Penolong Setiausaha Pergerakan Wanita Umno, Datuk Rosni Sohar mendesak tindakan tegas dari Tan Sri Rafidah Aziz berhubung kenyataan yang dibuat oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) AirAsia X, Azran Osman-Rani.
“CEO AirAsia X tersebut tidak menghormati Tan Sri Rafidah Aziz yang merupakan pemimpin Wanita Umno yang membela kepentingan wanita bangsa Melayu di Malaysia.
“Beliau sepatutnya sedar akan kedudukan beliau sendiri sebagai anak Melayu yang mendapat manfaat besar di syarikat penerbangan tersebut,” kata Rosni.
Menurut beliau, tindakan tegas oleh Rafidah adalah penting bagi membuktikan semangat kebangsaan syarikat yang mewakili nama baik Malaysia di serata dunia itu masih terus kekal.
“Saya harap Tan Sri Rafidah tidak hanya lantang mengkritik dan mengadu-domba dalam wanita Umno sahaja, tetapi apabila perkara yang membabitkan kepentingan Melayu, beliau mengambil keputusan hanya berdiam diri.
“Mungkinkah beliau sendiri setuju dengan kenyataan Azran tersebut? Apakah begini sikap seorang ahli Majlis Tertinggi Umno?” tambah beliau.
Utusan Malaysia pada 7 Mei lalu menyiarkan laporan muka hadapan bertajuk 'Apa lagi Cina mahu?' dimana
Azran secara terbuka menerusi akaun laman sosial Twitter miliknya membidas pendirian Utusan Malaysia itu dan menganggap ianya sebagai bersifat perkauman kerana menyiarkan artikel tersebut.
Susulan itu juga pada 16 Mei lalu, Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Jalil mengeluarkan kenyataan bahawa Wanita Umno kecewa dan meminta Rafidah memberikan penjelasan secepat mungkin.
Rosni turut menyatakan sokongan beliau terhadap Shahrizat mengenai sikap Rafidah yang berdiam diri ke atas kenyataan Azran sebelum ini.
“Persoalannya, adakah Azran membuat kenyataan ini setelah mempertimbangkan atau membaca akhbar-akhbar Cina yang lebih rasis dari Utusan Malaysia? Saya bagi pihak Wanita Umno mendesak Azran untuk membuat permohonan secara terbuka kepada semua orang Melayu di Malaysia,” kata Rosni menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.
Arfa Yunus
Tue May 28 2013
Program Gerakan Kepimpinan Madani perkukuh inisiatif KPM banteras isu buli
Program Gerakan Kepimpinan Madani: Hentikan Salah Laku Buli dan Seksual yang dilaksana KPM memperkukuh inisiatif kementerian dalam usaha membanteras isu buli di sekolah.
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
PM Thailand adakan lawatan rasmi ke Malaysia esok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, esok atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Anwar hadiri Kongres Khas PKR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Khas PKR yang diadakan bertujuan untuk meminda perlembagaan parti.
AWANI Ringkas: Tengku Zafrul sertai PKR?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Selebriti lelaki miliki dadah direman 5 hari
Selebriti program realiti komedi yang ditahan di Cyberjaya kerana disyaki memiliki ganja pada Sabtu direman lima hari bermula Ahad.
Kerugian bersih Airasia X meningkat kepada RM305.24 juta
Perolehan hasilnya turut berkurangan kepada RM91.44 juta daripada RM1.01 bilion sebelum ini.
AirAsia X mungkin kembali ke India
Airasia X melihat kemungkinan akan memulakan kembali laluan ke eropah dan India yang dihentikan akibat kos tinggi sebelum ini.