SABAN hari orang bercakap perihal COVID-19. Di Malaysia misalnya, hari-hari topik itu dibangkitkan. Di seluruh dunia, sama juga kisahnya.
Amerika Syarikat, Brazil dan India, kes positif di sana sudah mencecah jutaan kes. Tiada pula nampak tanda-tanda kes akan beransur pulih dalam masa terdekat.
Kematian di seluruh dunia juga merekodkan ribuan kes setiap hari. Boleh kata hampir semua negara kini ‘dijajah’ COVID-19?
Sebetulnya, pernahkah kita bertanya pada diri sendiri, kenapa perlu takut dengan COVID-19?
Virus yang bermula dari China itu tak dapat dilihat dari mata kasar pun, tiada bau, tiada rasa, tahu-tahu melekat pada badan manusia hingga meragut ribuan nyawa.
Bukalah televisyen, bacalah akhbar, layarilah internet, berita COVID-19 ada di mana-mana. Dari Januari hingga Ogos, itulah topik utamanya.
Lazimnya, berita hangat hanya laku beberapa minggu, beberapa bulan namun virus ini, hampir setahun, masih hangat dibicarakan. Sedihnya, ada saja kematian direkodkan setiap hari.
Di Malaysia, setakat artikel ini ditulis, jumlah kematian adalah 125 orang, seperti yang diberitahu Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah
Dulunya ramai tidak kenal, tak pernah pun lihat wajah Dr Noor Hisham namun kini beliau dan barisan ‘frontliners’ negara diangkat menjadi wira negara.
Kes di Malaysia pernah mencecah ratusan kes sehari, pernah juga turun sehingga hanya satu kes sehari, wira negara tanpa jemu berperang melawan COVID-19 demi rakyat Malaysia.
Dari awal tahun hinggalah sekarang, konsisten beliau menasihatkan orang awam supaya jaga diri, pastikan penjarakan fizikal dan patuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerajaan.
Tapi itulah, kenapa nak takut dengan COVID-19? Bahaya sangatkah virus ini?
Kalau bahaya, kenapa ada yang bersahaja langgar SOP? Kesihatan, keselamatan orang lain langsung tak dipeduli.
Sudahlah ‘degil’, orang lain pula jadi mangsa! Tak semena-mena, ramai pula yang dijangkiti. Dari satu negeri, merebak pula ke negeri lain.
Apabila Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), rakyat tahu bahawa virus ini ‘bukan main-main’.
Ratusan kes positif direkodkan sehari. Rakyat diminta untuk duduk di rumah. Pelbagai peraturan dikuatkuasakan demi memastikan virus tidak merebak.
Namun, ada juga yang memilih untuk melanggar peraturan itu. Bersahaja keluar rumah, kena sergah, barulah kelam-kabut lari masuk dalam rumah.
Tak perlulah dikongsi berapakah jumlah kes langgar PKP kerana sehingga hari ini, jumlah individu yang melanggar peraturan itu pastinya mencecah tiga angka saban hari.
Bacalah, dengarlah kenyataan media Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Hari-hari ada saja ditahan, dikenakan kompaun kerana melanggar arahan PKP.
Acap kali beliau muncul di kaca televisyen - sehingga baju dipakai disamakan dengan kuih - menasihat hatta memberi amaran tapi ada juga yang tak ambil pusing, ibarat mencurah air di dan keladi.
Berbalik kepada tajuk artikel ini, kenapa nak takut dengan COVID-19?
Mungkin inilah yang berada dalam fikiran mereka-mereka yang bersahaja melanggar SOP sesedap rasa.
Mungkin mereka ada alasan tersendiri, mungkin juga mencipta alasan tapi niat tidak menghalalkan cara. Janganlah kerana anda enggan patuh, orang lain pula terima kesannya.
Lihat saja di negara Barat, negara yang dianggap maju, baik ekonomi dan pemikiran tapi lihatlah apa jadi? Kes berjuta, kematian ratus ribu tapi ada nampak mereka peduli?
Ada yang peduli tapi ramai juga tidak peduli. Mungkin sudah tertanam di jiwa dan minda mereka - Kenapa nak takut dengan COVID-19?
Adakah kita mahu menjadi seperti mereka? Mahukah anda melihat Malaysia merekodkan ribuan kes sehari?
Kasihanilah frontiliners
Jika anda sekarang sedang menggelang kepada dan hati pula berkata tidak, bagus, itulah yang sepatutnya.
Dalam setiap sidang media Dr Noor Hisham, beliau tidak pernah lupa untuk menasihatkan rakyat amalkan 3W dan elakkan 3S.
Lembut sungguh tutur bicaranya walaupun kadangkala berkerut juga dahinya apabila melihat kes meningkat. Namun, nasihat demi nasihat terus disampaikan kepada rakyat Malaysia.
Sejujurnya, majoriti mendengar, patuh kepada nasihat beliau namun tidak juga dinafikan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.
Kerana ada yang degil, semakin bertambah pula kes di negara kita. Tak tahulah apa ada di fikiran mereka, mungkin mereka anggap semua ini tidak serius.
“Ah, COVID-19 saja pun,” harapnya bukan inilah yang tercetus di hati mereka.
Nasihat secara baik, rasanya beribu kali sudah dibuat. Nasihat secara kasar? Tak tergamak pula rasanya, lebih-lebih lagi Malaysia terkenal dengan budaya ketimuran, lemah-lembut dan sopan.
Janganlah kerana itu, ada pula yang mengambil kesempatan. Kasihanilah mereka yang bersungguh-sungguh jaga SOP.
Ada frontliners yang berbulan tak jumpa keluarga, dikorbankan segalanya demi anda. Ya, demi anda, rakyat Malaysia. Janganlah sia-siakan jerih-perih mereka.
Kita sama-sama belum menang tapi boleh menang kalau kita bersama-sama.
Harapnya selepas ini janganlah lagi ada yang bermonolog dalam hati:
“Kenapa nak takut dengan COVID-19?”
Minta dijauhkanlah!
** Setiap Sabtu dan Ahad, AstroAwani.com membawakan artikel santai dan merangkumi pelbagai topik menarik seperti pelancongan, pemotoran, gaya hidup, hobi, kekeluargaan, kesihatan, pengetahuan am, trivia dan banyak lagi. Ikuti #SantaiHujungMinggu!
Ridauddin Daud
Sun Aug 09 2020
Kematian di seluruh dunia juga merekodkan ribuan kes setiap hari. Boleh kata hampir semua negara kini ‘dijajah’ COVID-19?
Pantau Agenda Reformasi: Ketidakpadanan kemahiran dan keperluan pasaran tenaga kerja
Ketidakpadanan antara kemahiran dan keperluan pasaran tenaga kerja cabaran kepada negara.
Prof Dr Balakrishnan Parasuraman, Dekan Pusat Pengajian Siswazah, Universiti Malaysia Kelantan (UMK).
Prof Dr Balakrishnan Parasuraman, Dekan Pusat Pengajian Siswazah, Universiti Malaysia Kelantan (UMK).
General Motors hentikan projek robotaxi selepas pelaburan AS$10 bilion
Projek itu menerima tamparan hebat pada akhir 2023 apabila berlaku kemalangan di San Francisco.
Mayat disumbat bagasi sempurna, hanya patah hidung - Polis
Hasil bedah siasat ke atas mayat seorang lelaki yang ditemui disumbat dalam bagasi mendapati tiada kecederaan lain selain patah di bahagian hidung.
Jabatan Peguam Negara kesal penyebaran maklumat, akaun palsu di Facebook
AGC dan Bahagian Pendakwaan tidak pernah menawarkan sebarang perkhidmatan seperti yang didakwa oleh akaun palsu menggunakan nama 'Putrajaya AGC'.
JKPK kemuka enam syor atasi isu kenaikan harga
Jawatankuasa Pilihan Khas (JKPK) Kesihatan mengemukakan enam syor kepada kerajaan bagi menangani isu kenaikan harga premium insurans dan takaful kesihatan.
PM bakal umum formula agihan gas PETROS, PETRONAS – Abang Johari
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mendedahkan formula penyelesaian isu pengagihan gas melibatkan Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) dengan Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) bakal diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Boeing dilapor mulakan semula operasi pengeluaran 737 MAX
Boeing memulakan semula pengeluaran pesawatnya 737 MAX minggu lalu kira-kira sebulan selepas tamatnya mogok selama tujuh minggu yang melibatkan 33,000 pekerja.
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bilion bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Zuraida diarah bayar hanya RM100,000 kepada PKR
Bekas Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Zuraida Kamaruddin telah diarahkan untuk membayar hanya RM100,000 daripada jumlah RM10 juta kepada PKR kerana melanggar syarat bon parti itu.
Kerajaan Kelantan gesa PLSB Sungai Golok dikaji semula
Kerajaan Kelantan menggesa pihak bertanggungjawab mengkaji semula perancangan pelaksanaan Projek Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Golok secara berfasa dengan penjadualan yang lebih teratur dan strategik.
Kenapa perlu takut dengan COVID-19?
Ramai yang gentar dengan ancaman virus COVID-19, namun, tidak kurang yang langsung tidak peduli tentang bahayanya.
COVID-19: Tiada kematian dalam 24 jam di Sepanyol, kali pertama sejak Mac
Ketua Kecemasan Kesihatan negara itu, Fernando Simon berkata perkembangan yang pertama kali berlaku sejak Mac lalu itu sangat menggembirakan.