Kenyataan "esok" Ahmad Maslan jadi bahan jenaka

Shamil Hizamie
Julai 31, 2015 07:42 MYT
Laman Twitter dipenuhi siri jenaka para netizen yang mempermainkan kenyataan Ahmad Maslan mengenai isu 'Pilihan Raya Utama tidak diadakan esok'.
Mantan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 27 Julai lalu pernah menyuarakan pendapatnya, menyatakan Barisan Nasional akan kalah sekiranya Pilihan Raya Umum (PRU) diadakan 'esok' (dalam masa terdekat).
Bersangkutan itu, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) Datuk Ahmad Maslan semalam seakan menyangkal pernyataan berkenaan dengan mengatakan PRU hanya berkemungkinan akan diadakan pada 2018.
"Kalau orang tanya saya jika esok pilihan raya, boleh ke tidak Barisan Nasional menang, saya jawab esok tidak lagi pilihan raya, itu jawapan saya,” ujarnya.
Sehubungan itu, laman Twitter dibanjiri dengan reaksi netizen yang kurang senang dengan kenyataan tersebut yang disifatkan sebagai acuh tidak acuh.
Menerusi hashtag #TweetGayaAhmadMaslan, pengguna Twitter memuat naik pelbagai Tweet yang dilihat memperolok pernyataan Ahmad sejak semalam.

"Jangan menyanyi dekat dapur, esok kahwin dengan orang tua" "Esok hari sabtu, belom kahwin lagi mak" #TweetGayaAhmadMaslan

— Cacacapika (@PikaYusak) July 31, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

"Mak, esok Mat dh kaya, Mat bawak mak pergi haji." "Esok kau menganggur lg Mat." #TweetGayaAhmadMaslan

— Nabil Hussein (@NabilHussein) July 31, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

'Jangan boros sangat, nanti esok tua tidak ada simpanan' 'Esok aku belum tua' #TweetGayaAhmadMaslan

— Amirul Faiz (@Acespada91) July 31, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

"Kalau orang tanya esok nk kawin org mana?" "Saya kata esok bukannya hari perkahwinan saya" #TweetGayaAhmadMaslan

— LELAKI TAK GUNA! (@MrHazique) July 31, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

BF: Kalau esok saya dah berjaya, saya nak tunaikan janji saya kahwin dengan awak. GF: Jangan lah esok, esok kan SPM. #TweetGayaAhmadMaslan.

— | Hairil Ilham | (@Hairilham) July 30, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Ma: Bukaklah tabung haji awal2, esok nak pergi haji xdela kena tggu lama sgt. Me: esok belom nak pergi haji. #tweetgayaahmadmaslan

— faiz syahiran (@saerea) July 30, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

A:Esok dah kahwin jangan lupa jemput B:Esok saya tak kahwin #TweetGayaAhmadMaslan #Brocuba

— frzrdzwn (@frzrdzwn) July 30, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Ayah : "Adik belajar rajin-rajin tau . Esok dah besar boleh berjaya" Anak : "Esok belom besar" #TweetGayaAhmadMaslan

— Akmal (@akmal_afham) July 31, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

"Studylah. Kang esok pointer teruk jangan complain" "Besok belum exam" #TweetGayaAhmadMaslan

— qiden (@MuhdNqiuddin) July 30, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

"Dah kerja ni simpan lah duit nanti esok senang" "Esok masih gst" #TweetGayaAhmadMaslan

— Shah Hassanssins (@ShacAssassin) July 31, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Pesanan orang dahulu kala lazimnya menggunakan perumpamaan 'esok' sebagai gambaran kemudian hari yang bakal menyusul.
Sejak implementasi Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada April lalu, Ahmad yang pada ketika itu Timbalan Menteri Kewangan sering kali menjadi tumpuan ekoran status Twitter dan kenyataannya kurang diterima oleh para netizen dan golongan media.
#Ahmad Maslan #Muhyiddin Yassin #pilihan raya #PRU #TSMY #Twitter