KUALA LUMPUR: Tiada laporan pengeluar atau peniaga 'menyorok' barang sehingga menyebabkan kenaikan harga barang keperluan di pasaran, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Rosol Wahid berkata, sebaliknya, kenaikan harga barangan disebabkan oleh impak pandemik COVID-19, banjir dan kenaikan kos bahan mentah.
"Kita ada lebih 2,000 penguat kuasa termasuk pemantau harga di seluruh negara yang memantau keberadaan barang ertinya mengesan barang-barang daripada pengeluar sampai kepada pengguna, berapa yang keluar, berapa yang masih ada (dalam stok)," katanya pada sesi soal jawab di sini hari ini.
Beliau menjawab soalan tambahan Abdul Latif Abdul Rahman (Pas-Kuala Krai) yang mahu tahu apakah langkah yang diambil oleh kementerian bagi mengelak kerisauan peniaga sehingga terpaksa menyorok barang kerana kawalan harga oleh kerajaan.
Menjawab soalan tambahan Datuk Mahfuz Omar (PH-Pokok Sena) mengenai import ayam bagi mengimbangi harga dan memastikan keperluan negara mencukupi, Rosol berkata sehingga kini, sebanyak 29 permit telah dikeluarkan kepada pengimport.
"Setakat ini kita hanya bawa masuk ayam dari Thailand, tiada dari China atau Brazil, saya difahamkan sebanyak dua atau tiga kontena telah dibawa masuk untuk permulaan," katanya.
Sementara itu, menjawab soalan asal Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (PH-Pandan) berkenaan langkah yang telah diambil oleh Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) bagi memastikan kawalan harga munasabah ke atas barang keperluan, Rosol berkata dua mesyuarat NACCOL telah diadakan pada 9 Disember 2021 dan 31 Januari tahun ini.
Hasil mesyuarat tersebut, beberapa langkah jangka pendek telah diambil antaranya Program Jualan Keluarga Malaysia (PJKM): Program Mekanisme Kawalan Harga Minyak Masak dan Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia (SHMKM) dilanjutkan hingga 5 Jun ini.
Langkah lain ialah harga runcit ayam standard di bawah SHMKM diturunkan kepada RM8.90; harga telur ayam bagi gred A, B dan C telah diturunkan semasa pelaksanaan SHMKM hingga Februari lepas, dikekalkan hingga Jun ini serta subsidi kepada penternak ayam dan telur ayam.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 08 2022
Datuk Rosol Wahid berkata, sebaliknya, kenaikan harga barangan disebabkan oleh impak pandemik COVID-19, banjir dan kenaikan kos bahan mentah. - Gambar fail
Kerajaan Pusat peruntuk RM1.59 bilion untuk pembangunan fizikal di Terengganu
Peruntukan tersebut melibatkan 99 projek baharu dan 296 projek sambungan di bawah Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12).
Pahang rancang wujudkan zon perindustrian di setiap daerah
Kerajaan Pahang rancang wujudkan zon perindustrian di kesemua 11 daerah di negeri ini bagi menggalakkan kemasukan lebih banyak pelaburan asing khususnya dari China.
Kertas kabinet wujud sektor sukan dibentang dalam tempoh sebulan - Hannah
Hannah berkata dengan data yang lebih menyeluruh melibatkan sektor industri sukan nanti, pihaknya akan mampu merangsang pertumbuhan sukan di negara ini dengan lebih baik.
Tiga Syarikat Semikonduktor umum melabur di Pulau Pinang - Kon Yeow
Tiga syarikat semikonduktor dari China menyatakan komitmen untuk membuat pelaburan baharu di Pulau Pinang.
Pindaan garis panduan lawatan: Sekolah diharap susun semula program - Fadhlina
Semua sekolah diharap dapat menyusun semula program lawatan masing-masing berikutan pindaan Garis Panduan Lawatan Murid Sekolah pada tahun lepas bagi mengukuhkan pembelajaran di luar kelas, kata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.
Kebajikan pendidikan anak-anak dijaga sehingga tamat sekolah - KPM
Kementerian Pendidikan Malaysia akan memastikan kebajikan pendidikan anak-anak 10 pegawai dan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia yang terkorban dalam nahas helikopter di Lumut, Perak, terus dijaga sehingga mereka tamat persekolahan.
Chegubard ditahan polis berkaitan hantaran mengenai kasino di Forest City
Chegubard ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini berkaitan hantaran mengenai pengoperasian kasino di Forest City pada Sabtu.
Zahid minta pihak dalam BN buka "buku baharu"
Ahmad Zahid menegaskan senario politik tanah air sudah berubah dan terdapat banyak video lama dari parti lawan yang meminta pengundi menyokong DAP.
Malaysia kongsi pengalaman dalam usaha berterusan mempertahan Palestin
Delegasi negara akan berkongsikan peranan Malaysia dalam usaha berterusan mempertahankan nasib Palestin dalam Persidangan Liga Parlimen Al-Quds kelima yang berlangsung di Istanbul, Turki pada Sabtu.
Universiti Malaya mohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia
Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategik, Universiti Malaya memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia berhubung kenytaaan tidak bertanggungjawab Profesor Dr Bruce Gilley pada 24 April lalu.
Kenaikan harga: Tiada laporan peniaga sorok barang - Rosol
Kenaikan harga barangan disebabkan oleh impak pandemik COVID-19, banjir dan kenaikan kos bahan mentah.
Jangan sorok barangan keperluan pada musim tengkujuh - Saifuddin Nasution
KPDNHEP sentiasa memantau isu berkenaan bagi mengelakkan berlakunya ekploitasi atau kenaikan harga makanan dan keperluan lain secara melampau.