Presiden Gerakan Datuk Seri Mah Siew Keong menyifatkan kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad kononnya kerajaan Barisan Nasional di tiga negeri bakal tumbang sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 adalah 'politik tidak sihat'.
Beliau berkata perubahan pucuk kepimpinan dan pentadbiran sesebuah negeri hanya boleh diputuskan melalui proses demokrasi iaitu PRU dan bukan dengan menukar wakil rakyat sesuka hati.
"Adalah tidak wajar baginya menyatakan perubahan kerajaan akan berlaku di Perak, Terengganu dan Johor. Itu tak betul.
"Pada pilihan raya akan datang, biarlah rakyat yang memilih," katanya sambil meminta bekas perdana menteri itu supaya memberi peluang kepada kerajaan Barisan Nasional untuk terus mentadbir dengan mandat rakyat.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Persidangan Perwakilan Nasional 2016 Gerakan di sini, hari ini.
Sementara itu, Ketua Wanita Gerakan Datuk Tan Lian Hoe menyelar pemimpin dan parti pembangkang yang sanggup bertukar 'pasangan politik' demi memenuhi sifat gila kuasa dan kedudukan.
"Lantaran gila kuasa dan kedudukan, mereka sanggup 'bertukar pasangan'. PAS diceraikan (merujuk kepada DAP dan PKR) dan kini bergabung dengan Parti Amanah Negara, parti serpihan PAS, dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).
"Suatu ketika dahulu, mereka sesama mencaci dan meludah, kini berjabat dan berpelukan atas kepentingan peribadi masing-masing," katanya ketika berucap pada Persidangan Perwakilan Pemuda dan Wanita Parti Gerakan di Menara PGRM di sini, hari ini.
Persidangan itu dirasmikan Timbalan Presiden Gerakan Dr Cheah Soon Hai. Turut hadir Setiausaha Agung parti Datuk Lian Teck Meng dan Ketua Pemuda Tan Keng Liang.
Berikutan itu, Lian Hoe berkata rakyat harus bijak menilai 'perjuangan' parti-parti pembangkang yang hanya menabur janji manis walaupun telah diberi peluang memimpin.
Beliau berkata pembangkang juga tidak membantu dalam mengatasi tempias kelembapan ekonomi dunia terhadap negara, ancaman Daesh, kos sara hidup yang semakin tinggi serta membendung penyakit seperti Zika dan denggi.
"Sepatutnya mereka turut bersama merancakkan ekonomi dan pembangunan negara demi kesejahteraan masa depan rakyat dan anak cucu cicit kita. Bukan memutarbelitkan fakta, mensabotaj, menghasut, memfitnah, menanam kebencian rakyat terhadap kerajaan di alam siber.
"Apa faedahnya mengajak rakyat berdemonstrasi di jalanan dan bertembung untuk mencetuskan ketegangan menggugat perpaduan, memburukkan keadaan ekonomi semata-mata ingin menjatuhkan kepimpinan negara," katanya.
Mengenai persiapan PRU, Lian Hoe berkata Wanita Gerakan sedang mengatur strategi yang rapi dan bersiap siaga untuk menghadapi pilihan raya.
Bernama
Sat Oct 08 2016
Mah Siew Keong berkata, adalah tidak wajar bagi Tun Mahathir menyatakan perubahan kerajaan akan berlaku di Perak, Terengganu dan Johor. - Gambar fail
Kenaikan tambang feri ke Langkawi bagi warga Malaysia dibatalkan
Langkawi Ferry Line Ventures Sdn Bhd membatalkan kenaikan kadar tambang feri yang dijadualkan dikuatkuasakan 1 Januari depan susulan nasihat Kementerian Pengangkutan (MOT).
PM Thailand ke Putrajaya esok, perkukuh hubungan dua hala
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi pertamanya ke Malaysia sejak memegang tampuk kerajaan pada Ogos lalu atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Elaun kekal RM8 sehari, tak wajar bincang sekarang - Khaled
Kementerian Pertahanan (MINDEF) mengekalkan kadar elaun RM8 sehari untuk peserta Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 yang akan bermula bulan depan.
Menurut Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, kenaikan elaun itu tidak wajar dibangkitkan ketika ini berikutan program berkenaan belum bermula.
Menurut Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, kenaikan elaun itu tidak wajar dibangkitkan ketika ini berikutan program berkenaan belum bermula.
[TERKINI] SAPP bebas membuat keputusan keluar PN - Ahmad Zahid
Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Parti Maju Sabah (SAPP) bebas membuat keputusan untuk keluar daripada Perikatan Nasional.
Kongres Khas PKR lulus pindaan perlembagaan parti dengan sokongan lebih dua pertiga perwakilan
Kongres Nasional Khas PKR 2024 hari ini meluluskan kesemua pindaan perlembagaan berkaitan proses pemilihan parti.
SAPP keluar, PN Sabah lemah
Pada PRN Sabah 2018, PN memenangi 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) menggunakan logo sendiri.
Pada 2022, ahli Parlimen yang bertanding di bawah PN keluar parti dan menjadi ADUN parti Gagasan Rakyat Sabah (GRS).
Kedua-dua gagasan serta SAPP adalah komponen Gagasan Rakyat Sabah.
Pada 2022, ahli Parlimen yang bertanding di bawah PN keluar parti dan menjadi ADUN parti Gagasan Rakyat Sabah (GRS).
Kedua-dua gagasan serta SAPP adalah komponen Gagasan Rakyat Sabah.
Samsuri nafi peletakan jawatan ada kaitan dengan SAPP
Naib Presiden PAS, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar berkata peletakan jawatannya sebagai Bendahari Agung Perikatan Nasional tidak ada kaitan dengan pengunduran Parti Maju Sabah (SAPP) daripada perikatan itu.
Bagaimanapun, beliau enggan mengulas sama ada keputusannya dibuat tanpa paksaan mana-mana pihak.
Bagaimanapun, beliau enggan mengulas sama ada keputusannya dibuat tanpa paksaan mana-mana pihak.
Anwar sahkan ada perbincangan penyertaan Tengku Zafrul
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan wujud perbincangan awal berhubung Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Tengku Datuk Seri Zafrul, menyertai parti PKR.
Elaun PLKN 3.0 kekal RM8 sehari
Kementerian Pertahanan akan mengekalkan kadar elaun RM8 sehari kepada peserta PLKN 3.0 yang akan bermula Januari ini.
AWANI Ringkas: Elaun PLKN 3.0 RM8 sehari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kenyataan Mahathir bersifat 'politik tidak sihat' - Presiden Gerakan
Katanya, perubahan pucuk kepimpinan dan pentadbiran sesebuah negeri hanya boleh diputuskan melalui proses demokrasi iaitu PRU dan bukan dengan menukar wakil rakyat sesuka hati.