awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
KBS, JPM Hal Ehwal Agama komited perkukuh pembangunan belia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Kenapa tak bertegas tentang pengharaman rokok?' - Dr.MAZA

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
01/11/2015
08:54 MYT
'Kenapa tak bertegas tentang pengharaman rokok?' - Dr.MAZA
Hukuman sehingga ke tahap 'haram' perlu menunggu kajian yang diyakini yang membuktikan mudaratnya. -Dr.MAZA
Mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainal Abidin, menjelaskan isu hukum penggunaan rokok elektronik atau vape masih perlu dikaji.
Beliau yang mesra disapa Dr.MAZA memberitahu perkara tersebut melalui status yang dimuat naik di laman Facebook.
Menurut Dr.MAZA, hal ini adalah kerana kesan buruk yang dibawa akibat penggunaan vape tidak sama dengan kesan buruk yang dibawa rokok.
Isu Vape Ramai bertanya tentang vape. Di sini ada beberapa perkara yang ingin saya sentuh; 1. Menghisap vape pada...
Posted by DrMAZA.com on
Kesan vape, baik dari sudut kesihatan pengguna dan orang sekeliling, serta pada penampilan penggunanya, disifatkan tidak seteruk rokok.
BACA: Penggunaan vape tidak diharamkan - Ismail Sabri
Dr.MAZA juga menegaskan untuk menentukan hukum penggunaan vape, kajian dan perbincangan yang menyeluruh perlu diadakan bukan sahaja di antara ahli agama, malah perlu juga membabitkan pakar kesihatan.
Dalam masa yang sama, beliau pelik mengapa ramai yang begitu obses dengan 'pengharaman' vape, namun tidak mengambil langkah yang sama terhadap rokok yang sudah jelas hukumnya.
Majlis Fatwa Kebangsaan kini sedang mengkaji penggunaan vape dari pelbagai aspek sebelum memutuskan mengenai hukum penggunaannya kepada umat Islam.
Topic Berkaitan
#Prof Madya Dr Mohd Asri Zainal Abidin
#rokok elektronik
#vape
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan