Skip to main content

[TERKINI] Umat Islam di Malaysia mula berpuasa Khamis, 19 Februari

Malaysia

Bunuh lima sekeluarga: Keluarga mohon henti spekulasi bukan-bukan

Polis membawa keluar lima mayat mangsa dalam kejadian bunuh di sebuah rumah di Lorong Cherating Damai di sini, hari ini. - Foto: Bernama - Gambar kecil (Nurul Zahidah)
Polis membawa keluar lima mayat mangsa dalam kejadian bunuh di sebuah rumah di Lorong Cherating Damai dhari ini. - Foto: Bernama - Gambar kecil (Nurul Zahidah)

KUANTAN: Keluarga lima beranak yang ditemui mati disyaki dibunuh di Taman Cerating Damai di sini merayu semua pihak agar tidak membuat sebarang spekulasi atau fitnah berhubung kejadian itu.

Nurul Zahidah Zambri, 34, berkata, masyarakat perlu menghormati keluarga dan memberi ruang kepada pihak polis untuk melakukan siasatan mengikut prosedur.

Advertisement

“Saya minta semua untuk menghormati segala proses ini sehingga polis mengeluarkan kenyataan dan yang itu kita akan pakai nanti,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian pada Selasa.

Nurul Zahidah berkata, pihak keluarga sedang menunggu proses bedah siasat dan perkembangan siasatan daripada pihak polis.

“Minta sangat jangan buat spekulasi yang bukan-bukan dan hormati keluarga kami,” ujarnya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Ashari Abu Samah, turut meminta orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi mengenai insiden tersebut khususnya di media sosial.

Menurutnya, pihak polis sedang menjalankan siasatan bagi mengenal pasti motif kejadian berkenaan.

“Berilah ruang kepada pihak berkuasa untuk menjalankan tugas. Jangan membuat spekulasi mengenai insiden ini atau berkongsi gambar dari lokasi kejadian atau membuat andaian di media sosial hingga boleh mengganggu siasatan,” katanya.

Jelas beliau, semua mayat dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk proses bedah siasat.

“Bedah siasat akan dijalankan terhadap dua mangsa hari ini, manakala tiga lagi dijangka esok,” katanya.

Beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Sinar Harian pada Selasa menyiarkan berita kejadian seorang lelaki yang mencederakan sehingga menyebabkan kematian ibu, isteri dan dua anak perempuannya sebelum dipercayai menamatkan riwayatnya sendiri di Taman Cerating Damai di sini. -- Sinar Harian

Must Watch Video