awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelancaran PlayStation 6 dijangka ditangguh selepas 2027 akibat kekurangan RAM
Meta dilapor beli Manus pada nilai lebih AS$2 bilion, perkhidmatan kekal beroperasi
[KOLUMNIS] Senyap tetapi berimpak, fungsi berterusan universiti memperkasa komuniti
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kenali Leftenan Jeneral Datuk Azhan Md Othman, Panglima Tentera Darat ke-31

Astro Awani
Astro Awani
31/12/2025
09:39 MYT
Kenali Leftenan Jeneral Datuk Azhan Md Othman, Panglima Tentera Darat ke-31
Leftenan Jeneral Datuk Azhan Md Othman dilantik sebagai Panglima Tentera Darat ke-31. - Bernama
KUALA LUMPUR: Kementerian Pertahanan (Mindef) hari ini mengumumkan pelantikan Leftenan Jeneral Datuk Azhan Md Othman sebagai Panglima Tentera Darat ke-31.
Pelantikan berkenaan berkuat kuasa mulai 1 Januari 2026, menggantikan Jeneral Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan yang sebelum ini diarahkan bercuti.
Azhan dilahirkan pada 4 September 1969 di Muar, Johor. Beliau mendirikan rumah tangga bersama Datin Noor Ainy Mohd Ali dan dikurniakan dua cahaya mata.
Beliau memulakan kerjaya ketenteraan dengan menyertai Latihan Pegawai Kadet di Sungai Besi pada 25 Ogos 1987 sebelum ditauliahkan ke dalam Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) pada 29 Julai 1989.
Dalam bidang pendidikan, beliau memiliki Diploma Pengajian Strategik dan Pertahanan dari Universiti Malaya (2002), selain mengikuti pengajian di French Joint Defence College – War College (École de Guerre), Akademi Tentera Perancis dari Januari 2012 hingga Jun 2013. Beliau turut menamatkan Kursus Ketahanan Nasional di Maktab Ketahanan Nasional pada 2021.
Sepanjang perkhidmatan ketenteraan, beliau memulakan tugas sebagai Ketua Platun di Batalion Ke-11 RAMD sebelum dinaikkan pangkat ke Leftenan Kolonel pada 1 Mei 2007 dan dilantik sebagai Pegawai Memerintah Batalion Ke-24 RAMD.
Foto BERNAMA
Foto BERNAMA
Beliau turut berkhidmat sebagai Juruarah di Maktab Turus Angkatan Tentera (MTAT) bermula 14 Januari 2010 sebelum melanjutkan pengajian di Perancis.
Antara jawatan lain yang pernah disandang termasuk Komander Batalion Siap Sedia Tentera Darat dari 1 Ogos 2017 hingga 5 September 2018 serta Komander MALBATT 850-6 bagi Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL) dari 6 September 2018 hingga 9 November 2019, yang melayakkan beliau menerima Pingat PBB.
Dalam barisan kepimpinan kanan, beliau pernah berkhidmat sebagai Panglima Divisyen Kedua Infantri Malaysia di Pulau Pinang.
Pada 6 September 2024, beliau dilantik sebagai Asisten Ketua Staf di Cawangan Operasi dan Latihan, Markas Tentera Darat Mindef sebelum dilantik sebagai Ketua Staf Markas Angkatan Tentera Malaysia pada 4 Februari 2025.
Topic Berkaitan
#Angkatan Tentera Malaysia
#Jeneral Datuk Azhan Md Othman
#Kementerian Pertahanan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan