awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kenyataan tidak berasas isu kuota haji boleh jejas hubungan Malaysia, Arab Saudi

Bernama
Bernama
05/05/2019
16:37 MYT
Kenyataan tidak berasas isu kuota haji boleh jejas hubungan Malaysia, Arab Saudi
Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa berkata penetapan kuota haji dan pemberian kuota tambahan berdasarkan rayuan adalah hak Arab Saudi. Foto Astro AWANI / Shahir Omar
Semua pihak diminta tidak membuat sebarang kenyataan tidak berasas berkaitan kuota haji negara ini hingga boleh menjejas hubungan baik antara Malaysia dengan kerajaan Arab Saudi.
Menegaskan demikian, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa berkata penetapan kuota haji dan pemberian kuota tambahan berdasarkan rayuan adalah hak Arab Saudi.
"Janganlah kita mengheret isu kuota tambahan 10,000 jemaah haji dengan mendakwa kerajaan Pakatan Harapan (PH) tidak baik terhadap Islam sedangkan ia satu rumusan yang berbahaya. Jangan ghairah tunjuk kononnya bela Islam.
"Dalam rekod beberapa tahun lalu Arab Saudi tidak pun bagi kuota itu kepada kita. Mungkin dia (Arab Saudi) akan bagi dalam last minit dan saya anggap dia (Asyraf Wajdi) tidak ada modal politik dan gambarkan bahawa puncanya daripada kerajaan," katanya kepada pemberita selepas menutup Program Jurutera Masuk Desa (Jumdesa) 6.0 di Kampung Sungai Megat Aris, Bagan Tiang pada Ahad.
Beliau mengulas kenyataan Ketua Pemuda UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki semalam yang mendakwa umat Islam kehilangan kuota tambahan sebanyak 10,000 untuk menunaikan haji setiap tahun berikutan hubungan dingin antara kerajaan PH dengan Arab Saudi.
Kenyataan Asyraf dalam satu majlis di Mergong, Kedah pada Jumaat lalu disiarkan Utusan Malaysia.
Menjelas lanjut, Mujahid yang juga Anggota Parlimen Parit Buntar meminta Asyraf dan Utusan Malaysia agar memohon maaf kepada rakyat Malaysia kerana mengeluarkan kenyataan yang buruk mengenai jemaah haji dan kerajaan Arab Saudi.
"Saya telah pergi ke Arab Saudi dan tak timbul masalah hubungan kita Malaysia dengan Arab Saudi," katanya.
Ditanya mengenai apa yang dipanggil Perhimpunan Perpaduan Ummah di Kuala Lumpur pada Sabtu, Mujahid berkata penganjurannya dilihat bertujuan menimbulkan sentimen politik supaya umat Islam memandang buruk terhdap kerajaan PH.
"Apa yang dimaksudkan mereka dengan Islam tertindas? Islam tolak sebarang fahaman politik yang berbentuk fitnah kerana fitnah itu berbahaya daripada membunuh," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Arab Saudi
#Asyraf Wajdi Dusuki
#Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa
#Haji
#kuota haji
#Pakatan Harapan
#Parlimen
#Pemuda UMNO
#Perdana Menteri
#perpaduan
#rakyat Malaysia
#Tabung Haji
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan