awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketika 'sorakan semakin pudar' MMM Hall of Fame 2025 angkat legasi wira sukan negara
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kenyataan Nik Nazmi kurang tepat, tiada pengeluaran haram nadir bumi - MB Pahang

Sinar Harian
Sinar Harian
13/03/2024
07:39 MYT
Kenyataan Nik Nazmi kurang tepat, tiada  pengeluaran haram nadir bumi - MB Pahang
Wan Rosdy berkata, kenyataan Nik Nazmi di Parlimen pada Selasa kurang tepat. - Gambar fail
KUANTAN: Kerajaan Negeri Pahang menafikan berlaku pengeluaran bahan nadir bumi oksida secara haram di kawasan hutan simpan di daerah Lipis seperti dinyatakan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad.
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, kenyataan Nik Nazmi di Parlimen pada Selasa kurang tepat kerana tiada sebarang aktiviti pengeluaran nadir bumi di daerah itu walaupun terdapat cubaan untuk melakukan aktiviti melombong bahan tersebut.
Menurutnya, berdasarkan maklumat dan intipan, Pasukan Elit Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang (UPNP) telah mengesan serta menjumpai satu lokasi yang cuba dijadikan kawasan lombong nadir bumi berdasarkan peralatan yang ditemui pada 20 Mac tahun lalu.
"Susulan penemuan itu, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) Pahang telah menjalankan pemeriksaan tapak di lokasi dan hasil siasatan mendapati peralatan dan barang-barang makmal yang digunakan untuk tujuan melombong nadir bumi," katanya melalui kenyataan pada Rabu.
Wan Rosdy berkata, hasil pemeriksaan mendapati tiada aktiviti pengeluaran mineral itu dikesan manakala semua peralatan yang ditemui telah dirampas.
"Lanjutan kes itu, UPNP bersama pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Penguat kuasa Perhutanan Zon Pahang Barat telah melakukan pemantauan berkala bermula 3 Mei tahun hingga 15 Februari lalu di kawasan Pahang Barat dan mendapati tiada sebarang aktiviti perlombongan nadir bumi berlaku," jelasnya.
Wan Rosdy berharap fakta itu dapat diperbetulkan kerana kenyataan yang dinyatakan menteri telibat telah menjejaskan nama baik negeri Pahang.
"Sejak lima tahun lalu, kita (kerajaan negeri) begitu tegas melaksanakan penguatkuasaan bagi membendung aktiviti pencerobohan tanah secara haram termasuk aktiviti perlombongan daripada berleluasa di negeri ini," ujarnya.
Tambah beliau, sejak penubuhan UPNP pada 9 Oktober 2019, sebanyak 137 kes pencerobohan tanah kerajaan negeri telah berjaya diselesaikan.
"Daripada jumlah itu, 129 kes telah dikenakan tindakan kompaun dan lapan kes lagi didakwa di mahkamah dan dijatuhkan hukuman.
"Kerajaan negeri akan terus melaksanakan aktiviti penguatkuasaan dari semasa ke semasa bagi memastikan tiada lagi aktiviti penerokaan tanah secara haram yang berlaku di negeri ini pada masa akan datang," katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Pahang
#Nik Nazmi
#Wan Rosdy Wan Ismail
#nadir bumi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan