KUALA LUMPUR: Kerajaan menegaskan tidak akan berpeluk tubuh dan berdiam diri dalam menangani isu kenaikan harga barang serta kos sara hidup rakyat.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, langkah jangka pendek, sederhana dan panjang telah dilaksanakan bagi mengurangkan beban rakyat, sekali gus mengatasi masalah rantaian bekalan makanan.
Langkah tersebut, jelas Ismail Sabri termasuk menyalurkan subsidi sehingga RM700 juta bagi menstabilkan harga makanan termasuk ayam.
Bagaimanapun, beliau mengakui bahawa tindakan memberikan subsidi bukan satu perkara yang disukai olehnya, kerana ia tidak dinikmati oleh kumpulan yang sepatutnya.
"Kita bagi subsidi pada mereka, tauke besar, restoran besar atau antarabangsa... mereka beli ayam subsidi. Dari segi konsep, subsidi adalah untuk orang miskin dan mesti rakyat kita. Tetapi untuk sekat harga, kita beri subsidi.
"Kita turunkan sebanyak 20 sen, dan (sekarang harga siling ayam) naik kepada RM9.40. Kalau apungkan harga ayam, ia mungkin mencecah RM11 atau RM12 sekilo," kata Perdana Menteri, di sini hari ini.
Perdana Menteri berkata demikian dalam ucapannya ketika merasmikan Persidangan Perwakilan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) kali ke-42 di Auditorium Balai Ungku Aziz, Universiti Malaya (UM).
Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata Kerajaan Negeri dan Persekutuan turut bekerjasama untuk memulihkan rantaian bekalan makanan melalui penanaman jagung bagi makanan ayam bagi mengelakkan kebergantungan kepada produk import.
Beliau juga telah mengarahkan kementerian-kementerian berkaitan untuk meningkatkan penguatkuasaan dan membanteras kegiatan 'orang tengah' yang menyebabkan peningkatan harga barangan.
Mengenai inflasi pula, Perdana Menteri berkata Malaysia masih mencatatkan kadar yang rendah, iaitu dua peratus berbanding negara-negara seperti Amerika Syarikat dan United Kingdom yang telah mencecah antara sembilan hingga 12 peratus.
"Sebab apa inflasi kita rendah? Sebab kita bagi subsidi untuk harga tidak naik. Kalau tak beri subsidi, inflasi kita mungkin naik antara 8, 10, atau 11 peratus.
"Tetapi kerajaan belanja RM70 bilion untuk memberikan subsidi kepada makanan-makanan asas termasuk minyak petrol dengan subsidi hampir RM28 bilion," ujarnya lagi.
Hasimi Muhamad
Sat Jul 02 2022

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, langkah-langkah jangka pendek, sederhana dan panjang telah dilaksanakan bagi mengurangkan beban rakyat, sekali gus mengatasi masalah rantaian bekalan makanan - Foto/fail

BLACKPINK bakal gegar Kuala Lumpur pada Mac 2023
Kumpulan K-pop BLACKPINK bakal menemui 'BLINKs' di Malaysia tidak lama lagi.

Skandal LCS: Bagaimana rakyat mahu percaya BN dalam PRU15? - Muhyiddin
Skandal yang melibatkan kerugian sebanyak RM9 bilion itu merencatkan keupayaan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), jelas Muhyiddin.

MOSTI lancar Pelan Haja Tuju Teknologi Negara
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) hari ini melancarkan lima Pelan Hala Tuju Teknologi negara bagi memperhebatkan usaha Malaysia menjadi pembangun teknologi, sekali gus mengurangkan kebe

Empat individu didakwa racun burung merpati
Empat individu termasuk dua lelaki warga Indonesia didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan memberikan bahan beracun kepada sekumpulan burung merpati, bulan lepas.

AWANI Ringkas: Dewan Negara lulus RUU Antilompat Parti
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

RUU larangan lompat parti dijangka dikuat kuasa sebelum pertengahan September
Rang Undang-undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) mengenai peruntukan Larangan Ahli Parlimen Bertukar Parti dijangka dapat dikuatkuasakan tidak lewat daripada pertengahan September ini.
![AWANI 7:45 [09/08/2022] - Lumba haram | Hukuman lebih berat akan diperkenalkan AWANI 7:45 [09/08/2022] - Lumba haram | Hukuman lebih berat akan diperkenalkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1981883/thumbnails/21620388001660050596167_640x360.jpg)
AWANI 7:45 [09/08/2022] - Lumba haram | Hukuman lebih berat akan diperkenalkan
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Dzulfitri Yusof Tumpuan #AWANI745 malam ini: RUU lulus, wakil rakyat menang PRU15 tak boleh lompat parti PAC pertahan pendedahan ketirisan LCS, Pemuda UMNO desak RCI Kadar pengangguran menurun, paling rendah sejak pandemik #AWANInews #PolitikMalaysia

Agenda AWANI: Pembangunan Lestari di Malaysia, Realistik?
Malaysia menyatakan kerjasama dengan UN-Habitat untuk meningkatkan kapasiti teknikal tempatan untuk mempercepatkan pelaksanaan bandar pintar di negara. Bagaimana perkara ini dapat direalisasikan? Ikuti temu bual khas bersama Pengarah Eksekutif UN-Habitat, Datuk Seri Maimunah Mohd Sharif dalam Agenda Awani, 8.30 malam.

Laporan Khas | Bukit Tabur makin berterabur
Setiap hujung minggu, sudah tentu ramai warga kota beriadah bersama keluarga termasuk memilih ke taman rekreasi, memanjat bukit atau hiking. Namun, Bukit Tabur yang terletak di Melawati dan dikenali ramai peminat sukan lasak kerana lokasinya di sebalik keindahan Banjaran Quarza Warisan Negara kini didakwa penduduk berlaku aktiviti penebangan hutan.

Polis tahan enam individu, rampas 38 kg dadah lebih RM1.3 juta
Polis menahan empat lelaki dan dua wanita selepas menemukan 38.161 kilogram (kg) dadah jenis methamphetamine dianggarkan bernilai lebih RM1.3 juta.

Larangan bertukar parti: PM akan maklum kerajaan negeri pinda perlembagaan negeri - Wan Junaidi
Ia selaras dengan Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) mengenai peruntukan Larangan Ahli Parlimen Bertukar Parti.

Akta Antilompat Parti: PM yakin dapat sokongan penuh Dewan Negara
Berdasarkan perbahasan yang beliau dengar di Dewan Negara, mereka telah menyatakan sokongan untuk pelaksanaannya.

Akta Antilompat Parti tidak terpakai kepada Ahli Dewan Negara - PM Ismail Sabri
PM Ismail Sabri berkata, buat masa ini hanya sokongan Ahli Dewan Rakyat parti politik atau gabungan parti politik yang mempunyai implikasi.

PM buat laporan polis akaun Telegram, Signal digodam
Akaun itu dipercayai digunakan bagi aktiviti jenayah penipuan.

Sukan Komanwel: PM ucap tahniah kejayaan Pearly Tan-M Thinaah raih pingat emas ketujuh
Pasangan itu mengalahkan beregu dari England, Chloe Birch-Lauren Smith 21-5, 21-8 pada aksi final.

Telegram peribadi digodam, abai mesej diterima - PM
PM minta laporkan kepada pihak berkuasa dan abaikan sebarang mesej yang diterima daripada akaun berkenaan.

Disebut-sebut calon TPM dari Bersatu, ini jawapan Azmin Ali...
Bersatu dan PN komited untuk memperkukuhkan kerajaan pimpinan Ismail Sabri Yaakob, kata Azmin Ali.

Masih banyak perlu dilakukan bantu Keluarga Malaysia - Annuar
Annuar berkata kerajaan komited dan fokus untuk bekerja keras menjayakan agenda membantu Keluarga Malaysia, terutamanya ketika berhadapan krisis kenaikan harga barang ketika ini.

PM umum dua lagi projek mega buat Sarawak, pemangkin ekonomi di kawasan utara
Dua lagi projek mega diumumkan di Sarawak petang dengan fokus pada kali ini adalah untuk kawasan di utara negeri itu.

Isu PN tarik sokongan: Saya tidak terima kenyataan rasmi - Idris
Naib Presiden Pas, Datuk Idris Ahmad berkata malah tiada pemakluman rasmi berhubung perkara itu yang diterima beliau daripada partinya.