar institusi pengajian tinggi.
"Ini secara tidak langsung akan merancakkan ekonomi setempat bagi aktiviti ekonomi sektor peruncitan, makanan dan perkhidmatan yang menjadi keperluan asasi pelajar," katanya.
Menurut Fuadah langkah itu juga satu bentuk pelaburan kepada pembangunan negara kerana pelajar yang berjaya dalam kerjaya selepas menamatkan pengajian merupakan bakal pembayar cukai pada masa akan datang.
Pensyarah Kanan di Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia (USM) Dr Azmil Mohd Tayeb berkata kenaikan elaun sara hidup untuk pelajar JPA adalah satu inisiatif yang bagus.
"Ia selari dengan kenaikan kos sara hidup sekarang. Kenaikan elaun ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban pelajar supaya mereka boleh lebih fokus kepada pengajian mereka," katanya.
Pensyarah Kewartawanan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media UiTM Shah Alam Fadzillah Aishah Ismail berkata keputusan kenaikan elaun itu dialu-alukan oleh warga akademik menunjukkan kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim prihatin degan kos sara hidup yang semakin tinggi termasuk golongan pelajar.
"Jangan beli perkara yang tidak sepatutnya, gunakan elaun itu ke arah kebaikan seperti membeli buku pengajian dan perkara berkaitan pelajaran.
"Walaupun sesetengah pihak rasakan bahawa RM100 itu sedikit tetapi untuk pelajar B40 kenaikan RM100 tambahan itu adalah jumlah yang besar yang pasti akan memberi kelegaan kepada penuntut institut pengajian tinggi awam di bawah tajaan JPA," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 14 2023
Para pelajar boleh memberi lebih fokus kepada pengajian apabila tidak lagi terbeban dengan masalah kewangan. - Gambar hiasan
Planworth tawar pembiayaan alternatif hingga RM20 juta sokong PMKS
Pembiayaan ditawarkan kepada mereka yang mendapat tawaran kontrak atau sebut harga dari kerajaan, GLC dan syarikat swasta.
AWANI Ringkas: Beregu campuran negara mara ke final
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sifat materialistik adalah malapetaka masyarakat - Dr Maza
Manusia pada masa kini cenderung mengutamakan nilai materialistik, termasuk dalam bidang perubatan.
Menurut Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, keadaan ini adalah satu malapetaka dalam kehidupan yang perlu segera diatasi sebelum memberi kesan yang lebih buruk kepada masyarakat.
Menurut Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, keadaan ini adalah satu malapetaka dalam kehidupan yang perlu segera diatasi sebelum memberi kesan yang lebih buruk kepada masyarakat.
Jangan lewatkan urusan jenazah jika tiada keperluan - Dr Maza
Islam tidak menganjurkan untuk menyimpan jenazah terlalu lama sehingga mendatangkan kemudaratan kepada jasad jika tiada alasan munasabah.
Menurut Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin ini kerana Islam tidak hanya menitikberatkan hak terhadap mereka yang masih hidup, tetapi juga memastikan hak jenazah dipelihara.
Menurut Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin ini kerana Islam tidak hanya menitikberatkan hak terhadap mereka yang masih hidup, tetapi juga memastikan hak jenazah dipelihara.
Polis kenal pasti pemilik kenderaan langgar tiang LRT
Polis telah mengenal pasti pemilik kenderaan yang terlibat dalam kemalangan melanggar tiang Transit Aliran Ringan (LRT), Khamis lalu.
Lembangan sungai utama di Kelantan diramal banjir bermula Isnin ini
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) maklumkamn, lembangan sungai utama di 10 jajahan di Kelantan dijangka berlaku banjir bermula Isnin ini hingga 19 Disember.
[TERKINI] Tang Jie-Ee Wei mara ke final di WTF 2024
Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei berjaya melangkah ke perlawanan akhir pada Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Akhir (WTF) 2024 di Hangzhou China.
Kejayaan itu dicapai selepas menewaskan rakan senegara, Goh Soon Huat-Shevon Lai dengan keputusan straight set 21-15, 21-12 dalam masa 42 minit pada Sabtu.
Kejayaan itu dicapai selepas menewaskan rakan senegara, Goh Soon Huat-Shevon Lai dengan keputusan straight set 21-15, 21-12 dalam masa 42 minit pada Sabtu.
'Ini beg darah ke-99, dua minggu lagi boleh genapkan 100' - Azhan Rani
Tekad mahu membantu pesakit yang memerlukan mendorong pelakon, Azhan Rani untuk menderma darah sebanyak 99 kali dan menyasarkan untuk mencapai angka 100 dalam tempoh dua minggu lagi.
Ujian air kencing terhadap Zahnita Wilson kerana ada laporan berkaitan dadah
Ujian saringan air kencing yang dijalankan terhadap bekas pelakon dan peragawati terkenal, Zahnita Wilson dilakukan berikutan terdapat laporan berkaitan dadah membabitkan wanita itu.
Jumlah mangsa banjir berlindung di PPS di Perak, Johor dan Pahang kekal
Jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Perak, Johor dan Pahang masih kekal setakat pagi ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 26 Oktober 2023.