PUTRAJAYA: Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) mengalu-alukan keputusan yang dipersetujui di Persidangan Ke-26 Konvensyen Rangka Kerja Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNFCCC COP-26), yang membolehkan pelaksanaan Perjanjian Paris.
Menteri Alam Sekitar dan Air Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata keputusan tersebut penting dalam menyokong usaha di peringkat global bagi memastikan matlamat mengehadkan pemanasan global pada tahap 1.5 darjah celcius tercapai.
"Adalah penting bagi negara untuk melaksanakan segera keputusan-keputusan tersebut dan KASA akan terus bekerjasama dengan semua pihak berkepentingan secara inklusif dan holistik bagi mencapai Sumbangan Nasional yang Ditentukan (NDC) negara.
"Semasa persidangan ini, saya telah menyampaikan Kenyataan Negara di Sesi Peringkat Tinggi Persidangan UNFCCC COP-26 pada Rabu lepas yang merangkumi sasaran pengurangan pelepasan gas rumah kaca (GHG) melalui pengemaskinian NDC dan aspirasi pelepasan GHG sifar bersih seawal-awalnya pada 2050," katanya dalam kenyataan hari ini.
Persidangan negara ahli kepada UNFCCC COP-26 merupakan mesyuarat berjadual yang diadakan pada setiap tahun bagi memastikan komitmen dan obligasi negara ahli dilaksanakan mengikut keputusan yang telah ditetapkan.
TUAN IBRAHIM-UNFCCC 2 (AKHIR) PUTRAJAYA
Bagi tujuan ini, COP berperanan untuk menetapkan hala tuju bagi menangani isu perubahan iklim untuk dirunding, dimuktamad serta dilaksanakan oleh semua negara ahli.
Tuan Ibrahim mengetuai delegasi Malaysia menghadiri UNFCCC COP- 26, yang diadakan di Glasgow, Scotland dari 31 Okt hingga 12 Nov lepas bagi merundingkan agenda utama persidangan itu.
Antara keputusan utama yang dipersetujui di persidangan UNFCCC COP-26 adalah modaliti, garis panduan dan program kerja di bawah Artikel 6 yang melibatkan garis panduan bagi mekanisme pasaran karbon dan mekanisme bukan pasaran dan tempoh masa sepunya pelaksanaan NDC di bawah Artikel 4 iaitu menggalakkan NDC dikemukakan setiap lima tahun dengan tempoh masa pelaksanaan selama 10 tahun.
Selain itu, antara perkara yang turut dipersetujui ialah format pelaporan bagi Inventori GHG, pemantauan pencapaian NDC, pelaporan dana yang diberi dan diterima, pelaporan Biennial Transparency Report (BTR) serta pembangunan kapasiti di bawah Artikel 13, melancarkan pelaksanaan program kerja komprehensif mengenai Global Goal on Adaption bermula 2022 di bawah Artikel 7 dan pembiayaan jangka masa panjang perubahan iklim.
Dalam persidangan itu, Malaysia juga telah bersetuju untuk menyertai Ikrar Metana Global dan Deklarasi Pemimpin Glasgow mengenai Hutan dan Guna Tanah.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Nov 14 2021
Menteri Alam Sekitar dan Air Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata keputusan tersebut penting dalam menyokong usaha di peringkat global bagi memastikan matlamat mengehadkan pemanasan global pada tahap 1.5 darjah celcius tercapai. - Gambar fail
Wanita cedera diragut ketika tunggang motosikal ke tempat kerja
Mangsa dilapor alami kerugian kira-kira RM3,000 selepas kehilangan beg yang berisi telefon bimbit jenis iPhone 14, dokumen peribadi dan wang tunai RM114.
"OIC dah tak bermakna, tak berguna dalam meredakan ketegangan"
Pandangan dikongsi Prof Dr Salawati Mat Basir, Pakar undang-undang antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Perkembangan konflik Iran-Israel
Bagi perinciannya kita bersama Prof. Dr. Mohd Roslan Mohd Nor, Ketua Jabatan Sejarah dan Tamdun Islam, Universiti Malaya, UM.
Program Madani Rakyat Zon Utara di Tapak Pesta Sungai Nibong 3-5 Mei
Program MADANI Rakyat 2024 Zon Utara akan diadakan di Tapak Pesta Sungai Nibong, Pulau Pinang selama tiga hari bermula 3 Mei ini.
Malaysia kecewa AS veto, halang PBB iktiraf negara Palestin
Pelaksanaan veto ke atas perkara penting dan signifikan itu telah menimbulkan persoalan terhadap keinginan sebenar Ahli UNSC.
[TERKINI] Israel Serang Iran, Isfahan dibedil 3 letupan
Perkembangan konflik Iran-Israel
Bagi perinciannya kita bersama Ahli Kumpulan bagi Pertubuhan Perundingan Undang-undang Asia Afrika (AALCO), Profesor Datuk Dr Rahmat Mohamad.
[TERKINI] Malaysia zahir kebimbangan dengan kegagalan Majlis PBB mengiktiraf Palestin
Malaysia bimbang dan berasa amat kecewa susulan penggunaan veto di Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) untuk menghalang kemasukan Palestin sebagai Anggota Penuh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 18 April 2024, walaupun terdapat sokongan daripada sebahagian besar Negara-Negara Anggota PBB.
Konsert Aina Abdul penanda aras baharu MPO - Konduktor
Kehebatan vokal penyanyi bersuara lunak dan lantang, Aina Abdul dalam menyanyikan lagu berentak genre balada sehingga mampu membuai emosi pendengar, sememangnya tidak dapat disangkalkan lagi.
Israel mungkin akan serang negara lain berdekatan Iran - Pakar
Pandangan dikongsi Prof Dr Salawati Mat Basir, Pakar undang-undang antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
KASA tangguh semua proses berkaitan projek naik taraf loji selepas Parlimen dibubarkan
KASA memaklumkan, pihaknya turut menangguhkan pengeluaran Surat Niat, Surat Pelawaan dan Surat Setuju Terima.
Kenapa projek besar KASA diberikan secara rundingan terus? - Soal Rafizi kepada Tuan Ibrahim
Mohd Rafizi Ramli mendakwa terdapat projek yang diberikan kepada syarikat tersebut dibuat selepas Parlimen dibubarkan
KASA sedang baik pulih lebih 400 kilometer paip uzur di Kelantan - Tuan Ibrahim
Daripada jumlah itu sebanyak 106.2 km paip uzur jenis simen asbestos (AC) telah digantikan secara berperingkat.
Hari Alam Sekitar Negara disambut di Kuantan
Pelbagai aktiviti akan dianjurkan pada sambutan Hari Alam Sekitar Negara (HASN) 2022 Peringkat Kebangsaan di Kuantan, Pahang esok.
YPASM perluas fungsi, dinamakan Yayasan Penyelidikan Antartika, Pelestarian Alam Sultan Mizan
Yayasan Penyelidikan Antartika Sultan Mizan (YPASM), yang ditubuhkan 10 tahun lepas, secara rasmi ditukar nama kepada Yayasan Penyelidikan Antartika dan Pelestarian Alam Sultan Mizan selepas diperkena
882 projek hijau bernilai RM3.66 bilion diluluskan pada 2021 - Tuan Ibrahim
Sebanyak 882 projek hijau bernilai RM3.66 bilion dan tujuh perkhidmatan hijau bernilai RM21.9 juta telah diluluskan oleh Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) pada 2021.
Dewan Rakyat lulus RUU Kualiti Alam Sekeliling, denda maksimum naik ke RM10 juta
Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 2022, yang menyaksikan denda maksimum dinaikkan kepada RM10 juta.
KASA serah kepada Kedah ambil tindakan tiga kolam takungan di Gunung Inas
KASA yakin kerajaan negeri memberi perhatian kepada isu itu dan memantau semua projek di Kedah dengan sebaik mungkin.
RUU berkaitan perubahan iklim dijangka dibentang tahun depan - Tuan Ibrahim
Rang undang-undang berkenaan perubahan iklim dijangka akan dimuktamadkan pada hujung tahun ini dan bakal dibentangkan pada persidangan Parlimen tahun depan.
Banjir Baling: KASA tidak tolak kemungkinan berpunca daripada kolam takungan pecah
Keadaan itu diperkukuhkan lagi dengan berlaku peningkatan kadar air antara 0.2 meter dan 3.0 meter di kampung-kampung terlibat.