awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelawak Indonesia disoal siasat susulan aduan kandungan rancangan Netflix
Cabaran ekstrem Malatra Ultra, Pirate Backyard Ultra 2026 tarik lebih 400 penyertaan
Anak Muammar Gaddafi dikebumikan di selatan Tripoli
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Peniaga pulau gandakan stok bekalan hadapi musim tengkujuh

Bernama
Bernama
05/11/2025
21:00 MYT
Peniaga pulau gandakan stok bekalan hadapi musim tengkujuh
Terdapat 14 buah kampung yang berpenghuni dalam gugusan pulau di Delta Sungai Kelantan, antaranya termasuklah Pulau Teluk Renjuna, Tumpat. - Gambar fail/Bernama
TUMPAT: Seorang peniaga kedai runcit di Pulau Teluk Renjuna, di sini, mengambil langkah berani dengan menambah stok barangan keperluan asas bagi memastikan lebih 160 keluarga di pulau itu tidak terputus bekalan sekiranya banjir melanda.
Mohd Husin Mohammad, 53, yang juga satu-satunya peniaga kedai runcit di pulau berkenaan berkata, langkah itu diambil berdasarkan pengalaman lepas, yang menunjukkan penduduk sering terputus hubungan dengan tanah besar apabila paras air Sungai Kelantan meningkat.
"Jika banjir berlaku, kami di sini memang tak boleh keluar kerana perlu menyeberangi sungai. Jadi, saya ambil keputusan keluarkan modal lebih untuk bawa masuk stok dua kali ganda daripada musim biasa," katanya pada Program Jelajah Sentuhan Kasih Menjelang Musim Tengkujuh 2025 anjuran Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK) dengan kerjasama Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Kelantan di pulau itu, pada Rabu.
Mohd Husin berkata, pengalaman banjir besar pada 2014 menjadi pengajaran utama apabila banyak barangan perniagaan musnah selepas kedainya dinaiki air setinggi paras pinggang.
"Sejak itu, setiap kali musim tengkujuh saya akan naikkan semua barangan sampai paras pinggang. Saya juga bina tempat khas untuk letak peti ais dan barangan elektrik lain supaya tidak rosak," katanya.
Mohd Husin berkata, selain menggandakan stok barangan seperti beras, gula, tepung dan makanan segera, beliau turut memastikan bekalan gas memasak, air minuman serta barangan bayi mencukupi sekiranya banjir berlaku lebih lama daripada dijangka.
"Saya anggap ini tanggungjawab saya untuk bantu penduduk. Kalau bekalan terputus, mereka susah. Sekurang-kurangnya dengan stok tambahan ini, mereka boleh bertahan seminggu dua," katanya.
Sementara itu, Presiden MTRK, Aiman Yusri Mohd Yusoff berkata, pihaknya dengan kerjasama Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (Puspanita) menghulurkan bantuan awal berbentuk barangan keperluan asas dan wang tunai bagi membantu penduduk membuat persediaan sebelum musim tengkujuh.
"Kami tidak mahu hanya bertindak selepas banjir, sebaliknya mahu komuniti di sini bersedia lebih awal kerana mereka antara kawasan yang cepat terjejas apabila air naik," katanya.
Pulau Teluk Renjuna yang menempatkan 167 keluarga adalah antara kawasan berisiko tinggi setiap kali Monsun Timur Laut melanda, dengan kebanyakan penduduk bergantung kepada pengangkutan air sebagai laluan utama ke tanah besar.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#musim tengkujuh
#persediaan
#peniaga
#Sungai Kelantan
#stok bekalan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan