awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penyokong sentiasa berada dengan pasukan - CEO Selangor
'Alhamdulillah', 'Insya-Allah' oleh bukan Muslim dibenar selagi dengan niat baik - IKIM
Pilihan raya Thailand jadi tumpuan, keputusan sukar diramal
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jururawat Jerman dipenjara seumur hidup kerana bunuh 10 pesakit untuk kurangkan beban kerja

Bernama
Bernama
05/11/2025
21:30 MYT
Jururawat Jerman dipenjara seumur hidup kerana bunuh 10 pesakit untuk kurangkan beban kerja
Mahkamah wilayah di Aachen menjatuhkan hukuman ke atas lelaki itu dan memutuskan bahawa disebabkan keseriusan jenayahnya, tertuduh tidak layak dipertimbangkan untuk parol selepas menjalani tempoh minimum 15 tahun penjara. - Gambar hiasan
AACHEN (JERMAN): Seorang jururawat di Jerman dijatuhi hukuman penjara seumur hidup pada Rabu selepas didapati bersalah membunuh 10 pesakit tenat di wad paliatif bagi mengurangkan beban kerjanya semasa syif malam, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Mahkamah wilayah di Aachen menjatuhkan hukuman ke atas lelaki itu dan memutuskan bahawa disebabkan keseriusan jenayahnya, tertuduh tidak layak dipertimbangkan untuk parol selepas menjalani tempoh minimum 15 tahun penjara.
Sehingga kini, jumlah sebenar pesakit yang dibunuh oleh jururawat berusia 44 tahun itu masih belum diketahui.
Menurut pihak pendakwaan, seramai 13 pesakit meninggal dunia selepas tertuduh memberikan ubat penenang, kadangkala digabungkan dengan ubat tahan sakit, ketika bertugas di sebuah klinik berhampiran Bandar Aachen antara Disember 2023 dan Mei 2024.
Pada mulanya, tertuduh didakwa atas sembilan pertuduhan membunuh dan 34 cubaan membunuh, namun menjelang akhir perbicaraan, mahkamah mendapati beliau turut membunuh mangsa ke-10 serta mensabitkannya atas 27 pertuduhan cubaan membunuh.
Pendakwa menuduh, jururawat itu memberikan ubat penenang kepada pesakit bagi mengurangkan beban kerja ketika bertugas pada waktu malam.
Namun, tertuduh menafikan dakwaan bahawa dia memberi ubat berkenaan dengan niat untuk menamatkan nyawa pesakit.
Peguam bela pula memohon supaya anak guam mereka dibebaskan daripada semua pertuduhan.
Siasatan masih diteruskan terhadap beberapa kes disyaki melibatkan tahun sebelumnya, dan pihak pendakwaan di Aachen menjangkakan pertuduhan tambahan akan difailkan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jerman
#jururawat dipenjara
#bunuh 10 pesakit
#wad paliatif
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan