awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pegawai, anggota polis antara 77 penjawat awam ditahan terbabit dadah pada 2025
Jumlah mangsa banjir Pahang menurun, 79 berada di PPS
Ringgit cecah paras tertinggi dalam lima tahun berbanding dolar AS pada awal dagangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Keperluan laksana segera transformasi sektor pertanian, agromakanan - Arthur

Bernama
Bernama
07/05/2025
20:00 MYT
Keperluan laksana segera transformasi sektor pertanian, agromakanan - Arthur
Arthur berkata kerajaan komited untuk memperkukuhkan sekuriti makanan negara melalui pelaksanaan dasar strategik seperti DSMN serta program utama di bawah RMK12. - Gambar fail/BERNAMA
PUTRAJAYA: Kerajaan menekankan keperluan untuk melaksanakan segera transformasi sektor pertanian dan agromakanan secara menyeluruh melalui adaptasi teknologi moden dan pintar seperti automasi, mekanisasi, Internet Benda (IoT) dan bioteknologi bagi meningkatkan produktiviti dan daya saing.
Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Arthur Joseph Kurup berkata usaha itu perlu memandangkan jurang ketara antara nilai import dan eksport agromakanan yang masih mencatatkan defisit tinggi RM39.4 bilion.
"Sektor agromakanan memainkan peranan penting dalam pembangunan ekonomi dan sosial negara dengan mencatatkan kadar pertumbuhan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) 4.19 peratus dan menyumbang 11.52 peratus kepada keseluruhan KDNK negara pada 2024," katanya ketika berucap pada majlis perasmian Konvensyen Kebangsaan Kejuruteraan Pertanian dan Makanan (NAFEC) 2025, di sini semalam.
Kenyataan itu dikeluarkan Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) selaku penganjur NAFEC 2025 dengan kerjasama Persatuan Jurutera Pertanian dan Makanan Malaysia (MSAE) bertemakan "Agro Teknologi Pemacu Pengeluaran Makanan Negara" yang berlangsung dua hari bermula Selasa.
Arthur turut berkata kerajaan komited untuk memperkukuhkan sekuriti makanan negara melalui pelaksanaan dasar strategik seperti Pelan Tindakan Sekuriti Makanan Negara 2021-2025 (DSMN) serta program utama di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).
Beliau berkata hala tuju itu akan diteruskan dalam RMK13 dengan tumpuan kepada sektor pertanian berasaskan pertumbuhan dan nilai tinggi selaras dengan agenda ekonomi MADANI.
Arthur turut memuji kejayaan subsektor akuakultur yang mencapai kadar sara diri 90 peratus pada 2024 hasil pelaksanaan program seperti Quickwin Akuakultur dan Program Pembangunan Integrasi Akuakultur (PPIA) serta penggunaan sistem ternakan moden seperti Sistem Akuakultur Kitar Semula (RAS), bioflok, IoT dan baka berkualiti tinggi.
Pada majlis itu, turut diumumkan tujuh penerima Anugerah MSAE 2025 sebagai pengiktirafan kepada individu yang telah memberikan sumbangan signifikan dalam bidang kejuruteraan pertanian dan makanan.
Selain itu, Anugerah Tesis Terbaik MSAE 2024 diberikan kepada pelajar dari UPM, Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) atas pencapaian membanggakan dalam penyelidikan berkualiti tinggi dalam bidang sains, teknologi serta kejuruteraan pertanian dan makanan.
NAFEC menghimpunkan lebih 180 pemain industri, penyelidik, pembuat dasar serta ahli akademik bagi membincangkan hala tuju teknologi dan inovasi dalam menjamin keterjaminan makanan negara yang mampan dan berdaya tahan.
Ia menjadi platform strategik untuk memperkukuhkan kolaborasi antara sektor awam, swasta dan institusi pengajian tinggi dalam memperkasakan kejuruteraan pertanian dan makanan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#transformasi
#sektor pertanian
#teknologi moden
#Arthur Joseph Kurup
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami