awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perdaya warga emas konon menang loteri, dua warga Indonesia dipenjara dua tahun
MARA santuni asnaf, rai usahawan sempena Konvoi Gemilang 60 Tahun di Perlis
Langkah tingkat perbelanjaan pelancong fokus utama VM2026 - Tiong
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Keputusan melaraskan tarif air adalah pelaburan untuk rakyat dan negara - Pengerusi SPAN

Firdaus Azil
Firdaus Azil
17/01/2024
09:56 MYT
Keputusan melaraskan tarif air adalah pelaburan untuk rakyat dan negara - Pengerusi SPAN
Pengerusi SPAN Charles Anthony Santiago berkata, operator air kini wajib membentangkan pelan pembangunan fasiliti kepada orang awam, bagi memastikan penggunaan dana dengan lebih efisien. - Gambar fail/Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Keputusan melaraskan kadar tarif air bagi pengguna kategori domestik di seluruh Semenanjung dan Labuan, perlu dilihat daripada segi pelaburan untuk menambah baik fasiliti aset rawatan air, selain demi persiapan untuk menghadapi krisis perubahan iklim.
Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Charles Anthony Santiago berkata, keputusan itu juga dibuat susulan permintaan operator air yang terlibat.
Tambahnya lagi, terdapat kes di mana operator air terpaksa berhadapan dengan tunggakan setinggi RM1 bilion, kerana kali terakhir tarif air diselaras ialah 42 tahun lepas.
"Misal kata, kita ambil contoh Pengurusan Air Pahang atau PAIP, yang sebenarnya mempunyai tunggakan kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB) sebanyak RM1 bilion dan sama dengan negeri-negeri lain, ada tunggakan kepada TNB tetapi yang tertinggi sekali tunggakan kepada TNB, dan dalam kes PAIP di Pahang, RM1 bilion ini terlalu besar.
"Kedua, kita ada isu berkait dengan perubahan iklim. Sesiapa pun tak boleh mengatakan dengan tepat bila akan menghadapi masalah ini. Ada negara jiran yang tidak mempunyai hujan untuk dua bulan terus, berterusan tidak ada hujan.
“Oleh kerana itu kita mesti buat persediaan untuk menghadapi satu kemungkinan krisis. Jadi tarif air ini ialah satu pelaburan untuk negara, keluarga, dan masyarakat," katanya ketika bersiaran dalam Buletin AWANI hari ini.
Pelarasan Tarif: Tambah baik perkhidmatan air
SPAN pada Rabu mengumumkan pelarasan semula tarif air bagi pengguna domestik berkuat kuasa 1 Februari ini, melibatkan kenaikan purata sebanyak 22 sen bagi setiap meter padu.
Menurut SPAN, struktur dan komponen tarif akan diseragamkan untuk negeri-negeri di Semenanjung dan Wilayah Persekutuan Labuan, manakala tarif air akan dikaji semula setiap tiga tahun untuk memastikan keselarasan dalam penentuan bayaran.
Dalam pada itu Charles berkata, operator air kini wajib membentangkan pelan pembangunan fasiliti kepada orang awam, bagi memastikan penggunaan dana dengan lebih efisien.
"Apa-apa program, apa-apa rancangan mereka buat selepas mendapat peningkatan (hasil) dalam tarif ini semua akan dimuat dalam Facebook atau laman web operator air, dan juga SPAN.
“Orang ramai pun boleh tengok penggunaan wang itu, adakah wang itu digunakan dengan bagus, atau apakah yang sedang operator negeri buat bagi mencapai matlamat mereka," katanya lagi.
Topic Berkaitan
#Charles Santiago
#tarif air
#SPAN
#pengurusan air
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan