Skip to main content

Ikuti langsung Majlis Cerapan Rasmi Hilal Ramadan 1447h di Menara Kuala Lumpur.

Malaysia

Kepelbagaian budaya, tarian singa antara keunikan Malaysia tarik pelancong - Tourism Malaysia

KUALA LUMPUR, Jan 26 -- Tourism Malaysia Chairman, Datuk Manoharan Periasamy, delivers his speech during the launch of the International Triathlon Race, Challenge Malaysia 2026, held today at the KL Wellness City (KLWC) Gallery  -- fotoBERNAMA
Datuk Manoharan Periasamy berkata keunikan persembahan tarian singa di negara ini merupakan satu USP yang sukar ditandingi oleh negara lain. - Gambar/ Bernama

SEPANG: Sambutan Tahun Baharu Cina di Malaysia bukan sekadar perayaan tradisi masyarakat tempatan, malah ia merupakan acara pelancongan ikonik yang mampu meletakkan negara sebagai destinasi pilihan utama di rantau ini.

Pengerusi Tourism Malaysia, Datuk Manoharan Periasamy berkata, sebagai contoh, persembahan tarian singa di negara ini merupakan satu 'keunikan penawaran jualan' (USP) yang sukar ditandingi oleh negara lain.

Advertisement

“Kalau kita pergi ke Vietnam atau ke negara-negara asing yang lain, keunikan terletak pada nilai jualan unik (USP). Acara seperti sambutan Tahun Baharu Cina memberi peluang kepada pelancong asing untuk bersama-sama rakyat Malaysia merayakan perayaan di negara ini.

“Kepelbagaian kaum dan agama di Malaysia adalah satu lagi kelebihan yang menjadikan negara ini destinasi istimewa.

“Kalau nak lihat budaya China, India atau Arab, mereka boleh datang ke Malaysia. Di sini, rakyat daripada pelbagai kaum hidup bersatu dan bersama-sama merayakan keunikan budaya,” ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada Astro AWANI selepas program sambutan Tahun Baharu Cina 2026 anjuran Tourism Malaysia di balai ketibaan KLIA Terminal 1 hari ini.

Manoharan turut memaklumkan Tourism Malaysia akan terus menjadikan sambutan perayaan utama sebagai acara tarikan pelancongan, termasuk Aidilfitri dan Ramadan.

“Untuk Ramadan, kita akan mengadakan majlis berbuka puasa atau iftar untuk mendedahkan pelancong asing kepada pengalaman unik berbuka puasa di Malaysia. Keunikan ini sukar didapati di negara lain,” katanya.

Tambah Manoharan, rakyat Malaysia harus berbangga dengan kepelbagaian budaya yang ada dan menyambut kedatangan pelancong asing sepanjang tahun.

“Malaysia adalah destinasi di mana pelancong boleh merasai pelbagai budaya dalam satu negara. Inilah kekuatan kita,” akhirinya.

Must Watch Video