KUALA LUMPUR: Pengerusi Proklamasi Melayu, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa kenyataan dibuat Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung Singapura menggunakan Kadar Dasar Semalaman (OPR) adalah tidak benar.
Dr Mahathir menjelaskan, Monetary Authority of Singapore (MAS) tidak ada dasar OPR sejak tahun 1980an lagi.
Malah beliau juga mendakwa Singapura menggunakan Singapore Overnight Rate Average (SORA) yang mana pendekatannya berbeza dengan OPR Malaysia.
Bekas Ahli Parlimen Langkawi mendakwa beliau telah membuat kajian termasuk menggunakan ChatGPT berhubung perkara itu.
"Saya selidik, termasuk menerusi ChatGPT yang menjadi trend masa kini, dan hasilnya semacam. Ia bukan satu perbandingan yang sama – bukan apple-to-apple comparison.
"Sama ada jawapan Anwar boleh dianggap menipu atau mengelirukan Dewan Rakyat terserah kepada ahli-ahli Parlimen menentukan," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Dr Mahathir juga menegaskan, ketika mengetuai pembangkang, Anwar sering marah dan menyindir Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Aziz dengan menganggap menteri kewangan itu bekerja untuk bank kerana menaikkan OPR.
"Jadi Datuk Seri Anwar bekerja untuk bank atau rakyat sekarang ini?" sindir Dr Mahathir.
Beliau juga menyifatkan cara kerajaan menangani ringgit yang melemah dan jawapan serta pandangan Anwar berhubung perkara itu sebelum dan selepas menjadi perdana menteri tidak memberi keyakinan sama sekali.
Dr Mahathir juga mendakwa ramai yang menemuinya dan menyatakan kebimbangan berhubung kedudukan ringgit yang terus merudum berbanding dolar Amerika.
Jelas beliau, kerajaan perlu lakukan sesuatu kerana ia telah menyebabkan keresahan peniaga dan ibu bapa yang menghantar anak belajar di luar negara.
Astro Awani
Wed Jun 07 2023

Dr Mahathir mendakwa Singapura menggunakan Singapore Overnight Rate Average (SORA) yang mana pendekatannya berbeza dengan OPR Malaysia. - Gambar fail
Pesta Kanowit 2023 tarik penyertaan masyarakat luar
Pesta Kanowit 2023 tampil dengan pelbagai program menarik termasuk perlumbaan bot laju yang menarik 120 penyertaan termasuk dari Brunei Darussalam.
Penerbangan langsung Kuching-Kota Bharu bakal tingkatkan sektor pelancongan Sarawak, Kelantan
Kewujudan semula sektor penerbangan langsung Kuching-Kota Bharu oleh syarikat penerbangan Air Asia diyakini merapatkan lagi hubungan antara Sarawak dan Kelantan, terutama dari sudut pelancongan.
251 bakal mahasiswa Lahad Datu terima wang pendahulun pinjaman PTPTN
Di Lahad Datu, seramai 251 orang pelajar telah menerima wang pendahuluan pinjaman (WPP) PTPTN berjumlah RM1500 sebagai perbelanjaan persiapan awal pelajar bagi memasuki IPT.
KUSKOP maklum nasib peniaga Tamu Kota Belud, mohon peruntukan Belanjawan 2024
Menteri Pembanbgunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick ambil maklum nasib peniaga Tamu Kota Belud dan tamu lain seluruh negara dan telah memohon peruntukan di bawah Belanjawan 2024 bagi menyelesaikannya.
Realiti Tamu Kota Belud, serba daif, pengunjung makin kurang
Peniaga Tamu Kota Belud hampir patah semangat mengenangkan nasib mereka yang terpaksa mencari sesuap nasi di tapak niaga yang serba daif dan kurang pengunjung sejak empat tahun lalu.
Banjir Limbang: PPS Dewan Masyarakat Medamit ditutup
Setakat jam tiga petang Ahad mangsa banjir yang ditempatkan pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Serbaguna Buluh Balui, Limbang menyusut kepada 11 orang berbanding 16 pada 12 tengah hari.
19 penghuni tiga rumah di Kg Nangka tinggal sehelai sepinggang
Enam keluarga tinggal sehelai sepinggang selepas kediaman mereka musnah dalam kebakaran dI Kampung Nangka, Sibu pada Ahad.

2 ditahan disyaki terlibat pergaduhan di Desaru International Bike Week
Dua lelaki tempatan ditahan dipercayai terlibat pergaduhan ketika acara Desaru International Bike Week (DIBW) 2023 di Kota Tinggi, malam tadi.

6,449 suri rumah mencarum SKSSR di Melaka
Seramai 6,449 suri rumah di Melaka mencarum di bawah SKSSR Perkeso sehingga 10 Sept lepas.

Polis tahan sembilan individu cuba lakukan penerokaan REE di Sik
Polis menahan sembilan lelaki yang cuba meneroka unsur nadir bumi (REE) di kawasan Kompartment 35, Hutan Simpan Rimba Teloi, Sik pada 14 Sept lepas.

Tun Mahathir tolak tuduhan salah guna kuasa kes mahkamah Ahmad Zahid
Tun Dr Mahathir Mohamad menafikan dakwaan beliau menggunakan kuasa untuk membawa kes berkaitan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram melibatkan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ke mahkamah.

Tun Mahathir mampu cetus krisis politik baharu - Salleh
Datuk Seri Mohd Salleh Said Keruak mendakwa Tun Mahathir Mohamad bukanlah pemimpin yang membuat percaturan tanpa penghujung apabila menjadikan dirinya sebagai ketua de facto Perikatan Nasional (PN).

'Kesalahan halangan lalu lintas paling tinggi' - JSPT
Sebanyak 4,719 saman dikeluarkan pada hari pertama pelaksanaan Op Hormat Undang-Undang Jalan Raya Polis Kuala Lumpur fasa dua di ibu negara pada Jumaat.

Generasi muda perlu disedarkan tentang nikmat kemerdekaan - Dr Mahathir
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata golongan muda perlu disedarkan tentang nikmat kemerdekaan supaya mereka memahami kepentingan menjaga keharmonian dan dan kedaulatan negara.

Dr Mahathir perlu henti kelirukan rakyat libat isu 3R - Tiong
Tiong berkata, pemimpin seharusnya mencontohi sikap Tun Abdullah yang berdiam diri dan terus mendoakan kesejahteraan untuk negara ini.

Mengisi merdeka itu jauh lebih sukar - Tun M
Menurutnya, apa yang dikecapi negara pada masa ini tidak dinikmati rakyat sebelum merdeka.

PDRM sahkan rekod keterangan Tun M berhubung isu hina institusi diraja
Turut diambil keterangan bagi membantu siasatan adalah Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan Datuk Wira Marzuki Yahya.

Keterangan Zeti di mahkamah berkaitan 1MDB jelas 'pengabaian tugas' oleh Apandi - Tun M
Pemecatan Apandi tidak dibuat secara salah berdasarkan dakwaan 'pengabaian tugas' yang dilakukan oleh bekas Peguam Negara itu.

PRN: Peluang cerah buat PN kekal di Kedah, Kelantan, Terengganu - Tun M
Perikatan Nasional juga ada peluang rampas Selangor dan Negeri Sembilan, namun, sukar untuk tawan Pulau Pinang.

PRN: Tun M seru orang ramai keluar mengundi, tentukan kerajaan negeri dan masa depan
PRN kali ini, kata Dr Mahathir, platform penting bagi rakyat yang terlibat untuk menentukan masa depan mereka lima tahun akan datang.