Skip to main content

Malaysia

Kanak-kanak perempuan dua tahun maut dilanggar lori dipandu datuk

LABUAN, 8 Okt -- Anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah memasang pita Garisan Polis di pintu masuk utama sebuah tapak pembinaan di Kampung Sungai Bangat Labuan hari ini._BERNAMA
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 31 (1)  Akta Kanak-Kanak 2001. - Gambar fail
Advertisement

Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun maut selepas dilanggar lori dipandu datuknya di Kampung Bukit Kuang, Gurun dekat sini, pagi tadi.

Ketua Polis Kedah Datuk Adzli Abu Shah berkata kejadian berlaku pada 10.20 pagi dan pihaknya menerima laporan pada 11 pagi.

“Lori itu yang digunakan untuk membawa baja tanaman diparkir di hadapan rumah.

“Kejadian berlaku semasa warga emas berusia 61 tahun sedang mengundurkan kenderaan itu tanpa muatan dan mangsa maut akibat kecederaan parah,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah di sini hari ini.

Adzli berkata kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 31 (1)  Akta Kanak-Kanak 2001.

Mayat dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk tindakan lanjut.

-- BERNAMA

Must Watch Video

Advertisement