awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Keperluan pelesenan media sosial mudahkan proses keadilan mangsa jenayah siber

Bernama
Bernama
01/01/2025
14:30 MYT
Keperluan pelesenan media sosial mudahkan proses keadilan mangsa jenayah siber
Kebanyakan kes jenayah dalam talian lazimnya menemui jalan buntu apabila pemilik akaun terlibat gagal dikenal pasti. - Gambar hiasan/Unsplash
KUALA LUMPUR: Keperluan pelesenan operasi media sosial yang berkuat kuasa hari ini akan memudahkan usaha pihak penguat kuasa dalam proses menegakkan keadilan buat individu yang menjadi mangsa jenayah siber.
Presiden Persatuan Pengguna Siber Malaysia (MCCA) Siraj Jalil berkata hal ini kerana kebanyakan kes jenayah dalam talian lazimnya menemui jalan buntu apabila pemilik akaun terlibat gagal dikenal pasti.
"Keperluan pelesenan ini umpama seliaan untuk mereka yang pernah menjadi mangsa (jenayah siber), sekali gus menjadi antara faktor yang menambah keselesaan dan ketenangan pengguna apabila proses untuk pihak penguat kuasa menjadi lebih mudah.
"Seliaan media sosial secara tidak langsung memastikan keadilan dapat dilunaskan dengan lebih baik terhadap mana-mana mangsa jenayah siber," katanya ketika menjadi tetamu program Malaysia Petang Ini terbitan Bernama TV bertajuk 'Membina Ruang Digital yang Selamat dan Beretika' hari ini.
Beliau berkata golongan ibu bapa kepada anak yang aktif menggunakan media sosial dijangka menjadi kelompok masyarakat yang paling mendapat manfaat langsung daripada keperluan pelesenan operasi media sosial.
"Ia secara tidak langsung memberi ketenangan kepada pengguna terutamanya ibu bapa, tetapi mereka perlu sedar bahawa aspek keselamatan dan keterjaminan penggunaan media sosial dalam kalangan anak-anak adalah tanggungjawab utama," katanya.
Terdahulu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memaklumkan empat penyedia perkhidmatan pesanan Internet dan media sosial utama telah mengorak langkah ke arah pematuhan kawal selia dengan memohon lesen untuk beroperasi di Malaysia.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pelesenan operasi
#media sosial
#penguat kuasa
#Keadilan
#jenayah siber
#MCCA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan