awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kepentingan ICERD akan difahami rakyat - Waytha Moorthy

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
24/04/2019
10:35 MYT
Kepentingan ICERD akan difahami rakyat - Waytha Moorthy
Kata Waytha konvensyen itu tidak disambut baik kerana disalahtafsir oleh pihak tertentu. GAMBAR BERNAMA
Menteri Perpaduan dan Kesejahteraan Sosial P. Waytha Moorthy percaya Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) akan difahami oleh rakyat Malaysia pada masa akan datang.
Katanya, konvensyen itu tidak disambut baik kerana disalah tafsir oleh pihak tertentu.
“Adalah sedih di Malaysia, konvensyen tersebut disalahtafsirkan oleh pihak tertentu. Ia tidak disambut kerana adanya pihak yang mempunyai agenda tertentu dalam isu ini memanipulasi fakta. Jadi, kerajaan mengambil keputusan kita masih tidak bersedia untuk ratifikasi ICERD.
“Buat masa ini, kita tidak boleh buat apa-apa sehingga rakyat memahami kepentingan ICERD. Kerajaan akan buatkan rakyat faham kenapa ia penting sebelum mengaturnya semula,” katanya kepada pemberita dalam sidang media sempena Setahun Pentadbiran Pakatan Harapan (PH) di Putrajaya, hari ini.
Pada November tahun lalu, kerajaan mengambil keputusan untuk tidak meratifikasi konvensyen berkenaan susulan kekeliruan yang ditimbulkan sesetengah pihak.
ICERD menjadi isu hangat selepas Waytha berkata kerajaan akan memeterai konvensyen itu pada suku pertama tahun ini.
Ini mencetuskan kekecohan dalam kalangan beberapa kumpulan termasuk Pemuda UMNO, yang mendakwa bahawa ICERD bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan khususnya bercanggah dengan hak istimewa Bumiputera dan meminggirkan Majlis Raja-Raja Melayu.
Mengulas lanjut, Waytha berkata Malaysia adalah antara lima atau enam negara yang masih belum meratifikasi konvensyen antarabangsa itu.
Katanya, kebanyakan negara anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) juga menerima konvensyen berkenaan.
Topic Berkaitan
#Bantah Icerd
#diskriminasi kaum
#hak Melayu
#Himpuan Icerd
#ICERD
#Islam
#Isu Icerd
#ketuanan Melayu
#Pakatan Harapan
#PAS
#Putrajaya
#UMNO
#Waythamoorthy
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan