Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak membidas Wall Street Journal (WSJ) dan media Barat lain kerana tidak melaporkan tentang penolakan saman yang difailkan di Amerika Syarikat terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Salleh berkata "anehnya", penolakan saman itu semalam digelapkan media berbanding gembar-gembur yang ditimbulkan mereka serta kontroversi yang tercetus apabila ia difailkan pada 11 Ogos 2016.
"Saman oleh konco-konco Tun (Dr) Mahathir itu menjadi berita dan mencetuskan kontroversi di peringkat global apabila ia difailkan pada 11 Ogos (2016).
"Tetapi, anehnya, WSJ dan media Barat lain tidak melaporkan bahawa semalam, saman itu ditolak," katanya dalam kenyataan hari ini.
Saman bersama itu difailkan bekas setiausaha politik Tun Dr Mahathir Mohamad, Matthias Chang, dan bekas naib presiden PAS, Datuk Husam Musa terhadap 1MDB, Goldman Sachs, penerbit filem, Riza Aziz dan syarikatnya, Red Granite Pictures.
Saman itu dikatakan diketepikan pada tengah hari Jumaat, tetapi tiada alasan diberi tentang penolakannya.
Salleh berkata penolakan saman itu, yang menurut beliau, memang tidak berasas sejak mula lagi, juga membuktikan ia semata-mata untuk mencari publisiti bagi memanipulasi persepsi orang ramai.
Menurut beliau, ia juga adalah sebahagian daripada rancangan Dr Mahathir untuk mensabotaj 1MDB dan merosakkan ekonomi Malaysia bagi menyingkirkan kerajaan yang dipilih secara demokrasi.
"Dan semua ini adalah atas sebab politik peribadi, semata-mata untuk memberi manfaat kepada anaknya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
"Tun Mahathir tentu kecewa apabila setiap cubaannya untuk meruntuhkan demokrasi Malaysia telah gagal. Mereka akan terus gagal. Satu daripada kehebatan seseorang pemimpin sebenar ialah tahu bilakah beliau patut berundur secara diam-diam," katanya.
Salleh berkata walaupun banyak cubaan dilakukan Dr Mahathir untuk memperkecil-kecilkan kerajaan pimpinan Barisan Nasional, tetapi ia tetap mendapat pengiktirafan badan antarabangsa, termasuk Pertubuhan Pendidikan,
Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).
Ketua Pengarah UNESCO, Irina Bokova dalam satu kenyataan baru-baru ini memuji kerajaan Malaysia di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana mengambil pendirian tegas terhadap ekstremisme keganasan melalui pendidikan dan langkah bersifat terangkum, yang dianggap UNESCO sebagai langkah pencegahan jangka panjang paling berkesan bagi menentang pihak yang mengancam untuk memecahbelahkan masyarakat.
Beliau juga memuji Malaysia kerana menjadi contoh kepada negara daripada pelbagai peringkat pendapatan.
Katanya Malaysia menjadi bukti bahawa sikap menghormati kepelbagaian merupakan suatu sumber kekuatan dan negara ini menerajui usaha menggalakkan pengajaran agama bagi memupuk toleransi serta sikap saling menghormati dan saling memahami.
Kata Salleh: "Tumpuan kerajaan tidak akan terpesong oleh cubaan Tun (Dr) Mahathir yang semakin terdesak. Perdana menteri akan terus berkhidmat kepada rakyat dan memberi keutaman terhadap keselamatan serta kemakmuran mereka." -Bernama
Bernama
Sat Sep 24 2016
SALLEH: Penolakan saman itu semalam digelapkan media berbanding gembar-gembur yang ditimbulkan mereka serta kontroversi yang tercetus apabila ia difailkan pada 11 Ogos 2016. -Gambar fail
Letusan Gunung Semeru: Penduduk dipindahkan akibat banjir lahar sejuk
Sekurang-kurangnya 32 keluarga di Lumajang, Jawa Timur dipindahkan secara sukarela ke kawasan lebih selamat susulan limpahan banjir lahar sejuk yang dicetuskan Gunung Semeru pada Khamis.
Bapa didakwa bunuh bayi enam bulan
Isteri tertuduh yang berada di galeri awam menangis sebaik pertuduhan terhadap suaminya, dibacakan.
Pelancong dari China, India meningkat 78.2 peratus berikutan pelan liberalisasi visa
Pelan liberalisasi visa telah merancakkan kemasukan pelancong ke dalam negara khususnya dari China dan India dengan peningkatan sebanyak 78.2 peratus dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini.
AWANI Ringkas: Delegasi ke Gaza jalani latihan antikeganasan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Bursa Malaysia dibuka meningkat, pelabur tumpu saham dengan rizab tunai tinggi
Pada 9.22 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 4.86 mata kepada 1,549.62 daripada penutupan Khamis iaitu 1,544.76.
[LAPOR LANGSUNG] Perang Iran-Israel: Peluru berpandu Zionis bedil Isfahan
Letupan kedengaran di lapangan terbang di bandar Isfahan di Iran tetapi puncanya masih belum dapat dipastikan.
"Itu fake news, saya tidak tahu siapa reka cerita" - Angeline Tan jawab dakwaan hamil
Kata Angeline, pada usia begini, dia dan suami mahu hidup tenang serta memadai timang cucu sahaja.
Polis buru suspek pecah rumah sebabkan kerugian kira-kira RM5,000
Polis berjaya mendapat kesan cap jari dipercayai milik suspek.
Penerbangan ke Tehran, Isfahan dan Shiraz digantung
Penggantungan itu berkuat kuasa serta-merta, tetapi penerbangan belum dibatalkan, kata pengarah itu.
RHB tingkatkan sasaran perkhidmatan kewangan mampan kepada RM50 bilion menjelang 2026
RHB tingkatkan sasaran perkhidmatan kewangan mampan 2026 kepada RM50 bilion berbanding RM20 bilion sebelum ini berikutan pencapaian kukuh setakat ini.
Kenapa media Barat tidak lapor penolakan saman 1MDB? - Salleh
Penolakan saman itu semalam digelapkan media berbanding gembar-gembur yang ditimbulkan mereka serta kontroversi yang tercetus apabila ia difailkan pada 11 Ogos 2016.