NATIONAL
Kenyataan interim MH370 bertaraf antarabangsa dan berintegriti - pakar
Kenyataan interim dan maklumat faktual mengenai penyiasatan penerbangan Malaysia Airlines (MAS) MH370 adalah bertaraf antarabangsa dan berintegriti, kata bekas Ketua Juruterbang MAS Kapten Datuk Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain.
Beliau berkata laporan yang dikeluarkan oleh Malaysian ICAO Annex 13 Safety Investigation Team for MH370 pada Ahad lepas telah dibuat dengan teliti dan telus.
Ia membutirkan rekod persiapan bagi penerbangan itu, komunikasi antara kokpit dengan kawalan lalu lintas udara, laluan penerbangan berdasarkan data satelit, kru dan kargo penerbangan malang berkenaan.
ALBUM: Setahun MH370
"Dengan penglibatan tujuh negara di bawah Pertubuhan Penyiasatan Kemalangan dan Insiden Udara melibatkan Malaysia, China, Australia, Perancis, Singapura, Indonesia dan Amerika Syarikat, laporan itu adalah bagus, cara kerja yang teliti serta telus," katanya kepada Bernama.
Nik Ahmad Huzlan berkata ia disokong dengan penglibatan pihak Boeing selaku pembuat pesawat Boeing 777-200ER, didaftarkan 9M-MRO itu menguatkan lagi ketelusan laporan yang dikeluarkan oleh pasukan penyiasatan keselamatan berkeanan.
"Penyiasatan yang dibuat amat teratur berdasarkan perundangan antarabangsa, dari segi struktur laporan pula ia amat teliti iaitu melibatkan temu bual lebih 120 orang dari pelbagai peringkat termasuk Jabatan Penerbangan Awam sendiri sehinggalah ke penerima konsain," katanya.
Beliau berkata maklumat faktual laporan tersebut adalah mengenai perkembangan siasatan pesawat itu sehingga 7 Mac lalu dan ia berdasarkan fakta dikumpul sepanjang siasatan boleh dipercayai serta tidak memperlihatkan aspek lain seperti muslihat mahupun rekaan.
Laporan telus buka ruang bagi penilaian lanjut
"Semua orang ingin tahu, di mana, apa dan bagaimana, berdasarkan siasatan buat masa ini laporan itu yang diperoleh, maka tidak berapa tepat mengatakan pesawat itu tidak dijumpai, istilah yang tepat ialah masih belum dijumpai," kata Nik Ahmad Huzlan.
Setahun MH370: Laporan interim MH370
Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pukul 6.30 pagi hari sama.
Sementara itu Selamat Omar, 60, bapa kepada penumpang MH370, Mohd Khairul Amri berkata beliau telah menerima dengan reda kejadian itu sejak laporan awal yang mengatakan pesawat itu berakhir di Lautan Hindi.
"Pak cik tak nafikan usaha pihak kerajaan, pakcik berterima kasih atas semua usaha yang pak cik kira amat wajar telah dilakukan," katanya.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami