SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 30 Ogos untuk keputusan kes saman RM100 juta yang difailkan keluarga model Mongolia, Altantuya Shaariibuu, berhubung kematian wanita itu pada 2006.
Datuk Vazeer Alam Mydin Meera, yang kini Hakim Mahkamah Rayuan, menetapkan tarikh itu selepas saksi plaintif dan defendan selesai memberi keterangan.
Bapa mendiang, Dr Shaariibuu Setev, ibunya Altantsetseg Sanjaa serta dua anak lelaki Altantuya iaitu Mungunshagai Bayarjargal dan Altanshagai Munkhtulga, memfailkan tuntutan saman pada 4 Jun 2007 yang mendakwa kematian model itu telah menyebabkan mereka mengalami trauma mental dan psikologi, melayakkan mereka dibayar pampasan serta mendapat ganti rugi teladan dan teruk.
Mereka menamakan dua bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK), Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar, penganalisis politik Abdul Razak Baginda dan kerajaan sebagai defendan.
Bagaimanapun, nama Altanshagai Munkhtulga kemudian dikeluarkan daripada senarai plaintif apabila dia meninggal dunia pada 2017.
Mahkamah juga menetapkan 20 Jun ini untuk plaintif memfailkan hujahan dan 20 Julai bagi defendan menjawab hujahan itu serta 4 Ogos untuk kedua-dua pihak memfailkan hujahan balas.
Seramai 26 saksi plaintif termasuk bapa serta anak sulung Altantuya memberi keterangan dalam perbicaraan itu yang bermula pada 2019 manakala defendan iaitu kerajaan mengemukakan tiga saksi dan Abdul Razak memilih untuk tidak memberi keterangan bagi menjawab tuntutan saman tersebut.
Terdahulu, Peguam Kanan Persekutuan Zetty Zurina Kamarudin yang mewakili kerajaan Malaysia memaklumkan pihaknya menutup kes saman itu selepas saksi terakhir iaitu pesara polis, Datuk Mastor Mohd Ariff, 60, selesai memberi keterangan.
Mastor memberitahu mahkamah bahawa Azilah dan Sirul Azhar tidak terlibat dalam mana-mana operasi termasuk tugas khas serta sulit di antara 19 dan 20 Okt 2006 (tarikh Altantuya dikatakan hilang dan dibunuh).
"Sekiranya mereka tidak terlibat dalam apa-apa operasi, mereka akan bertugas pada waktu pejabat antara 8 pagi hingga 5 petang," katanya.
Menjawab soalan peguam keluarga Altantuya, Sangeet Kaur Deo, saksi itu berkata beliau bertanggungjawab secara keseluruhan terhadap senjata api dan bahan letupan yang disimpan di stor pensenjataan ketika bertugas sebagai pegawai pemerintah di Bukit Aman.
Mastor juga bersetuju dengan cadangan peguam itu bahawa mana-mana anggota tidak boleh sewenang-wenangnya mengambil senjata api begitu sahaja tanpa kebenaran pegawai atasan.
Semalam, pegawai penyiasat bagi kes bunuh Altantuya, Superintenden Tonny Anak Lunggan, 42, memberitahu mahkamah bahawa tiada arahan daripada mana-mana pegawai atasan supaya Sirul Azhar mengeluarkan senjata api dari tempat simpanan di Bukit Aman pada 2006.
Beliau berkata berdasarkan Buku Daftar Keluar Masuk Senjata, Sirul Azhar telah mengeluarkan senjata bernombor siri S98756 jenis MP 5 (S) pada 4 Okt 2006 dan mengembalikannya pada 8.15 pagi 30 Okt tahun sama.
Pada prosiding hari ini, seorang lagi pesara polis, Sarjan Mejar Rosli Ibrahim, 51, yang merupakan saksi kedua pihak kerajaan turut memberi keterangan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 20 2022
Keluarga Altantuya, dalam tuntutan saman itu, mendakwa kematiannya telah menyebabkan mereka mengalami trauma mental dan psikologi, melayakkan mereka dibayar pampasan serta mendapat ganti rugi teladan dan teruk. - Gambar fail
AWANI Ringkas: Wujudkan akta lindungi pekerja OKU/autistik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kementerian Perpaduan kaji keperluan Pelan Tindakan Pendidikan, Penghargaan Rukun Negara
Pelan tindakan ini menggariskan modus operandi melibatkan Kementerian Perpaduan Negara, Kementerian Pendidikan, Kementerian Pengajian Tinggi, dan Kementerian Komunikasi.
PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PH tayang sijil UPSR 7A, SPM 10A
Calon PH, Pang Sock Tao menyahut cabaran Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari supaya menunjukkan kelulusan pendidikan rendah dan menengahnya.
AWANI Ringkas: Wujudkan akta lindungi pekerja OKU/autistik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Isu stoking: Pengarah KK Mart, isteri akan kemuka representasi kepada AGC
Pengarah KK Mart yang berdepan dua pertuduhan melukakan perasaan orang Islam dalam isu berkaitan penjualan stoking tertera kalimah Allah akan mengemukakan representasi kepada Jabatan Peguam Negara.
Inisiatif IHH Healthcare lancar pemasangan panel solar wajar jadi contoh - Fadillah Yusof
IHH Healthcare Malaysia mencatatkan pencapaian baharu dengan melancarkan inisiatif pemasangan panel solar di seluruh rangkaian hospitalnya sekali gus menjadikannya pelopor.
Che'gu Bard akan didakwa di Johor Bahru esok
Che'gu Bard berkata, ia dipercayai berhubung kenyataannya mengenai isu kasino di Forest City, Johor.
Ahmad Zahid ucap tahniah kepada Farah Ain
Ahmad Zahid mengucapkan tahniah kepada atlet boling padang Nor Farah Ain Abdullah yang muncul juara pada Kejohanan Boling Padang Dalam Dewan Dunia 2024.
Raih RM31 juta sejak ditayangkan! Sheriff kini filem no. 1 di Malaysia
Berita gembira ini turut disokong oleh abang Syafiq, Syamsul Yusof yang turut bangga dengan kejayaan naskhah yang dihasilkan adiknya.
Letupan bom Sungai Golok: PDRM tingkat kawalan keselamatan sempadan Malaysia-Thailand
PDRM mempertingkatkan kawalan keselamatan di sempadan Malaysia-Thailand susulan insiden letupan bom dan bunyi tembakan di Sungai Golok.
Sirul perlu mohon semakan hukuman mati – Saifuddin
Ia juga menyukarkan usaha untuk menyiasat dakwaan Sirul bahawa dia menerima RM1 juta bagi menutup mulut dalam kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu pada 2006.
Sirul hanya boleh dibawa ke Malaysia jika ada permohonan semakan hukuman mati - KPN
Malaysia hanya boleh mengemukakan extradisi ke atas Sirul Azhar Umar yang disabitkan membunuh, Altantuya Shaariibuu sekiranya bekas anggota polis itu membuat permohonan semakan ke atas hukuman mati.
Pembunuhan Altantuya: Dakwaan Sirul jadi kambing hitam tak pernah dibangkitkan di mahkamah - KPN
Dakwaan bekas anggota polis, Sirul Azhar Umar yang disabitkan membunuh Altantuya Shaariibu telah dikambing hitamkan untuk menutup mulut tidak pernah dibangkitkan di mahkamah.
Sirul akui terima RM1 juta untuk tutup mulut
Dakwanya, dia dijadikan kambing hitam dan terperangkap dalam permainan politik serta mengakui menerima RM1 juta ketika berada di Australia.
Sirul masih dalam senarai notis merah Interpol - Pengarah JSJ
Notis merah belum dibatalkan memandangkan pihak berkuasa masih berusaha membawa pulang Sirul ke Malaysia.
Sirul mohon maaf kepada keluarga Altantuya, rayu tinggal di Australia
Sirul dakwa bahaya menantinya jika kembali ke tanah air dan mengaku terima RM1 juta daripada sumber yang tidak dinamakan.
Keputusan bawa pulang Sirul Azhar akan dibincang - KPN
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan Sirul Azhar dibebaskan dari Pusat Tahanan Imigresen Villawood di Sydney, Australia, semalam.
Sirul Azhar bebas tahanan imigresen Australia
Sirul Azhar telah meringkuk dalam tahanan imigresen di Australia sejak tuntutannya untuk suaka di negara itu ditolak pada 2019.
Keluarga Altantuya rayu naikkan ganti rugi RM5 juta
Dalam notis rayuan yang difailkan pada 16 Jan tahun ini, keluarga Altantuya membuat rayuan balas terhadap sebahagian daripada keputusan Mahkamah Tinggi berhubung kuantum ganti rugi.
Kes saman Altantuya: Kerajaan, Razak Baginda fail rayuan
Kerajaan memfailkan notis rayuan di Mahkamah Rayuan Isnin lepas manakala Abdul Razak pada Selasa lalu.