PUTRAJAYA:Status keputusan permohonan kemasukan ke universiti awam atau politeknik premier bagi Program Pengajian Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf boleh disemak pada 16 Mei (Isnin) mulai 12 tengah hari.
Dalam kenyataan hari ini, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) berkata pemohon boleh menyemak keputusan dengan menghubungi talian hotline 03-88706767 atau 03-88706777 dan laman web http://upu.mohe.gov.my, https://jpt.utm.my, http://jpt.uum.edu.my, https://jpt.unimas.my, http://jpt.ums.edu.my.
Pemohon juga boleh menghantar khidmat sistem pesanan ringkas dengan menaip UPU RESULT [No. KP] dan hantar ke 15888.
Pemohon juga boleh membuat semakan tawaran dan mencetak surat tawaran rasmi melalui laman web rasmi universiti awam berkaitan atau Jabatan Pendidikan Politeknik (JPP) mulai 17 Mei (Selasa).
"Semua pemohon yang berjaya dikehendaki membuat pengesahan penerimaan tawaran oleh universiti awam atau politeknik premier melalui laman web rasmi universiti atau JPP," kata kenyataan itu.
"Kegagalan calon yang berjaya untuk mengesahkan penerimaan atau penolakan tawaran pada tarikh yang ditetapkan dianggap menolak tawaran tersebut," katanya.
Dalam itu, sejumlah 440,688 calon telah menduduki peperiksaan SPM pada 2015 dan hanya 181,317 calon (41.1 peratus) telah mengemukakan permohonan UPUOnline.
"Daripada jumlah ini, 90.3 peratus iaitu 163,681 calon layak dipertimbangkan untuk kemasukan ke program pengajian peringkat asasi dan diploma di universiti atau politeknik premier bagi Sesi Akademik 2016/2017," tambahnya.
Selain itu, KPI berkata Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pendidikan Tinggi (BPKP JPT) juga menyelaras kemasukan ke Politeknik Konvensional/METrO, Kolej Komuniti dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA).
"Keputusan kemasukan ke Politeknik Konvensional/METrO, Kolej Komuniti dan ILKA pula akan diumumkan pada 26 Mei (Khamis) mulai jam 12.00 tengah hari," kata kenyataan itu.
Hanya pemohon yang gagal menerima sebarang tawaran ke universiti awam atau politeknik premier boleh mengemukakan permohonan rayuan melalui UPUOnline Rayuan.
"UPU Online Rayuan akan dibuka dalam tempoh lima hari sahaja mulai 26 Mei hingga 31 Mei 2016 di http://upu.mohe.gov.my," kata KPT.
Dasar pemilihan rayuan adalah untuk mengisi kekosongan tempat mengikut program pengajian di universiti awam dan politeknik premier selepas pendaftaran pelajar baharu.
Keputusan rayuan akan diumumkan pada minggu kedua bulan Jun 2016 dan jika tiada sebarang tawaran diterima dalam tempoh empat minggu selepas tarikh pendaftaran pelajar baharu di universiti awam dan politeknik premier berkenaan, maka rayuan tersebut hendaklah dianggap gagal.
Tawaran yang diberikan kepada calon adalah muktamad, jelas kementerian .
Pemohon boleh menghubungi BPKP JPT di talian telefon 03-8870 6767 dan 03-8870 6777 untuk bantuan atau terdapat sebarang kemusykilan.
Bernama
Sat May 14 2016
Pemohon juga boleh menghantar khidmat sistem pesanan ringkas dengan menaip UPU RESULT [No. KP] dan hantar ke 15888. -Foto ums.edu.my
Apple Pencil baharu hadir dengan sistem haptik
Apabila digunakan pada skrin iPad, pengguna boleh merasakan tindak balas haptik seakan menggunakan pensel sebenar.
[TERKINI] KPM giat laksana pelbagai inisiatif bagi reformasi pendidikan negara
KPM berkata, Laporan Bank Dunia bertajuk 'Bending Bamboo Shoots: Strengthening Foundation Skills' berkenaan sistem pendidikan negara diambil perhatian.
Tentera AS edar gambar jeti maritim Gaza siap dibina
Beberapa gambar pembinaan jeti maritim oleh tentera Amerika Syarikat (AS) di Gaza untuk menghantar bantuan kemanusiaan telah diedarkan Komando Pusat AS pada Isnin.
Pesara tentera maut dilanggar lori menggelongsor
Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menyalurkan maklumat berkenaan kepada pegawai penyiasat kes.
Kenaikan cukai perkhidmatan 8% beri kesan kos operasi, unjuran pendapatan Nestle Malaysia dikurangkan
Perbelanjaan operasi bagi 2024 juga diramal bertambah lagi susulan rasionalisasi bahan api yang berkemungkinan dilaksanakan.
Dua sahabat maut dilanggar bas
Mangsa maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.
25 terbunuh bas terjunam gaung di utara Peru
Bas antara negeri itu membawa 50 penumpang apabila insiden itu berlaku kira-kira 10.10 malam waktu tempatan.
Jepun, Uzbekistan berentap final Piala Asia B-23
Pasukan yang kalah dalam penentuan tempat ketiga itu akan menentang Guinea yang berada pada kedudukan keempat.
Che'gu Bard tiba di Mahkamah Sesyen Johor Bahru berdepan tuduhan lagi
Beliau yang hadir bersama peguamnya, Muhammad Rafique Rashid Ali, dijangka berdepan satu lagi pertuduhan mengikut Akta Hasutan 1948.
Niaga AWANI: KWSP: Melestari kehidupan persaraan
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dikatakan bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat. Namun KWSP telah memperkenalkan Akaun Fleksibel dan berkuat kuasa mulai 11 Mei 2024. Bagaimana pengurusan persaraan selepas ini dan apakah pendekatan terbaik bagi meningkatkan literasi kewangan dalam kalangan masyarakat?
Keputusan kemasukan ke universiti awam, politeknik premier mulai 16 Mei - KPT
Pemohon juga boleh menghantar khidmat sistem pesanan ringkas dengan menaip UPU RESULT [No. KP] dan hantar ke 15888.