SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 30 Ogos untuk keputusan kes saman RM100 juta yang difailkan keluarga model Mongolia, Altantuya Shaariibuu, berhubung kematian wanita itu pada 2006.
Datuk Vazeer Alam Mydin Meera, yang kini Hakim Mahkamah Rayuan, menetapkan tarikh itu selepas saksi plaintif dan defendan selesai memberi keterangan.
Bapa mendiang, Dr Shaariibuu Setev, ibunya Altantsetseg Sanjaa serta dua anak lelaki Altantuya iaitu Mungunshagai Bayarjargal dan Altanshagai Munkhtulga, memfailkan tuntutan saman pada 4 Jun 2007 yang mendakwa kematian model itu telah menyebabkan mereka mengalami trauma mental dan psikologi, melayakkan mereka dibayar pampasan serta mendapat ganti rugi teladan dan teruk.
Mereka menamakan dua bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK), Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar, penganalisis politik Abdul Razak Baginda dan kerajaan sebagai defendan.
Bagaimanapun, nama Altanshagai Munkhtulga kemudian dikeluarkan daripada senarai plaintif apabila dia meninggal dunia pada 2017.
Mahkamah juga menetapkan 20 Jun ini untuk plaintif memfailkan hujahan dan 20 Julai bagi defendan menjawab hujahan itu serta 4 Ogos untuk kedua-dua pihak memfailkan hujahan balas.
Seramai 26 saksi plaintif termasuk bapa serta anak sulung Altantuya memberi keterangan dalam perbicaraan itu yang bermula pada 2019 manakala defendan iaitu kerajaan mengemukakan tiga saksi dan Abdul Razak memilih untuk tidak memberi keterangan bagi menjawab tuntutan saman tersebut.
Terdahulu, Peguam Kanan Persekutuan Zetty Zurina Kamarudin yang mewakili kerajaan Malaysia memaklumkan pihaknya menutup kes saman itu selepas saksi terakhir iaitu pesara polis, Datuk Mastor Mohd Ariff, 60, selesai memberi keterangan.
Mastor memberitahu mahkamah bahawa Azilah dan Sirul Azhar tidak terlibat dalam mana-mana operasi termasuk tugas khas serta sulit di antara 19 dan 20 Okt 2006 (tarikh Altantuya dikatakan hilang dan dibunuh).
"Sekiranya mereka tidak terlibat dalam apa-apa operasi, mereka akan bertugas pada waktu pejabat antara 8 pagi hingga 5 petang," katanya.
Menjawab soalan peguam keluarga Altantuya, Sangeet Kaur Deo, saksi itu berkata beliau bertanggungjawab secara keseluruhan terhadap senjata api dan bahan letupan yang disimpan di stor pensenjataan ketika bertugas sebagai pegawai pemerintah di Bukit Aman.
Mastor juga bersetuju dengan cadangan peguam itu bahawa mana-mana anggota tidak boleh sewenang-wenangnya mengambil senjata api begitu sahaja tanpa kebenaran pegawai atasan.
Semalam, pegawai penyiasat bagi kes bunuh Altantuya, Superintenden Tonny Anak Lunggan, 42, memberitahu mahkamah bahawa tiada arahan daripada mana-mana pegawai atasan supaya Sirul Azhar mengeluarkan senjata api dari tempat simpanan di Bukit Aman pada 2006.
Beliau berkata berdasarkan Buku Daftar Keluar Masuk Senjata, Sirul Azhar telah mengeluarkan senjata bernombor siri S98756 jenis MP 5 (S) pada 4 Okt 2006 dan mengembalikannya pada 8.15 pagi 30 Okt tahun sama.
Pada prosiding hari ini, seorang lagi pesara polis, Sarjan Mejar Rosli Ibrahim, 51, yang merupakan saksi kedua pihak kerajaan turut memberi keterangan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 20 2022

Keluarga Altantuya, dalam tuntutan saman itu, mendakwa kematiannya telah menyebabkan mereka mengalami trauma mental dan psikologi, melayakkan mereka dibayar pampasan serta mendapat ganti rugi teladan dan teruk. - Gambar fail

Bursa, anak syarikat ditutup Isnin sempena Aidiladha
Operasi akan disambung semula pada 12 Julai 2022.

Dua lelaki buat laporan palsu ditahan, elak denda buat kad pengenalan baharu
Hasil siasatan mendapati kejadian ragut tidak pernah berlaku dan kedua-dua lelaki berusia 30 dan 43 tahun itu ditahan pihaknya.

Program Kebersihan Masya'ir pupuk keakraban, kerjasama dalam kalangan jemaah haji Malaysia
Program berkenaan telah dilaksanakan sejak 2017 semasa jemaah berada di Arafah, Muzdalifah dan Mina.

AWANI Ringkas: Peguam Diraja dibenar atau tidak wakili najib?

Isu Bekalan Air | Perigi kotor, penduduk beli air bersih di kampung lain
Bukan mahu merungut namun sampai bila mahu bergantung kepada air perigi, luah penduduk kampung di kepulauan Batu Sapi, Sandakan. Haparan mereka kerajaan dapat menyalurkan bekalan air bersih kerana perigi yang digunakan selama ini sudah tidak sebersih dulu.

Cacar monyet: Singapura sahkan kes tempatan pertama babitkan warga Malaysia
Pesakit adalah seorang lelaki warganegara Malaysia berumur 45 tahun yang menetap di Singapura.

Ibadah Haji 2022 | Kiswah Kaabah sedia ditukar
Penutup kain Kaabah sedia untuk ditukar, menjelang permulaan ibadah ziarah tahunan. Lebih dikenali sebagai Kiswah, ia diperbuat daripada sutera tulen, benang emas dan perak serta disulam dengan kaligrafi Islam.

Kos Sara Hidup | Perlu ada usaha kolektif semua pihak
Isu kos sara hidup tidak boleh diletakkan di atas bahu satu pihak semata-mata. Pengerusi Majlis Penasihat Pengguna Negara, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata ia memerlukan usaha secara kolektif kerana semua pihak mempunyai peranan ketika situasi ekonomi yang tidak menentu ini.

AWANI Ringkas: Mahkamah Singapura tolak rayuan

Tambang feri Pulau Pangkor: Kerajaan negeri bincang kenaikan harga tiket - Exco
Beliau sedar kegusaran dihadapi ramai pihak termasuk pemain industri pelancongan ketika ini.

Keputusan kes saman RM100 juta keluarga Altantuya pada 30 Ogos
Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 30 Ogos untuk keputusan kes saman RM100 juta yang difailkan keluarga model Mongolia, Altantuya Shaariibuu, berhubung kematian wanita itu pada 2006.

Tiada arahan pegawai atasan untuk Sirul Azhar keluarkan senjata api - Saksi
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa tiada arahan daripada mana-mana pegawai atasan supaya bekas anggota polis Sirul Azhar Umar mengeluarkan senjata api dari tempat simpanan di Bukit Aman pada 2006.

'Altantuya buat laporan polis, minta cari Razak Baginda jika apa-apa berlaku kepadanya' - Saksi
Mahkamah Tinggi diberitahu Altantuya pernah membuat laporan polis menyatakan 'sekiranya apa-apa berlaku kepadanya, cari Razak Baginda', hari yang sama wanita itu hilang hampir 16 tahun lepas.

Dikaitkan dengan pembunuhan Altantuya, Najib saman Tommy Thomas
Penyataan tuntutan Najib, 68, mendakwa pada 31 Jan lepas, Thomas telah mengarang dan menyebabkan penerbitan buku itu yang mengaitkannya dengan pembunuhan Altantuya.

Keluarga Altantuya patut diberi akses kenyataan kepada polis
Mahkamah Rayuan diberitahu hari ini bahawa keluarga wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu yang dibunuh pada 2006 patut dibenarkan untuk memperoleh kenyataan yang dirakamkan daripada individu disiasat.

Najib dijangka fail permohonan mulakan prosiding hina mahkamah terhadap Tommy Thomas - Peguam
Peguam utama Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memaklumkan pemberita bahawa permohonan itu berkemungkinan besar difailkan dalam minggu ini.

Kes Altantuya: Keputusan hukuman mati Azilah kekal
Dengan ini hukuman mati yang dijatuhkan Mahkamah Persekutuan bagi pertuduhan itu, sebelum ini dikekalkan.

Kes Altantuya: Mahkamah tolak permohonan mencelah Najib
Mahkamah Persekutuan memutuskan tidak membenarkan permohonan Datuk Seri Najib Tun Razak bagi mencelah dalam prosiding semakan kehakiman bekas UTK.
![[LAPOR LANGSUNG] Keputusan hukuman mati Azilah kekal [LAPOR LANGSUNG] Keputusan hukuman mati Azilah kekal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-12/81607394738_najib.jpg)
[LAPOR LANGSUNG] Keputusan hukuman mati Azilah kekal
Mahkamah memutuskan tidak membenarkan permohonan Najib bagi mencelah dalam prosiding semakan kehakiman bekas UTK, Azilah Hadri.

Kes Altantuya: Permohonan Najib untuk mencelah didengar esok
Azilah dan Sirul Azhar Umar disabitkan dan dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 2009 atas pertuduhan membunuh Altantuya.