awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pejalan kaki maut dirempuh, diseret Myvi
EU buka peluang terhadap had umur minimum penggunaan media sosial untuk negara anggota
Penutupan sebahagian kerajaan AS masuk hari ketiga akibat kebuntuan pembiayaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kepentingan langsung yang dikatakan dimiliki Najib dalam 1MDB kabur - Shafee

Bernama
Bernama
20/08/2024
12:11 MYT
Kepentingan langsung yang dikatakan dimiliki Najib dalam 1MDB kabur - Shafee
Muhammad Shafee berkata ini berikutan kegagalan pihak pendakwaan untuk mentakrifkan dengan jelas kepentingan peribadi atau faedah yang didakwa dimiliki Najib berkaitan dana 1MDB. - Gambar Bernama
KUALA LUMPUR: Pihak pembelaan dalam perbicaraan rasuah bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berjumlah RM2.3 bilion berhujah bahawa kekaburan berhubung 'kepentingan langsung' perdana menteri dalam pertuduhan terhadapnya menimbulkan cabaran besar pihaknya dalam membentuk pembelaan yang berkesan.
Peguam utama Najib Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata ini berikutan kegagalan pihak pendakwaan untuk mentakrifkan dengan jelas kepentingan peribadi atau faedah yang didakwa dimiliki Najib berkaitan dana 1MDB, menjadikan sukar untuk menangani dakwaan itu dan menyoal balas saksi dengan secukupnya.
"Kenyataan 'kepentingan langsung' yang mendasari keputusan itu diserahkan kepada mahkamah dan tertuduh untuk terus tertanya-tanya.
"Di sini (dalam kes semasa) pihak pendakwaan, walaupun merujuk kepada kewujudan 'kepentingan langsung' dalam keputusan Najib dalam keempat-empat pertuduhan itu, telah gagal untuk menyatakan di mana kepentingan langsung yang dikatakan itu berada," kata Muhammad Shafee semasa penghujahannya di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah.
Penghujahan bersambung esok.
Najib, 71, menghadapi empat pertuduhan menyalahgunakan kedudukannya untuk mendapatkan RM2.3 bilion daripada dana 1MDB, dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.
Bekas Ahli Parlimen Pekan itu didakwa melakukan kesalahan berkenaan di Cawangan AmIslamic Bank Berhad, Jalan Raja Chulan, Bukit Ceylon di sini antara 24 Feb 2011 hingga 19 Dis 2014 mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24 (1) akta yang sama.
Bekas Menteri Kewangan itu berdepan dengan hukuman maksimum penjara 20 tahun, dan denda lima kali nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Bagi pertuduhan pengubahan wang haram, beliau didakwa melakukan perbuatan itu di bank sama antara 22 Mac dan 30 Ogos 2013 mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda RM5 juta, atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#1MDB
#pengubahan wang haram
#SPRM
#kepentingan langsung
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan